#08

4.4K 204 25
                                    

Helo helo,

Sorry sebab author dah lama x update cite... Sebab author ada depresi sikit sebab tu author tiada mood nak update story ini.

Sekarang author rasa mood susah baikan so author harap ada yang masih mahu membaca ff ini😘

Enjoy~
_____________________________________

Jungkook bangun terlebih dahulu dari taehyung. Dia mengusap rambut taehyung yang sudah tertidur pulas.
Jungkook kembali tersenyum mengingatkan aktiviti panas mereka yang berterusan semalaman sehingga taehyung pengsan kerana lelah padahal jungkook masih lagi dengan staminanya yang kuat.

Jungkook perlahan2 melepaskan diri dari pelukan taehyung. Taehyung menggeliat kecil lalu memeluk bantal yang berada di sebelahnya. Jungkook melihat wajah taehyung lama sebelum menuju ke ruang mandi.
_______________________

Jungkook duduk termenung di ruang kerjanya. Dia mengimbas kembali perjumpaan pertama dirinya dengan taehyung. Pada pandangan matanya, dia melihat seorang lelaki cantik yang berada di hadapannya dulu. Tidak pernah jantungnya berdegup kencang ketika berjumpa dengan lelaki sebelum ini.

Tapi ada tarikan yang tersembunyi apabila dia sengaja melihat mata coklat taehyung lebih dalam serta merta pemiliknya merona merah apabila jungkook menatapnya.

Fikiran jungkook buntu, perasaannya keliru. Dia bahagia apabila bersama taehyung. Tidak seperti budak sex nya yang lain. Taehyung mempunyai ciri ciri lelaki idamannya. Ya, jungkook seorang gay, tetapi dia selalu meniduri perempuan untuk menutup sexualitinya.

Apakah dia bersedia apabila taehyung mengatakan dia menyukai jungkook? Jungkook hanya berharap supaya taehyung tidak jatuh cinta dengannya kerana tidak ingin membuat taehyung terluka. Jungkook hanya menganggap taehyung sebagai budak sexnya, tidak lebih dari itu.

Saat jungkook larut dalam perasaannya, satu suara menghinggap ke telinganya. Sekaligus lamunan jungkook terhenti. Dia melihat sosok namjoon yang berdiri dihadapannya dengan wajah datar.

"Kenapa namjoon?" tanya jungkook. Namjoon hanya memberikan satu beberapa fail kepada jungkook. Jungkook menaikkan alisnya.

"Ini dokumen berkaitan dengan choi si won. Dan juga latar belakang keluarganya," Jungkook mengangguk.Wajah dinginnya kembali lagi. Namjoon hanya memerhatikan tingkah bosnya itu.

"Aku ingin tahu, tuan. Kenapa tuan beria mahu saya memeriksa latar belakang lelaki ini?" tanya namjoon.

"Aku hanya mahu menolong taehyung melunaskan dendamnya,"jawab jungkook singkat.

" Jadi, ini kerana taehyung? " tanya namjoon lagi. Jungkook mengangguk.

"Apa tuan menyimpan perasaan pada taehyung?" tanya namjoon lagi. Jungkook menatap wajah namjoon dengan tatapan tajam. Namjoon menundukkan mukanya.

"Kenapa kau banyak bertanya namjoon? Aku hanya ingin menolongnya, tidak lebih dari itu," bohong jungkook.

"Maafkan saya tuan jungkook,"Namjoon membongkokkan dirinya di hadapan jungkook. Jungkook menghela nafas.

" Lain kali kau jangan mempertikaikan apa yang aku mahu buat. Faham namjoon? " Namjoon mengangguk.

" Tuan, sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya beritahu, "Kata namjoon. Jungkook melihat wajah namjoon. Dia mengangguk menyuruh namjoon meneruskan percakapannya.

" Sebenarnya, si won adalah adik tirimu," Sambung namjoon. Jungkook terkesima.

" Apa? " tanya jungkook seakan tidak percaya. Namjoon menyerahkan fail terakhir kepada jungkook. Jungkook langsung menerima fail itu. Dia membuntangkan matanya.

LOVE PSYCHO [KookV] Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt