#03

7.9K 315 27
                                    

Warning!!! 18+

Budak bawah umur seeloknya jangan baca okey!

Enjoy~~

Taehyung berlalu keluar dari bilik itu. Degupan jantungnya makin laju. Peristiwa tadi membuatkan dia serta merta meremang. Dia tidak tahu sekarang ini perasaannya sama ada terkejut, marah, takut atau suka.

Jimin menyedari keberadaan taehyung. Dia melihat taehyung ingin keluar ke pintu utama. Jimin segera memanggilnya.

"Taehyung-ah! Taehyung-ah!" Jimin memanggil taehyung. Tapi taehyung tidak mendengar panggilan itu.

Jimin melihat jungkook keluar dari bilik vip. Jimin mengagak sebab mengala taehyung bergegas keluar dari bilik itu. Jimin berjalan dengan cepat dan terus menunduk di depan jungkook.

"Maafkan saya atas kelakuan taehyung tadi tuan Jeon. Dia keluar tanpa kata, dia mungkin terkejut dengan keadaan tadi. Sa--saya akan memanggilnya kembali,"

Jimin ingin berjalan keluar dari restoran itu tapi dihalang oleh jungkook.

"Tidak mengapa. Saya yang menyuruhnya keluar tadi. Sebab saya mahu selesaikan hal yang belum diselesaikan di pejabat," Jungkook menepuk bahu jimin kemudian berlalu keluar dari restoran itu. Jimin menarik nafas lega.

Jimin segera menelefon taehyung untuk kembali ke restorannya. Tapi tidak diangkat oleh taehyung. Jimin mencuba telefon kembali. Masih jawapan yang sama.

Jimin berputus asa lalu menyambung kembali kerjanya yang tergantung.

'Aku harap kau baik2 saja tae,' bisik hati jimin.
_____________________________________

Taehyung meneruskan berjalan di lorong gelap yang tidak berpenghuni. Tanpa hala tuju. Ya, taehyung keluar tanpa memikirkan apa2. Fikirannya sarat dengan kejadian tadi.

Taehyung kembali tersedar apabila jimin menelefonnya. Tapi taehyung sengaja tidak menjawab telefon dari jimin. Sampailah jimin tidak lagi menelefonnya.

Taehyung mengeluh. Dia harus kembali ke restoran itu. Jimin pasti memarahinya kerana keluar tanpa izin jimin. Dia patah balik dan terus menuju ke restoran.

Tapi langkah taehyung kembali terhenti. Dia memikirkan arah jalannya betul atau tidak. Taehyung buntu. Dia tidak dapat mencari jalan keluar. Yelah, taehyung berjalan tanpa memikirkan jalan yang dia tuju.

Taehyung terus berjalan. Tapi langkahnya kembali terhenti apabila terdengar jeritan orang menjerit. Semakin taehyung mendekati suara itu, semakin kuat terdengar. Taehyung ketakutan.

Taehyung bersembunyi di sebalik tembok. Dia melihat seorang lelaki yang telah ditoreh badannya. Lelaki yang menoreh lelaki itu tersenyum puas.

Sampailah satu jeritan yang sangat kuat menyebabkan taehyung ikut terjerit. Melihat kejadian yang tidak masuk akal didepan matanya sendiri.
Taehyung melihat lelaki itu terus menusuk pisaunya ke dada lelaki malang itu. Tepat ke jantung.

Semasa taehyung menjerit, nasibnya taehyung sangat malang kerana lelaki tadi terdengar jeritan taehyung. Dia memandang tepat kearah taehyung.

Kejutan taehyung makin menjadi apabila namja itu ialah lelaki yang berada di bilik vip restoran.

Jeon Jungkook.

Jungkook melihat taehyung yang sedang melihat kearahnya. Dia menyunggingkan senyumannya. Dia menghampiri taehyung perlahan. Taehyung ingin berlari tetapi dibelakangnya ada seorang yang membekap hidungnya menggunakan sapu tangan.

Taehyung meronta untuk melepaskan diri tetapi bau disapu tangan itu sangat kuat membuat dia pengsan. Taehyung pengsan tidak sedarkan diri.

Jungkook menghampiri taehyung yang sudah pengsan. Dia mengusap lembut bibir taehyung.

LOVE PSYCHO [KookV] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang