12 : The Storm is Coming - Irreplaceable

2.7K 63 8
                                        

Necolle P.O.V

"What??? Kamu bergaduh???" Tanya saya sekali lagi meminta kepastian dari si Fred.

"Ya, semua yang ada di muka ne 'ciuman' dari si El lah." Jawab si Fred selamba sambil makan mee hoon sup dia.

Hari ini hari Sabtu, dan memang sudah jadi kebiasaan kami lunch sambil bercerita panjang sebab dua-dua kami half day saja. Lagipun pick up time si baby di Taska pun pukul 2 petang untuk hari Sabtu. Buli juga ambil awal tapi bayaran tetap sama jadi bagus ambil pada masa yang ditetapkan saja. Beginilah kalau mengharapkan Taska, ambil lewat tambah bayaran tapi kalau ambil awal tidak pulak kena tolak bayaran. Huhuhu.... Nah melalut sudah saya kan...

"Kenapa juga ko cari penyakit setuju mau jumpa dia? Kalau jadi kes polis macam mana? Kamu dua juga yang susah." Bilang saya dengan nada tidak puas hati.

"Jadi mau sampai bila begini? Hubungan kita macam tiada hala tuju, lepas tu marriage kamu pun tiada kata putus? Selagi benda ne tergantung selagi itu kita yang kena kasi salah. Semua orang akan anggap kau isteri yang curang dan saya perosak rumahtangga." Jawab si Fred.

Saya tarik nafas dalam. Cuba tenangkan diri. Nada suara si Fred pun mau naik sudah tadi api jangan lawan dengan api. Nanti tidak pasal kami lagi yang bertumbuk di restoran.

"Saya sudah cakap kan dulu, I need time. Kami ada anak, kalau saya buat keputusan untuk diri saya tidak apa. Biarlah apa orang mahu cakap pasal saya, saya isteri curang kah? Perempuan yang tidak baik kah? Saya tidak kisah. Saya sudah biasa kena hina macam tu... Malah sebelum ini ada lebih teruk lagi penghinaan saya dapat...." Jawab saya panjang lebar.

Air lemon tea saya capai untuk basahkan tekak saya terlebih dahulu sebelum mau sambung bercakap.

"Tapi kami ada Miyako, saya tidak mahu dia terpalit dengan masalah kami. Saya tidak mahu keputusan saya bagi kesan buruk sama dia di masa depan. So, Fred please...saya minta sikit masa lagi." Rayu saya mengharapkan pengertian dari si Fred.

"Masalahnya sampai bila Colle? Tak kan mau tunggu masa kau sayang balik sama si El?"

"Bolehkah jangan cakap benda yang mustahil? Kan saya sudah cakap dulu; tiada sudah perasaan sayang saya sama dia." Tegas saya.

"Time can heal most everything, Colle. Termasuklah perasaan benci kau sama si El. Dan masa tu mungkin saya sudah tiada makna dalam hidup kau." Jawab si Fred.

Dia capai dompet dia, dia kasi keluar not RM50 dan letak di atas meja (untuk bayar makan kami) lepas tu dia bangun, kasi tinggal saya. Cepat betul pergerakan dia sampai otak saya blank tidak tahu mahu buat apa. Dalam hati macam mahu tahan dia jangan jalan tapi mulut pula hanya kaku. Otak dan gerak tubuh saya susah mahu selari sejak dua menjak ini.

Jadi saya pun sambung makan dengan perasan yang entah saya pun tidak dapat mau cakap macam mana.

~~~~~~~~

Eldre P.O.V

"Uii.. Dre, pukul 10 malam sudah ne..."  Bilang si Brandon.

Si Brandon ne lah anak si Taukeh, BFF a.k.a non-blood brother saya dari zaman sekolah menegah sampailah saya sudah ada bini dan anak. Dia lah tempat saya luah masalah selalu. Sebab age gap saya sama dua orang abang saya tu jauh sangat. Ndak ngam cerita. Bayangkan saja abang saya yang nombor dua tu saja pun sudah 40-an... Baby hasil dari kondom bocor bah kali saya ne.

"Relax bah, masih awal. Macam kau pula yang ada bini." Jawab saya. Satu tin beer saya capai then kasi isi di gelas si Brandon yang sudah kosong.

"Saya kasi ingat saja sebab selalu kau yang paling cerewet pasal masa. Nanti kalau terbabas, sama saya juga ko bising sebab tidak kasi ingat." Jawab dia sambil teguk tu beer.

"Jadi kau serius mau cerai sama si Necolle?" Tanya dia. Dia sambung balik perbualan kami. Itulah topik yang saya luah sama dia dari jam 8 malam tadi sampai sekarang.

Saya cuma angguk kepala kasi iya.

"Kalau kami sama-sama pun dia tidak happy, jadi bagus kami berpisah."

"Bro, keluarga ne bukan pasal happy dan tidak happy saja tau. Ko lupa sudah kah yang kamu sepatutnya hadapi susah dan senang bersama? Hidup kan ada turun naik ada happy, ada sedih... Kalau asal tidak happy terus mau cerai... Susahlah...."

"Waahhh... Patut kau bah yang kahwin ne Don. Cara kau bercakap macam sudah ada 10 orang anak."

"Aikkk... Ko pikir? Saya memang sudah kahwin bah... Ada bini sudah...Cuma belum register saja."

"Kenapa konon tidak mahu register? Ko mahu tunggu ada isi dulu perut babe kau baru mau cepat-cepat register kah? Macam saya dulu? Mau juga buang duit untuk bayar 'sogit'?" Jawab saya berseloroh.

Terus kami dua ketawa berabis. Beginilah kalau bercakap sama yang satu kepala, sekejap serius sekejap ketawa... macam orang gila.

"Tapi serius Dre, janganlah kamu kelam kabut cerai. Kamu try perbaiki apa yang patut... Kesian si baby kalau kamu berpisah."

Saya teguk beer yang ada di gelas saya then bila saya ampai itu gelas kosong si Brandon kasi refill lagi. Memang beginilah aktiviti kalau orang yang pandai minum.... Tuang, minum dan cerita.

"Saya sudah cuba untuk fix semua kesilapan yang saya buat. Saya sudah berusaha jadi bapa yang baik untuk anak kami, berusaha jadi suami yang baik untuk dia. Tapi apa saya dapat? Dia curang Don, dia pasang lelaki di belakang saya."

Air mata saya mula bergenang dah. Ahhhh... Bodoh! Kenapa perlu saya menangis hal-hal remeh begini? Macam pondan saja! Tapi tu lah kalau manusia tetap juga manusia kan? Macam mana kau tunjuk macho pun ada masa tertentu kau tidak dapat kawal emosi apatah lagi kalau melibatkan hati dan perasaan.

Saya capai gelas saya terus teguk lepas tu saya capai satu lagi tin untuk dibuka tapi kali ini saya tidak tuang di gelas lagi. Terus saja saya teguk direct dari tin. Dengan harapan semua kekusutan fikiran saya berkurang.

"Saya sayang dia Don tapi apa lagi yang boleh saya buat?!" Sambung saya lepas kasi habis tu 1 tin. Cergas saja tangan saya ambil 1 tin yang belum berbuka untuk minum.

"Uiiii... Jangan kau gasak minum macam tu. Ko tu senang mabuk. Tidak dapat nanti ko drive balik." Bilang si Brandon dengan nada risau.

Tapi saya tidak peduli sudah, mabuk pun mabuk lah. Hari Ahad juga besok.

~~~~~~

Necolle P.O.V

Pukul 12 malam sudah tapi si El belum lagi balik rumah dan kali ini langsung dia tidak whatsapp bagitahu dia di mana.

'Ok kah dia?' Bisik saya dalam hati.

Risau saja kalau dia pigi cari si Fred untuk bertumbuk. Aduuiii... Bah ne perasaan. Saya capai handphone dan keluar dari bilik. Tidak mahu  si baby yang sudah tidur tu terganggu. Lagipun baru saja dia tertidur beberapa minit lalu, berabis dia buka mata tahan ngantuk sebab mahu tunggu si El balik.

Mahu call kah bisik saya dalam hati. Call sajalah....

Ringing.... tapi tidak berangkat. Mungkin dia tidak dengar. Bagus saya cuba lagi....

Ringing.... Tapi tetap juga voicemail. Mana bah dia ne?

Ok last!!! Ini yang last saya call!!! Kalau dia jawab, jawablah.... Kalau tidak jangan harap lagi saya mahu peduli. Lantak dia lah mahu pigi berpukul kah... Pigi bermabuk.

"Hello Colle...."

Nah kali ini kena jawab sudah tapi.....

♤♡♢♧To be continued...♧♢♡♤

Jangan lupa vote jika terhibur 💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

You, Me, Us~~~Where stories live. Discover now