Bab 12 (Pengakuan Thorn)

497 54 7
                                    


A/n: Last day of 2018 *sob* Ah~ Maaf, abaikan Author XD

Adik-beradik elementals pulang ke rumah bersama (n/a). Bila mereka sudah sampai, mereka memberi salam dulu dan masuk ke dalam rumah. Tok Aba dan Ochobot memandang mereka dan membalas salam mereka. Bila mereka berdua nampak (n/a), Tok Aba tanya,"Eh? Apa (n/a) buat di sini?" (n/a) jawab,"Erm... Sebenarnya-" Belum sempat nak habiskan ayat dia, Blaze masuk campur dan berkata,"Izinkan kami untuk menjaga (n/a)!!" Tok Aba tanya,"Kenapa pula?" Gempa jawab,"Ceritanya macam ini Atok."

Gempa mula bercerita kepada Atok tentang apa ex-boyfriend (n/a) sudah buat. Lepas bercerita, Tok Aba dan Ochobot faham. Ochobot kata,"Kenapa kau pilih lelaki seperti dia... Sudah tahu yang dia seorang psiko.. Kau patut pilih salah satu dari adik-beradik elementals, hehe." Tok Aba setuju kata Ochobot. Semua pandang Tok Aba dengan muka 'what?'. Mereka tak pernah fikir yang Tok Aba akan setuju tentang hubungan. Ochobot tanya,"Erm.. Kenapa Tok Aba setuju kata Ochobot?" Tok Aba jawab,"Cucu-cucu Atok kan baik. Boleh la (n/a) pilih satu. Hehe." (n/a) kata,"Erm... Cakap saja la yang Tok Aba gurau."

Tok Aba hanya ketawa kecil. Blaze soal Tok Aba soalan yang sama. "Atok izinkan kami atau tak?" Soalnya. Tok Aba fikir sebentar. "Hmm... Atok cadangkan (n/a) tidur di rumah kami. Kalau nak tinggal bersama dengan kami pun boleh, sejak (n/a) tinggal sendiri." (n/a) kata,"Eh, erm.. Tak perlu la sampai tinggal di sini, Tok Aba. (n/a) akan tidur di sini untuk satu hari gitu saja. Nak tenangkan diri dan tak nak apa-apa jadi dengan diri saya." Tok Aba kata,"Apa-apa saja la. Atok benarkan kamu tidur di sini." (n/a) kata,"Terima kasih Tok Aba. (n/a) balik rumah sekejap, nak sediakan barang dulu. Nanti (n/a) datang sini sekali lagi."

(n/a) nak keluar dari rumah dia tapi, Thorn tanya dia kalau dia boleh mengikutinya. "Boleh." Kata (n/a) dengan senyuman manisnya. Bila adik-beradik elementals nampak senyuman dia, muka mereka menjadi merah. 'Kawaii~' Bisik hati mereka elementals.

Thorn dan (n/a) mula berjalan untuk ke rumah (n/a). Sambil mereka dalam perjalanan, mereka tak berbual dan mula rasa janggal. Jadi, (n/a) bersuara,"Erm.. Kau sebenarnya nak ikut aku ke sana sebab tak nak apa-apa berlaku kepada aku kan?" Thorn mengangguk kepalanya untuk membalas dia. "Tapi, bukan itu saja.." Kata Thorn. 'Bukan itu saja? Ada apa-apa ke?' Fikir (n/a). Thorn berhenti berjalan dan membuat (n/a) berhenti berjalan juga. "Ada apa?" Soal (n/a). Thorn letak salah satu tangannya di pipi (n/a). (n/a) bingung dan tak faham apa yang Thorn sedang buat kepadanya.

Thorn sedar apa yang dia sedang buat dan memisahkan tangan dia dari pipi (n/a). "Ah! M-Maaf! Aku tak tahu kenapa dengan aku. Aku bukan diri aku sendiri!" Thorn mula panik. (n/a) ketawa kecil kerana cara dia panik. "Tak apa. Sudah, mari. Kita hampir sampai ke rumah aku." Mereka bersambung berjalan.

Bila mereka sampai ke rumah (n/a), (n/a) menyuruh Thorn menunggu dia di bilik ruang tamu. Thorn menunjuk tanda ok kepadanya. (n/a) terus ke biliknya dan siap barang-barang dia untuk tidur di rumah elementals.

Dia terus ke ruang tamu untuk berjumpa Thorn. "Aku sudah siap." Kata (n/a). Thorn melihat dia dengan begnya sekali. Dia berdiri dari tempat duduknya dan berkata,"Jom."

Mereka berdua keluar dari rumah (n/a) dan terus pulang ke rumah elementals. "(n/a)..." (n/a) memandang Thorn kerana memanggilnya. "Ada sesuatu aku perlu memberitahu kepada kau.." Kata Thorn dan berhenti berjalan. Dia buat sama benda seperti masa mereka dalam perjalanan ke rumah (n/a) tadi. Thorn letak salah satu tangannya di pipi (n/a) dan muka dia menjadi merah. "Beritahu apa?" Soal (n/a). "Aku suka kau." Thorn berkata tanpa ragu-ragu.

(n/a) senyum dan letak tangannya di tangan Thorn yang meletak di pipinya. Dia memisahkan tangan Thorn dari pipinya. "Thorn..." (n/a) memandang Thorn. Muka Thorn mula menjadi serius dan dengar apa yang (n/a) ingin berkata. "Aku tak bersedia lagi dalam hubungan dengan kau atau orang lain." Kata (n/a). Thorn menghela nafas dan berkata,"Tak apa. Aku faham lepas apa hubungan kau dengan lelaki psiko itu.. Aku akan memberi kau masa walaupun ia lama." (n/a) berkata,"Thanks.. Jom." Mereka berdua bersambung berjalan dan akan sampai ke rumah elementals tak lama nanti.

Satu PilihanWhere stories live. Discover now