Bab 17 (Nasihat - 2)

387 66 0
                                    


Pada waktu malam, (n/a) tak boleh tidur. Dia dari tadi fikir siapa dia patut pilih. Tapi, dia masih tak tahu lagi.

Bila (n/a) tak nak mula rasa stres, dia keluar dari tingkap biliknya dan duduk di atas bumbung rumahnya. Dia ingin bertenang dan lupakan dulu. Dia pandang ke atas, lihat bintang-bintang di atas langit sedang bekelip. Angin mula bertiup. 'Siapa aku patut pilih? Aku tak fikir yang pilihan ini untuk aku.. Susah...' Bisik hatinya.

Perlahan-lahan, mata (n/a) menjadi berat. Dia rasa penat. Jadi, dia masuk ke bilik dia dan mula tidur.

Esok pagi, (n/a) bangun lewat sekali lagi. Dia ingin ke Kokotiam Tok Aba lepas dia sudah mandi dan siap sedia. "(n/a) keluar dulu." Kata (n/a) kepada Kaizo dan Fang sebelum keluar dari rumahnya.

Sambil dia dalam perjalanan ke Kokotiam Tok Aba, dia nampak Hali duduk sendiri di bangku, di tepi tasik. 'Apa dia buat di situ?' Fikir (n/a). Hali menghela nafas dan kata sesuatu kepada dirinya. Ia membuat (n/a) mendengarnya. "Bodoh la aku... Kenapa aku mula suka dengan (n/a)... Hmm.. Senyuman manisnya, kelihatannya cantik......." Bila (n/a) dengar seperti itu, hatinya mula berdegup dengan pantas. 'Lupakan itu dulu, (n/a)....'

(n/a) jalan ke arah Hali dan menepuk di bahu dia dengan jari telunjuk. Hali memandang dia dan terkejut. "(n/a)!? Erm.. Apa kau buat di sini?" Soal Hali. "Sambil aku berjalan nak ke Kokotiam Tok Aba, aku nampak kau." (n/a) membalasnya. "Kita pergi sana sama-sama. Jom." (n/a) mula berjalan. Hali berdiri dari tempat duduknya dan jalan bersama-sama dengan (n/a) ke Kokotiam Atoknya.

Ia hampir 10 minit untuk mereka sampai ke Kokotiam Tok Aba. Di Kokotiam Tok Aba, Ying dan Yaya berada di situ. "Selamat pagi (n/a), Hali!" Kata Ying dan Yaya dengan ceria. "Selamat pagi juga." Kata (n/a) dan Hali dengan senyum. "Bila kau berdua balik?" Soal (n/a). "Semalam, hampir pukul 12 gitu." Balas mereka. (n/a) meng-o kan saja. "Jom kita pergi ke rumah Yaya." Ying dan Yaya memegang dua tangan (n/a) dan mengheret dia ke rumah Yaya.

Bila mereka sampai ke rumah Yaya, mereka duduk di ruang tamu. "Erm... Kenapa tiba-tiba ni?" Soal (n/a) dengan bingung. "Sudah lama kita tak meluangkan masa. Kami rindu kau." Kata Yaya. 'Hah..? Baru tiga hari, mereka sudah rindu aku..' Bisik hati (n/a). "Kita nak ke mana nanti? Pergi ke pawagam? Mall?" Soal Yaya. "E-Eh!? Kejap, kejap... Kau tak penat ke lepas bercuti di luar negara? Aku malas nak jalan-jalan hari ini.." Kata (n/a). "Ala... Tak seronok la macam gitu." Kata Yaya. "Yalor." Ying setuju kata Yaya.

(n/a) baring di atas sofa. Dia teringat sesuatu dan tanya mereka. "Ying, Yaya. Aku ada soalan. Kau berdua pernah mempunyai perasaan untuk sesiapa tak?" Soal (n/a), mula duduk tegak di sofa itu. Ying dan Yaya menggeleng kepala mereka. "Sebenarnya, ada tiga lelaki suka dengan aku tapi, aku masih tak tahu siapa aku patut pilih.." (n/a) kata. "Oooo~ Siapa mereka?" Soal mereka berdua, ingin tahu siapa. (n/a) memberitahu nama mereka kepada Ying dan Yaya. "Oh, mereka rupanya. Ok apa, kalau kau dalam hubungan dengan salah satu dari mereka." Kata Ying. "But the point is aku perlu pilih salah satu dari mereka dan aku tak tahu siapa aku patut pilih!" (n/a) mula menjadi gila dan stres kerana asyik-asyik fikir tentang tiga elementals sejak semalam. Yaya dan Ying letak salah satu tangan mereka di bahu kiri dan kanan (n/a). "Relax (n/a). Pertama, kau mesti tahu kau suka jenis apa. Lepas itu, bandingkan siapa yang mempunyai jenis yang sama yang kau suka. Lelaki itulah yang kau akan pilih." Kata Yaya, memberikan nasihat kepadanya. 'Macam gitu ke nak pilih salah satu dari tiga elementals itu?' Fikir (n/a), masih tak pasti. Dia berdiri dari tempat duduknya dan berkata,"Hmm... Terima kasih kerana memberikan nasihat, Yaya. Mungkin aku tahu siapa aku patut pilih. Aku perlu jumpa seseorang." Kata (n/a). Yaya dan Ying menunjuk jari ibu kepada (n/a). (n/a) keluar dari rumah Yaya dan mula fikir tentang nasihat Kaizo, Fang dan Yaya. 'Hmm.. Mungkin bukan jenis apa yang aku suka tapi....." Sesuatu membuat (n/a) tahu siapa yang dia patut pilih.

 

A/n: So, apa pilihan readers? Terima kasih kepada readers yang sudi membaca dan vote ☆ Author sangat menghargai :) Bagi yg silent readers, vote la sekali. Jgn baca saja ye ^-^ Author tak gigit sesiapa la haha XD Readers nak komen pun boleh tapi, jgn la komen benda buruk.

Satu PilihanWhere stories live. Discover now