one.gl

86 80 14
                                    

aku merebahkan kepalaku ke meja. boringlah pulak takde guanlin ni. daehwi kata guanlin sakit. demam panas katanya. kerengga tu suntik flu kat dia kot-

tu lah, nakal sangat. dia ingat aku sanggup ke biarkan dia berpanas kat luar kalau dia masuk guna pintu?

dia dah buli aku selama bertahun - tahun, tapi langsung dan masih tetap tak kenal aku sebenarnya.

" wuit, murung je. boring lah ni encik pengarang jantung tak ada?" usik hitomi di sebelahku.

" mana adalah." hitomi mengecilkan matanya merenung ke arahku.

" ye ke ni? jujurlah en aku cakap, aku suka tengok kau dengan guanlin. macam merpati dua sejoli."

" tapi kadang - kadang tu, ada jugaklah guanlin tu melampau sangat layan kau. aku bukannya tak nak tegur tapi aku takut. kau tahu kan dia macam mana?" aku tersenyum nipis.

" sokay, hitomi. tak usahlah kau nak ship - ship aku dengan guanlin bagai. dia dah ada girlfriend, k-" ujarku sayu.

" seriuslah? alo, alo. sedeyh, ok, sorry tau?" aku tersenyum nipis.

" takpe." tepat pada masanya, cikgu bahasa inggeris kami iaitu cikgu rm melangkah masuk ke dalam kelas.

selamat juga aku daripada menjawab soalan cepumas si hitomi tu. aku mengeluh pelan.

🐣🐣🐣

aku melabuhkan punggungku di atas sofa. remote televisyen yang diletakkan di atas meja aku ambil.

televisyen aku pasang lalu siaran aku ubah beberapa kali sebelum televisyen itu kembali aku tutup.

" bosann! aku pishang, aku pishangg!" aku berguling dari atas sofa sehingga terjatuh ke lantai lalu aku sambung bergolek sehingga tiba di dapur.

aku menjengket cuba mencapai cup ramen yang berada di kabinet atas. omma ni memang sengaja tak nak aku makan ramen ke apa letak tinggi - tinggi?

karang aku mati kebuluran kang. agaknya itulah sebabnya omma kirimkan daniel pada aku.

sedang aku sibuk membebel sendirian, satu tangan panjang lagikan putih melepak dengan penuh baik hati menolong aku mengambil cup ramen itu.

aku tersenyum.

" thanks, niel. agaknya inilah yang dipanggil lelaki kiriman omma- ka-" tersentak aku sebaik sahaja berpaling dan melihat pemilik tangan panjang dan putih melepak tadi.

" gu-guanlin.." apa lagi syaiton direjam ni nak dohh? nak claim homework aku dah bagi semalam. nak suruh aku buat kerja rumah dia, dia tak datang tadi-

" ye, aku? sorrylah sebab aku ni bukan daniel. aku ni lai guanlin. lelaki kiriman syaitan mungkin." terus sahaja guanlin berlalu pergi meninggalkanku terpinga - pinga.

" pintu tu kunci. kau tu perempuan, kalau berteman tak apa jugak. ni sensorang, kebal sangat ke diri kau tu sampai tak nak kunci pintu. lepas aku keluar terus kunci-" sempat guanlin berpesan sebelum betul - betul menghilang.

jap, dia nak panas kenapa? aku ada salah cakap ke sampaikan dia nak sentap bagai?

aku mengangkat bahu. langkah aku atur menuju ke pintu rumah. usai mengunci pintu, terus aku kembali menuju ke dapur.

ramen, ramen, ramen! chanmi mendatang-

termos yang berisi air panas aku ambil lalu airnya aku tuangkan ke dalam cup ramen yang sudah sedia terbuka.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now