Bab 14 (Cerita yang sebenar)

463 58 3
                                    


Sambil semua rasa gembira menyambut hari jadi (n/a), ada kapal angkasa tiba-tiba muncul di atas mereka. (n/a) tak tahu apa ia buat di sini. "Kapten Kaizo? Apa dia buat di sini?" Tanya Tok Aba. Semua kecuali (n/a) mengangkat bahu saja. "Kaizo? Siapa dia?" (n/a) bergumam sendiri.

Kaizo turun dari kapal angkasanya bersama makhluk asing yang dia sudah lama bekerjasama, Lahap. Walaupun (n/a) tak kenal siapa mereka, ada satu perkataan saja muncul di dalam fikirannya bila dia pertama kali lihat Kaizo iatu 'itik'. (n/a) tahan ketawanya kerana tak nak menunjuk adab yang tak baik kepadanya.

Semua kecuali (n/a) dan Tok Aba berkumpul ke dia. Kaizo sedang berbual tentang sesuatu penting kepada mereka. Tok Aba pula memberitahu kepada (n/a) siapa Kaizo sebenarnya sejak (n/a) tanya siapa dia. Lepas Kaizo habis berbual bersama elementals dan Ochobot, dia memandang ke arah (n/a). 'Dia sudah besar... Hmm... Aku patut duduk di sini dan memerhatikan dia. Dia mungkin dalam bahaya..' Fikir Kaizo. "Lahap, tolong hubungi Pang dan beritahu kepada dia yang kami akan duduk di bumi." Kata Kaizo kepada Lahap. "Baik, Kapten." Lahap mula hubungi Pang atau nama digunakan sekarang iatu Fang.

Gempa menuju ke arah (n/a) dan bisik kepadanya yang dia ingin berbual bersamanya di tempat lain. "Di mana?" Soal (n/a). "Ikut aku." Gempa membalasnya. (n/a) mengangkat bahu dia dan ikut Gempa saja. Mereka berdua pergi ke kolam tak jauh dari Kokotiam Tok Aba. Gempa rasa risau kepada (n/a) sebenarnya dan dia ingin (n/a) tahu. "Boleh kami berbual tentang (n/l)?" Soal Gempa dulu kerana dia tak pasti kalau (n/a) ada mood nak berbual tentang lelaki psiko itu. (n/a) mengangguk kepalanya untuk membalas dia. Dia penasaran kenapa Gempa ingin berbual tentang (n/l). "Ok, (n/l) sebenarnya bukan manusia biasa. Dia adalah alien menyerupai manusia." Kata Gempa, mula memberitahu identiti (n/l). (n/a) terkejut kerana mendengar siapa (n/l). "Dia dilahirkan menjadi psiko dan aku rasa aku tahu apa sebab (n/l) mengganggu kau. Ais memberitahu kepada aku tentang (n/l) mengganggu kau tadi. Jadi, sebab dia adalah kau adalah gadis pertama menjadi teman gadis dia. Dia menjadi lebih obses dengan kau lepas kau putus hubungan antara kau dan dia dan dia mula pergerakan dia untuk menculik kau kerana kau sangat berharga kepada. Aku mungkin salah tentang sebabnya tapi, naluri aku selalu betul." Gempa menjelas. "Terima kasih kerana ceritakan kepada aku, Gempa." Kata (n/a).

Mereka kembali ke Kokotiam Tok Aba. Kaizo dan Lahap masih berada di situ kerana ingin berehat sebentar. (n/a) lihat Kaizo yang sedang minum air. Dia ingin berbual dengannya tapi, nak berbual hanya mereka berdua saja. Jadi, dia fikir nanti saja la. Bila Kaizo memandang (n/a), (n/a) lihat ke tempat lain.

Suara (n/l) tiba-tiba muncul di dalam fikiran (n/a). 'Aku jumpa kau~' (n/a) tutup kedua-dua telinganya. Kaizo lihat (n/a) dengan perasaan yang bingung. (n/a) guna kuasa darahnya untuk mendapatkan rasa darah (n/l) kalau dia berada di mana-mana sekelilingnya. 'Dia di belakang pokok itu!' Dia bergumam dan membuat Kaizo mendengarnya. 'Siapa?' Fikir Kaizo, ingin tahu siapa (n/a) maksudkan.

(n/l) menunjuk diri dia di depan (n/a). (n/a) diri membeku di situ saja dengan perasaan takut. "(n/l)!" Jerit (n/a). Semua memandang (n/a) dulu, lepas itu (n/l). "Surprise, (n/a). Kau ingat aku tak akan jumpa kau? Hehe!" Kata (n/l) dan mula ketawa seperti orang gila. Kaizo berdiri di depan (n/a) untuk melindungi dia. (n/l) guna kuasa darah dia ke Kaizo tapi, ia tak berjaya nak mengawal badan Kaizo. "Ingin mengawal aku? Tak akan berjaya.. Lahap, sekarang!" Lahap guna taser ke (n/l) dan membuat dia pengsan. (n/l) terbaring di atas tanah. Lepas itu, Lahap hubungi Kokoci untuk datang ke Bumi dan bawa (n/l) ke ke planet asalnya.

Sambil menunggu Kokoci sampai ke Planet Bumi, Kaizo lihat (n/a). "Kau ok kan, (n/a)?" Soal dia. (n/a) mengangguk kepala dia untuk membalas tapi bila dia dengar Kaizo sebut namanya, dia bertanya,"Kau tahu nama aku?" Kaizo menangguk dan berkata,"Aku rasa aku patut memberitahu kepada kau tentang diri kau. Ibu kau kahwin dengan ayah kau tapi, spesis mereka berbeza. Ibu kau adalah makluk asing dan ayah kau adalah manusia biasa. Mereka jatuh cinta dan setuju nak berkahwin satu hari nanti. Kau dilahirkan sebagai manusia biasa tanpa kuasa sampai kau dapat satu hari sebelum kau berumur 16 tahun. Aku pasti abang kau memberitahu kepada kau tentang kuasa kau. Sebenarnya, abang kau masih hidup tapi, dia tak nak kau tahu kerana dia ada sebab." Kaizo letak salah satu tangannya di atas kepala (n/a) dan ia membuat (n/a) ingat sesuatu. (n/a) menumbuk di perut Kaizo dan melarikan diri dia. Air mata mula mengalir di pipinya. Kaizo mengejar dia dari belakang. Sambil (n/a) berlari, dia tak sengaja langgar seorang lelaki yang dia kenal. Dia lihat lelaki itu dan ia tak selain daripada Fang. "(n/a)?" Kenapa kau menangis?" Soal Fang. (n/a) menolak Fang ke tepi dan ingin bersambung lari tapi, ia tak berjaya. Fang memegang pergelangan (n/a) dengan ketat. "Nasib kau dapat tangkap dia." Kata Kaizo, mula mengambil nafas berat. Lepas itu, memeluk mereka berdua.

Fang bingung dan tak tahu apa yang berlaku. (n/a) berhenti menangis dan diam saja, biarkan Kaizo memeluk dia dan Fang. "Maafkan aku Fang kerana aku tak beritahu kepada kau. Maafkan aku (n/a) kerana meninggalkan kau sendiri di bumi." Kaizo menyesal apa dia sudah buat kepada mereka. Fang masih bingung dan tak faham kenapa abangnya minta maaf. "Kenapa maafkan kami? Apa benda yang abang tak beritahu kepada adik?" Soal Fang. "(n/a) adalah kembar kau, Fang." Kaizo membalas dan melepaskan pelukannya.

Fang terkejut bila mendengar apa abangnya berkata. 'Mustahil..' Fang lihat (n/a) dan tak percaya kata abangnya. "Aku... Aku tak percaya." Kata Fang. "Kalau dia kembar Fang, kenapa dia tak tinggal bersama kami!?" Marahnya. "Kaizo, memberitahu kepada aku semua tentang diri aku dan ibu ayah kami. Aku adalah manusia biasa." Kata (n/a) dan memandang Kaizo. "Tapi, kenapa.... Kenapa tinggalkan (n/a) di sini!? (n/a) ingat Kaizo sudah hilang nyawa.." Air mata mula mengalir di pipinya sekali lagi. Kaizo mengelap air mata (n/a) yang membasahi pipinya. "Kerana tugas aku dengan kau sudah tamat. Aku diberi misi untuk menjaga kau hingga umur kau sepuluh tahun dan aku pasti yang kau sudah matang pada umur itu untuk menjaga diri kau. Lepas itu, aku balik ke planet asal kami untuk menjaga Fang sejak kami berdua adalah makhluk asing." Fang dari tadi diam di situ mendengar perbualan mereka. Lepas itu, memeluk (n/a). "Aku tak tahu yang kau adalah kembar aku dan aku gembira dapat tahu yang kembar aku adalah kau." Fang berbisik.

Tak jauh dari mereka, ada beberapa orang dari tadi lihat dan dengar perbualan mereka. Mereka tak selain daripada adik-beradik Elementals. "Aww~" Tersentuh hati mereka lepas apa yang mereka lihat.

Satu PilihanWhere stories live. Discover now