19 : Flashback - Unintended

1.8K 61 6
                                        

Necolle P.O.V

Saya renung saja whatsapp conversations saya sama si El, last dia reply pagi tadi masa saya wish good morning, lepas tu bila saya tanya dia buat apa tidak lagi dia reply.

'Dia sibuk sangat kah sampai tidak pandai reply whatsapp?' Bisik saya dalam hati.

Yang jam 7 lebih lagi saya send sampai sekarang masa lunch hour tu whatsapp masih tidak berbalas. Tidak jugalah saya sangsi atau suspek dia main kayu tiga. Saya percaya juga yang si El tidak akan curang cuma tu lah.... Saya rindu... Betul-betul angau sudah saya sama dia ne. Padahal baru semalam kami video call sebelum tidur.

"Kenyang kah tengok handphone tu?"

Punyalah saya terkejut bila ada suara tiba-tiba menegur.

"Terkejut lagi ko? Sorry...sorry..." Bilang si Fred terus dia duduk berdepan dengan saya.

Kami sekarang ne di restoran dalam hotel. Sebab ini yuran training ne sekali dengan pakej refreshment and lunch. Tidak lagi susah-susah keluar cari makan di luar hotel.

"Ko tidak makan?" Tanya saya sama dia sebab lenggang kangkung saja dia ne tiada piring sama gelas.

"Sudah saya siap makan, ko tu yang bila mau siap makan? Dari tadi lagi saya tengok ko renung handphone saja. Makanan ko bukan ko ada makan, tidak pandai berkurang." Sambung dia.

Saya sengih saja, lepas tu pelan-pelan saya sambung makan. Ada juga bah saya makan....cuma tidak banyak lah.

"Kenapa ko sendiri-sendiri di sini? pigi kawan-kawan bah sama peserta yang lain." Bilang si Fred lagi. Perangai abang-abang betul ne, mau suruh-suruh orang berkawan. Saya lagi memang jenis tidak pandai menyapa. Bukan saya pandai bercerita ne kalau bukan orang yang duluan tegur.

"Penuh sudah meja dorang kan, jadi saya di sini sajalah lebih selesa."

"Alasan... Bukan masa makan saja, dari tadi saya perhati kau bukan pandai bergaul sama yang lain. Penting tau connection ne, sebab bila ko ada ramai kawan yang sama bidang dengan ko, dia akan bagi benefits sama diri ko juga... Banyak knowledges dan peluang baru ko boleh dapat. Mana tau company dorang ada vacancy? Peluang untuk ko kasi tinggal tu company kedekut tempat ko kerja sekarang." Sambung dia panjang lebar.

Saya angguk saja, sebab ada betul juga apa dia cakap. Memang dari dulu perangai dia begini, rajin bagi tips dan nasihat percuma. Jaranglah saya nampak dia omong kosong. Dan memang ngam lah dia jadi trainer.

Biar saya hurai sikit background si Fred ne ar, dia ne memang certified accountant trainer. Selain jadi trainer dia ne share partner untuk satu audit firm yang terkemuka di KK, jadi kerja dia kebanyakannya mengaudit company yang guna perkhidmatan firm dorang. Pelanggan dorang pun bukan sekitar Sabah saja, kadang-kadang sampai Sarawak and Labuan dorang pigi. Weekends pula dia buat tuisyen untuk budak sekolah menegah yang ambil subjek; Akaun, Pengajian Perniagaan sama Ekonomi. Kadang-kadang dia part-time tutor untuk beberapa IPTS. Memang kategori kerja keras lah dia ne. Terikut bangga saya ne sebab ada senior yang berjaya. Idola betul.

Banyak lah juga dia cerita sama saya masa makan dan kebanyakannya berkaitan dengan accounts. Semakin menyerlah aura dan karisma dia ne. Kadang-kadang benda ini juga yang jadikan lelaki tu kelihatan hensem dan menarik di mata wanita. Kalau harap muka saja tapi bila bercakap tiada isi sama tiada adab pun tiada guna juga.

Siap makan terus saya menuju pigi training hall, si Fred masih di belakang sebab dia pigi bercerita sama peserta lelaki lain yang sama-sama merokok di luar hotel tadi.

You, Me, Us~~~Donde viven las historias. Descúbrelo ahora