Bab 26:Fantastic Yoongi feat Pak Ngah GD😎💃

189 16 106
                                    

Misi Membuka Mulut¤ MYG

Misi Membuka Mulut¤ MYG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


👄👄👄


"Yoyo,cepat sambung.This time no more meow-meow."


👄👄👄

¤ ¤ ¤


"I am a good boy."

"I am a good,good."

"I am a good boy."

Suara lelaki dan perempuan yang saling menyanyi menyapa gegendang telinga.Niat di hati ingin berlayar semula ke alam mimpi yang indah tetapi malang sekali mimpi indah aku diganggu oleh suara-suara sumbang itu.

"Eh babun mana melalak pagi-pagi buta ni?Aku nak tidur pun tak senanglah.Dasar babun tak sekolah."kutukku secara sengaja lalu selimut yang menutupi tubuh aku sepak ke tepi.

Aku bingkas bangun daripada katil sambil menguap besar.Langkah kaki aku atur menuju ke arah raket badminton.Raket badminton yang tersangkut di penyangkut peralatan aku ambil.

"Meh sini aku nak tengok babun mama yang melalak tak ingat dunia tadi.Aku nak libas punggung dia dengan raket badminton Dunlop aku ni.Mari sini kau babun."ujarku penuh geram sambil kakiku melangkah keluar daripada bilik.

"Jihoon,rap elok-elok sikit.Nana,nyanyi kasi kacak macam Taeyang."arah seorang lelaki kepada adik aku dan tetamu tak diundang,Nana.

Suara lelaki itu.Aku rasa macam aku kenal suara lelaki yang mengarah adik aku dan Nana tu.Suara itu macam suara Pak Ngah.Takkanlah Pak Ngah yang sentiasa sibuk itu datang rumah?

Kepala aku jengukkan sedikit untuk melihat ruang tamu di tingkat bawah.Seorang lelaki yang memakai baju serba hitam,memakai topi berwarna emas dan memakai subang emas di telinganya sedang menari-nari bersama-sama adik aku dan Nana.

"Eh,Yoongi.My beautiful and gorgeous nephew.Pak Ngah GD dah datang ni.Marilah turun."panggil Pak Ngah GD setelah dia ternampak aku yang berada di tingkat atas ini.

👄👄👄

"Alololo Yoyo comel-comel busuk-busuk masam-masam Pak Ngah ni.Pak Ngah GD rindu sampai rasa macam nak mati dekat Yoyo.Yoyo rindu Pak Ngah tak?Rindu tak?Rindu tak?"ucap Pak Ngah GD sambil memeluk erat aku.

Muka aku tutup dengan tangan kerana malu.Aku bukannya malu sebab Pak Ngah GD peluk aku.Aku malu sebab Pak Ngah GD panggil aku dengan nama gelaran Yoyo.Dahlah Nana pun daripada tadi asyik tutup mulut dengan tangan.Mesti dia tengah gelakkan aku.

"Yoyo tunggu sekejap tau.Pak Ngah nak pergi ambil hadiah kat kereta untuk Yoyo dengan Hoonhoon."beritahu Pak Ngah GD lalu dia berjalan menuju ke keretanya di luar rumah.

[C]Misi Membuka Mulut | | MYGWhere stories live. Discover now