Episod 1 : Dunia Kuuga

227 1 0
                                    

" Bertukar !"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Bertukar !"

Yusuke berlari sambil menekan butang pada sisi kiri tali pinggang Arcle dengan tangan kanannya sambil beralaskan belakang tangan kirinya. selepas menekan butang pada tali pinggang itu, Yusuke berlari sambil menendang lembaga aneh dengan wajah dan badannya dihias dengan gear berwarna merah dan biru. ketika baju perisainya mula terbentuk, Yusuke menumbuk wajah lawannya dan lakukan tendangan 'roundhouse'  pada badan lawannya. sebaik sahaja baju perisainya terbentuk, Yusuke atau lebih dikenali sebagai Kamen Rider Kuuga menghulur tangan kanannya ke sisi kirinya sambil tangan kirinya menyentuh tali pinggangnya.

 " jadi awak la punca semua kekecohan ni? awak lah yang menyebabkan gelombang aneh muncul entah dari mana tu ?!" Kuuga menunjuk ke arah lembaga itu.

 " jadi awak la punca semua kekecohan ni? awak lah yang menyebabkan gelombang aneh muncul entah dari mana tu ?!" Kuuga menunjuk ke arah lembaga itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 " HAHAHAHAHAHAHA!! Tepat sekali. sayalah menyebabkan kemunculan gelombang dimensi aneh yang wujud sejak kebelakangan ni. Nama saya Bi-Kaiser. saya akan menghentam dunia awak dengan dunia lain dan menyebabkan kemusnahan skala besar ! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!" Bi-Kaiser ketawa dengan kuat sekali.

 " Jangan harap! Chou Henshin !!" Kuuga berlari sambil  berubah ke bentuk Titan lalu menumbuk dada Bi-Kaiser. Kuuga Titan mengangkat Bi-Kaiser lalu membuat beberapa pusingan sebelum melontar Bi-Kaiser ke tanah. ketika Kuuga Titan hendak menyerangnya, Bi-Kaiser menembak dada Kuuga Titan menggunakan Nebula Steam Gun menyebabkan Kuuga Titan rebah ke tanah sebelum berubah kembali kepada bentuk Mighty. Bi-Kaiser berjalan kearah Kuuga yang masih terbaring itu lalu memijak badannya beberapa kali menyebabkan percikan bunga api terhasil. Kuuga menjerit kesakitan. Bi-Kaiser kemudiannya mengangkat Kuuga dengan mencekik lehernya  dengan hanya sebelah tangan sahaja. Kuuga memegang tangan Bi-Kaiser untuk melepaskan dirinya, " aku...takkan biarkan....kau...apa-apakan dunia ni!!" Kuuga menggengam penumbuknya. " yeke? kalau macam tu. aku terpaksa hantar kau ke tempat lain.." Bi-Kaiser memandang ke portal misteri di hadapannya dan mengacukan pistol Nebula Steam Gun ke baju perisai Kuuga yang berasap. " dengan portal dimensi belakang kau tu! Ambik ni !!" Bi-Kaiser melepaskan beberapa tembakan tepat ke dada Kuuga menyebabkan Kuuga tercampak masuk ke dalam portal sebelum portal tersebut mengecil dan menghilang.

" Sekarang, tiada siapa yang akan ganggu urusan aku," Bi-Kaiser melepaskan asap dari pistol mengelilinginya dan menghilang.


Bersambung di Episod 2 : Dunia Build

Kamen Rider Kuuga & Kamen Rider Build [COMPLETED]Where stories live. Discover now