last.gl

31 30 9
                                    

aku berdiri kaku sambil memerhatikan jalan sesak di serata seoul.

aku nak perhatikan dunia ni, sebelum aku pergi. ikut jejak langkah guanlin, minju dan minji.

aku dah tak tahan nak hidup. aku rasa kosong. aku ada rambut, tapi kepala aku takde rasa apa - apa.

aku ada otak tapi aku tak dapat fikir apa - apa selain ikut langkah guanlin. aku rindu guanlin. aku nak jumpa dia.

dengan cara ni je lah aku dapat jumpa dia. aku mengeluh. kepala aku tundukkan memandang bawah.

aku akan jadi macam minji kalau aku melangkah satu tapak ke hadapan. kepala aku pecah, otak aku akan terburai. darah jangan cakaplah.

aku tak tahu kenapa dengan hidup aku ni. menyedihkan.

everyday, i always hoping for a more good days with him. but god is so cruel.

dia tarik nyawa guanlin. sebelum aku sempat jumpa dia buat kali terakhir. aku tak sepatutnya ikut cakap dia.

dia jahat. guanlin jahat. tuhan pun jahat. dua - dua jahat. semualah jahat!

satu je caranya untuk aku bencikan semua orang yang hidup dalam dunia ni termasuk tuhan.

jatuhkan diri dari rooftop sekolah.

" CHANMI!" baru sahaja aku ingin melompat turun, satu suara terlebih dahulu melaung.

" jangan macam ni, chanmi." ujarnya. aku diam tanpa menoleh.

" chanmi.. tolong. fikir waras sikit! kau hilang guanlin tak semestinya kau hilang semuanya!" sahut satu suara lagi.

" takk! aku hilang guanlin, bagi aku, aku hilang semuanya! guanlin segala - galanya bagi aku!"

" aku sentiasa harapkan hari - hari indah dengan dia sebelum dia pergi. tapi tak sangka tuhan terlalu kejam dan tarik nyawa dia tanpa sempat aku ucapkan selamat tinggal."

" memang chanmi tak sempat ucapkan selamat tinggal, tapi guanlin mungkin nak chanmi buat sesuatu untuk dia. semuanya ada dalam surat ni." aku perlahan - lahan berpaling.

" ch-ou tzuyu?" tzuyu mengangguk.
tzuyu melangkah setapak mendekatiku.

" jangan dekat!" arahku. tzuyu terus berhenti.

" chanmi.. ameklah surat ni." aku menggeleng.

" tipu! itu bukan surat daripada guanlin! kalau betul itu dari guanlin, kenapa dia bagi tzuyu?" soalku membantah.

" sebab dia amanahkan tzuyu untuk bagi surat ni pada chanmi." aku menggeleng.

" takk! itu semua tipu!"
baru sahaja aku ingin melangkah ke belakang, kakiku terus terhenti mendengarkan ayat yang keluar dari mulut tzuyu.

" dear little rabbit.."

" chanmi little rabbit guanlin, kan? ambillah.." aku melangkah turun lalu mendekati tzuyu.

surat di tangannya aku ambil dengan tangan sejuk dan menggigil.

kertas itu aku buka lipatannya setelah setelah aku keluarkan dari sampul surat.

dear cutie rabbit,

the worst thing that ever happened in my life was to go far away from you.

kalau kau pernah terfikir nak ikut jejak langkah aku, tolong jangan.

aku mohon jangan. kalau kau betul sayangkan aku, tolonglah jangan.

bukan aku sorang je yang setia tunggu kau selama ni.

ada satu orang yang selama ni kau nanti - nantikan nak jumpa.

cuma aku je yang tamak. aku je yang kejam.

kau kena tahu yang orang tu sayang kau lebih banyak daripada sesiapa sayangkan kau. termasuklah aku..

dia sanggup gadaikan rantai yang omma dia bagi kat dia semata - mata nak balik korea untuk cari kau.

yaa, memang muka kami hampir sama. tapi hati dia lagi suci dari hati aku.

dia lagi baik daripada aku. dan dia lagi layak untuk jaga kau daripada aku.

dia sanggup biarkan aku jaga jodoh dia walaupun cuma untuk sementara.

dia sanggup pinjamkan kau pada aku. untuk aku tumpang kasih sayang. untuk aku curahkan rasa cinta aku sebelum aku pergi.

aku yakin dan teramat yakin, dia mampu jaga kau lebih baik daripada aku jaga kau.

biarpun dalam keadan samar - samar.

aku harap, kau takkan pernah gantikan aku dengan orang lain.

pastikan gelaran really bad boy tu, hanya untuk lelaki bernama LAI GUANLIN♥

please dont stop hoping for a more good days without me.

god is not cruel, he's just teasing💘

life must go on, little rabbit😉

from,
guanlicious🍫

aku terduduk di atas lantai rooftop.

" arghhhhhhhh!" aku menjerit nyaring melepaskan kekecewaan.

aku benci hidup aku..

" tinggalkan aku.." arahku dingin. baru sahaja somi ingin membantah, tzuyu dan daehwi pantas menggeleng.

mereka terus menarik somi pergi meninggalkan aku keseorangan di atas rooftop.

ya, memang salah aku sebab tak mampu tandingi kasih sayang tuhan pada dia.

aku jahat. aku kejam. aku bodoh. aku sepatutnya tak patut lahir pun dalam dunia ni.

aku hidup cuma menyusahkan orang. aku— BENCIKAN HIDUP AKU!

dulu aku hilang yoonbin, sekarang aku hilang guanlin buat selama - lamanya!

itu guanlin kata tuhan tak kejam?! takk! dia tipu! tuhan kejam! malah lebih kejam daripada hitler..

aku perlukan seseorang. aku perlukan seseorang untuk dengar luahan aku. tapi hitomi dah pergi. yoonbin dah lama hilang. dan guanlin...

aku memeluk lututku. mukaku aku sembamkan pada kedua belah lututku.

" cik?" aku diam.

" nak apa? awak siapa?" soalku setelah diam untuk beberapa minit.

" saya nak minta tanda tangan cik. ada hantaran untuk cik. tapi sebelum tu, cik ni chanmi kan? hong chanmi? erm, maksud saya. dear bunny?"

aku terdiam. aku terus mengangkat muka memandang riak wajah tidak berperasaan penghantar itu.

dear bunny..

tak. jangan buat spekulasi dulu chanmi. nanti kau yang merana.

" yaa, saya hong chanmi." penghantar itu terus memberikan aku kotak yang berbalut kemas itu.

usai menurunkan tanda tanganku, penghantar itu terus berdesup lari meninggalkan aku bersendirian.

aku mengoyakkan balutan pada kotak itu dengan tidak sabar. penutup kotak aku buka.

dapat aku lihat jam gucci timeless berwarna hitam terletak kemas di dalam kotak itu.

kad yang diselitkan di dalam kotak itu aku ambil.

happy bornday, dear bunny☕•

you such a s to the t to the u to the p to the i to the d, girl– hyber♠

" y-yoonbin.."

sah! ini memang yoonbin!

_____END_____

•thanks for your support!•

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now