Episod 10 : Pertarungan Akhir (Bahagian Akhir)

28 0 0
                                    


Build dan Kuuga menjerit sambil berlari kearah lawan mereka untuk menewaskannya buat selama-lamanya.

Bi Kaiser menjerit kemarahan sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua Rider tersebut, namun Build dan Kuuga dapat mengelak dari tembakan yang dilepaskannya. setiap kali tembakannya dilepaskan, mereka melompat, berguling, dan bergolek supaya diri mereka tidak terkena tembakan tersebut. Sebaik sahaja mereka berjaya mendekati Bi Kaiser, tali pinggang Arcle dan Build Driver serta botol 'Rabbit' dan 'Tank' menyalurkan tenaga ke penumbuk mereka untuk dilepaskan ke muka dan tubuhnya melalui tumbukan mereka. kemudian, tenaga disalurkan pula ke kedua belah kaki mereka dan kemudiannya menendang dada Bi Kaiser secara serentak menyebabkan letupan kecil serta percikan bunga api pada perisai tubuhnya.

        Sambil menjerit, seluruh badan mereka di penuhi dengan saluran tenaga yang luar biasa. Dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh, mereka terus menumbuk dan menendang lawan mereka beberapa kali, tanpa memberikan sebarang peluang kepada Bi Kaiser untuk membalas serangan mereka. Mereka juga melambung tubuh lawan mereka ke udara dan Build melepaskan tembakan dengan senjatanya ke arah Bi Kaiser. Akibatnya, tubuhnya penuh dengan percikan bunga api dan Bi Kaiser mendapati dia mengalami kesukaran untuk menggerakkan tubuhnya akibat kerosakan yang diterimanya. 

     Melihat Bi Kaiser benar-benar tidak boleh bergerak akibat kerosakan yang diterima, Build dan Kuuga menyalurkan tenaga ke kaki kanan mereka dan terus berlari kearahnya. mereka melompat, melakukan 'front flip', dan kemudiannya menendang tubuh Bi Kaiser dengan kuat hingga menyebabkannya melambung ke sisi lain Enigma. Build terus berubah ke bentuk HawkGatling dan membawa Kuuga terbang pergi dari situ. Bi Kaiser jatuh tersungkur sambil menjerit kesakitan dan kemudiannya meletup. Letupan yang begitu kuat menyebabkan mesin Enigma turut meletup.

++++

Cross-Z Magma melibas pedang Beat Closer dengan kuat hingga saki-baki tentera Guardian meletup. Dengan lega, Cross-Z Magma terus baring di atas tanah sambil menjerit kegembiraan kerana ancaman Bi Kaiser sudah berakhir.


Bersambung di Episod 11 (Akhir) : Aozora ni naru (Menuju ke Langit Biru)


:- sorry sebab episod agak pendek :( 


Kamen Rider Kuuga & Kamen Rider Build [COMPLETED]Where stories live. Discover now