Episod 5 : Rancangan Jahat

57 0 0
                                    


Bi Kaiser berjalan sendirian dalam sebuah gudang di tepi pelabuhan. Dia melihat pemandangan dalam gudang tersebut. sunyi sepi. seolah-olah sudah lama ditinggalkan oleh tuan pemilik gudang itu. Bi Kaiser merasakan gudang itu sesuai untuk dijadikan sebagai markas rahsianya untuk meneruskan rancangan jahatnya.

 " hahahaha, akhirnya. Aku berjaya jumpa tempat yang sesuai untuk teruskan rancangan aku yang terhebat ni. tak lama lagi, semua dimensi akan musnah di tangan aku. HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!" Bi Kaiser ketawa dengan nada yang kuat sekali. Tanpa membuang masa, Bi Kaiser mula menaip sesuatu pada komputernya berhampiran dengan sebuah mesin gergasi menyerupai tangan manusia.

" Aku dah tak ada masa lagi. aku kena aktifkan Enigma supaya rancangan aku berjalan lancar. Tapi, kemungkinan dua kamen rider tak guna tu akan datang ke sini untuk gagalkan rancangan aku. cis, ini tak boleh jadi ni. aku mesti hantar orang bawahan untuk lengahkan mereka," Bi Kaiser kemudiannya pergi ke komputer lain dan menaip sesuatu pada papan kekunci. Hologram Evolt dan N Daguva Zeba kemudian muncul di hadapannya.

" Cari Kuuga dan Build. kalau jumpa mereka, hapuskan mereka, " Bi Kaiser memberi arahan kepada hologram N Daguva Zeba dan Evolt. kedua-dua hologram tersebut mengangguk sebelum pergi meninggalkan gudang tersebut.

" selepas ni tiada siapa akan ganggu rancangan aku. HAHAHAHAHAHHA!!!!!" Bi Kaiser ketawa dengan kuat sambil memandang kearah Enigma yang hampir aktif itu.



Bersambung di Episod 6 : Build lwn Evolt 


Kamen Rider Kuuga & Kamen Rider Build [COMPLETED]Where stories live. Discover now