Episod 2 : Dunia Build

110 2 0
                                    

" ARE YOU READY ?"

" ARE YOU READY ?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sento : Bertukar !!

"HAGANE NO MOONSAULT, RABBITTANK. YEAH!!"

Build memandang kearah lawannya Stag Lost Smash sambil tangan kanannya menyentuh sesungut birunya yang berupa muncung sebuah kereta kebal dan menunjuk jari telunjuknya ke sisi kanannya. " Baiklah. formula kemenangan..dah pun ditentukan,"

Stag Lost Smash yang berdiri di hadapannya menghunus dua bilah pedang dari belakangnya dan mula berlari kearah Build untuk menyerangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stag Lost Smash yang berdiri di hadapannya menghunus dua bilah pedang dari belakangnya dan mula berlari kearah Build untuk menyerangnya. Build menendang badan Stag Lost Smash dengan kaki kanannya menyebabkan percikan bunga api pada badannya akibat geseran tapak kakinya yang bergerak seperti tayar kereta kebal. Build kemudiannya menendang dengan kaki kirinya yang kemudiannya berubah menjadi kaki arnab menyebabkan Stag Lost Smash tercampak ke dinding sebuah bangunan. Ketika Build hendak menyerang Stag Lost Smash, tiba-tiba nada dering telefon kedengaran dan Build mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menjawab panggilan.

Misora *dalam talian* : Sento apa yang awak buat kat luar sana tu ?! kan saya suruh awak beli barangan dapur untuk makan malam kita bertiga ?!

Build : Misora boleh tak awak telefon saya balik kemudian ? saya tengah sibuk ni * mengelak serangan Stag Lost Smash dari belakang*

Misora *dalam talian* : sibuk ? apa yang awak sedang sibukkan tu hah ?!

Build : Misora, kan Banjou ada..HIARGHH!! *menendang badan Stag Lost Smash* suruh la dia belikan. apapun nanti saya telefon semula. bye *tutup telefon*

Selesai menjawab panggilan dari Misora, Build menyambung semula pertarungannya dengan Stag Lost Smash. Build terus menerus menendang badan  Stag Lost Smash dan kemudiannya menumbuk wajah Smash tersebut hingga menyebabkannya rebah. tanpa membuang masa, Build memusingkan tuas pada Build Driver sebelum melompat ke udara.

"READY GO"

"VORTEX FINISH"

Stag Lost Smash berdiri dalam keadaan lemah akibat cedera.

"YEAH"

Build menghalakan kaki kanannya dan menendang Stag Lost Smash yang melindungi dirinya dengan kedua-dua tangannya menyebabkan berlaku letupan. Build yang meluncur selepas mendarat terus membuka penutup Full Bottle dan menghalakan muncungnya kearah Stag Lost Smash yang terbaring untuk menyedut komponen badannya dan Smash itu berubah kembali kepada seorang remaja lelaki.

" phew, nampaknya hari ni memang agak sibuk," kata Build sendirian sambil menutup semula Full Bottle. Seketika kemudian, Build terlihat sebuah portal dimensi muncul di udara dan kelihatan sesosok lembaga jatuh dari portal tersebut. Build berlari kearah lembaga tersebut dan mendapati Kamen Rider Kuuga terbaring dalam keadaan kesakitan. Badannya penuh dengan asap. perubahannya terbatal seketika kemudian dan Kuuga berubah semula kepada Yusuke. Build terus mencabut dua Full Bottle dari Build Driver dan berlari untuk mendapatkannya. 

" hei ! hei ! Awak tak apa-apa ke?" Sento menggerakkan badan Yusuke . Yusuke cuba untuk berkata sesuatu dalam keadaan suaranya tersekat-sekat. "tolong...saya..." Yusuke kemudiannya pengsan.

"Hei! Awak tak apa-apa ke? bertahanlah! hei! hei!!" Sento terus menggerakkan badan Yusuke yang masih tak sedarkan diri itu.


Bersambung di Episod 3 : Pertemuan

Kamen Rider Kuuga & Kamen Rider Build [COMPLETED]Where stories live. Discover now