5 : Flashback - You and I

6.8K 75 2
                                        

Necolle P.O.V

Hari yang baru rutin yang sama, bangun, mandi, iron baju, masak breakfast dan bekal untuk lunch nanti lepas tu bersiap untuk pigi kerja... ber- make-up sikit lepas tu keluar lah...Harap-haraplah tu boss ganti PC baru kalau tidak, tidak terbuat semua kerja-kerja saya.

"Morning Necolle." Terbesar mata saya bila si Oppa ada di depan pintu. Awal juga dia. Siap pegang helmet lagi. Dia pigi kuliah kah? Tapi kenapa pakai seluar pendek.

"Morning..." bilang saya tersipu-sipu. Walaupun kami chat panjang-panjang semalam tapi masih lagi saya pandai malu kalau jumpa face to face 😳.

"Saya hantar ko pigi tempat kerja ar hari ini."

Terbeliak terus mata saya bila dia cakap begitu. Cepat-cepat terus saya mengeleng tanda menolak ajakan dia.

"Ndak payah lah... saya naik bas saja." Balas saya.

"Biar la bah, hari ini saya available jadi biar saya yang hantar ko. Ko juga cakap di whatsapp semalam yang kadang-kadang ko tidak selesa naik bas sebab ada lelaki getek kacau."

Adakah saya taip begitu semalam? Adduuusss!!! Kalau ada pun bukan bermaksud saya mahu minta hantar oleh dia.

"Saya main-main saja bai tu...saya suka lagi naik bas sebenarnya. Tidak payahlah kau hantar arr..." Saya masih berusaha menolak ajakan dia dengan baik. Terus saya mahu buka langkah jalan pigi menuju tangga, makin lama saya di sini makin dia mendasak nanti.

"Kah, kau tidak sudi ikut saya sebab saya bawa motor saja?"

Terberhenti terus langkah saya bila dia cakap. Entah apa kaitan tapi suara dia tu bah yang penuh dengan kekecewaan sampai terpancing hati wanitaku ini. Cehhhhhhh~~~

"Bukanlah, saya cuma tidak mahu kasi susah ko."

"Ada saya cakap saya susah hantar ko? Tiada kan? Lagipun hari ini saya free jadi saya tolonglah apa yang patut sebagai....ermmmmm...jiran." Bidas dia.

"Lagi satu, ko masak untuk saya kan semalam... jadi biarlah saya tolong hantar ko ne hari." Sambung dia lagi, sengaja dia kasi kuyu-kuyu mata dia minta kesian.

"Tapi saya tiada helmet." Jawab saya sambil tengok tangan dia, cuma ada satu helmet saja dia pegang ne.

"Don't worry, ada extra helmet lagi di dalam rumah. Jap arrr....tunggu sini, jangan lari!" Terus cepat-cepat dia masuk balik rumah. Ndak lama dia keluar dengan satu lagi helmet.

"Bah, mari..." bilang dia.

Saya ambil helmet yang dia hulur itu dan kami pun sama-sama turun pigi bawah. Jadi bila sampai terus si oppa menuju pigi motor dia. Saya terpegun jugalah tengok motor dia, sebab dalam fikiran saya mula-mula motor jenis EX5 saja dia bawa yang biasa-biasa tu. Sekali, jenis superbike bah motor dia. Makin nervous terus saya.

"Bah naiklah." Ajak si oppa yang sudah duluan naik untuk start.

Saya pun menurut saja, nasib baik saya pakai seluar slack hari ini jadi senang sikit adjust bila naik motor. Tapi yang saya tidak suka kedudukan tempat duduk motor ne. Kan superbike kedudukan tempat duduk dia condong ke depan jadi kalau saya yang di belakang ne secara tidak langsung akan menghimpit si oppa. Jadi saya berusaha kasi jarak badan saya ke belakang, tangan saya letak di hujung tempat duduk. Sebab memang tiada besi untuk dipegang meacam motor biasa punya tu. Ayissh! Leceh!

"Colle, letak tangan kau di bahu saya atau kau peluk pinggang saya, bahaya tu kalau ko buat macam tu." Tegur si oppa.

Jadi saya pun ikut jak lah....saya letak tangan saya di bahu dia. Ndak kali saya berani peluk pingang arrr.... Lepas tu ndak lama.

You, Me, Us~~~Where stories live. Discover now