Eldre P.O.V
"El, ko dengar juga kah ne?" Tanya si Necolle geram.
"Ya, dengar. Ini kali ke tujuh sudah dear cerita pasal perempuan sihir sama driver buduh dia yang langgar bapa dear." Jawab saya dengan nada bosan. Entah berapa kali lah dia mahu ulang ne cerita dari minggu lalu tidak habis-habis.
"Saya masih tidak puas hati tau, dia ingat dia kaya jadi dia anggap orang lain tu tiada nilai? Hambur duit saja terus selesai masalah? Macamlah semua orang di dunia ne boleh kena beli guna duit." Sambung dia lagi.
Saya kasi abai saja keluhan dia dan mata tetap fokus sama movie di laptop.
"Hyissshhh! Macam cakap sama dinding saja!" Keluh si Necolle terus dia bangun pigi dapur.
"Dear, tolong ambilkan saya air...."
"Ndak mau!! Ko bukan pandai dengar bila saya cakap tadi." Jawab dia selamba. Tersengih saja saya dengar jawapan dia. Dia tidak tahukah betapa penat telinga saya mendengar segala laporan harian dia. Paling tidak tahan bila ada cerita yang balik-balik dia ulang.
Terus dia balik pigi duduk di sebelah saya dengan segelas air. Dia bawakan juga bah.... Tidak lama tangan dia kasi lingkar di badan saya yang tidak berbaju then satu ciuman ringkas dia bagi di pipi saya. Perempuan... Perempuan... Susah betul mahu ramal mood dorang sekejap membebel lepas tu sekejap mahu manja-manja. Saya layankan saja, sambil mata masih fokus sama laptop.
"Syok sangat kah tu movie sampai tidak mahu tengok muka girlfriend?" Tanya dia. Tahu betul dia minta perhatian.
Cepat-cepat saya tekan pause, lepas tu saya renung muka dia.
"Tidaklah... Syok lagi tengok muka girlfriend sebab boleh buat begini..."
Terus saya sambar bibir si Necolle dan kami pun layan perasaan masing-masing. Gerak tangan kami tak payah cerita lah, memang selagi boleh diraba selagi itu meraba🤐. Adalah beberapa minit kami 'bersayang-sayangan' terus si Necolle kasi lerai dan bangun.
Terus masam muka saya, selalu betul begini. Dia yang mula-mula membawa untuk romen tapi bila saya mula mau 'masuk gear lain' dia pula yang tiba-tiba kasi stop. Bikin kasi rusak mood betul.
"Kenapa?" Tanya saya tidak puas hati. Punya saya sudah berabis feeling tadi. 'Gantung' betul ne!
"Saya masak dulu... Nanti baru sambung. Nanti kebulur kita tiada makan satu hari." Jawab dia terus bangun menuju pigi dapur lagi.
Betul lah juga, kami belum makan nasi lagi satu hari ini. Pagi tadi pun minum coffee saja. Saya lagi ne jenis yang senang lapar lepas buat 'project', banyak tenaga kan terbuang itulah terus lapar. Beginilah rutin hujung minggu kami, bermalas-malasan dan bersayang-sayangan di rumah saja.
"El!!!" Tiba-tiba ne si Necolle teriak. Terus cepat-cepat bangun pigi tengok dia di dapur.
"Kenapa tu?" Tanya saya sedikit panik risau kalau ada apa-apa, bikin terkejut ne teriak tiba-tiba.
Tapi macam tiada apa-apa pula bah, si Necolle cuma berdiri sambil terpaku tengok muka depan newspaper yang saya letak di atas mini ice box saya. Tu pun yang entah bulan berapa punya newspaper sudah. Saya sendiri lupa bila saya beli.
"Ini, ko nampak ne perempuan tua yang pegang mock cheque, Inilah perempuan sihir yang kurang ajar hari tu!!!"
Susah terus saya telan air liur... Sebab perempuan sihir yang si Necolle maksudkan itu adalah.... si mama.
YOU ARE READING
You, Me, Us~~~
Romance🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! Kisah suka, duka dan konflik rumahtangga Necolle dan Eldre. Sejauh manakah mereka mampu bertahan? *KANDUNGAN DEWASA DAN UNTUK BACAAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA* Story ini ditulis sepenuhnya dalam diale...
