22 : Flashback - Changes

1.6K 64 10
                                        

Necolle P.O.V

"Ko ok kai ne? Kalau penat jangan paksa." Tanya si Fred bila nampak saya yang terkapus-kapus.

"Saya ok... Jangan risau." Jawab saya terus saya sambung balik berjogging.

Sebenarnya saya pun tidak pasti saya ne berjogging kah atau belari. Sebab pandai laju ne langkah saya bila tiba-tiba ingat si El. Berabis saya mahu kasi kurang fokus pasal itu lelaki. Lelaki? Layak kah dia kena panggil lelaki? Jantan! Itu yang ngam! Atau paling tepat lagi BUAYA!

Berhenti ne saya sekejap dari belari bila terasa ada menusuk-nusuk di perut saya. Jantung saya pun macam mahu keluar saja dari badan.

"Duduk dulu ko, rehat... ndak payah paksa. Bukan ko dapat hadiah pun kalau berabis lari." Bilang si Fred. Selamba saja dia tarik tangan saya menuju di bangku terdekat.

"Nah air, minum." Bilang dia lagi bila saya sudah duduk. Air yang dia hulur tu saya sambut dan berabis saya teguk.

"Ko rehat sini saja k... Saya sambung jogging sekejap. Ko tak payah lagi sambung nanti pengsan."

Saya cuma mengangguk faham. Dan dia pun sambung berjogging. Mata saya mengekori dia sampailah dia hilang dari pandangan. Saya tarik nafas dalam, cuba menikmati suasana aman dan tenang. Best pulak jogging sini Taman Ujana Rimba Tropika. Mungkin kalau bukan sebab si Fred yang membawa sampai ke mati saya tidak pernah tahu pasal kewujudan ne taman. Teruk kan? Huhuhu....

Sedang syok saya tengok pokok-pokok sini sama gelagat orang-orang yang bereakreasi, bergetar handphone saya di poket. Cepat-cepat saya capai dan tekaan saya betul belaka. Si El yang memanggil. Tanpa buang masa saya jawab, biar segala tanda tanya saya selama enam hari ini terjawab.

Eldre P.O.V

"Hello... Colle...."

Ahhh! SIALLLL!!! Kenapa tersekat-sekat suara saya ne?

"Hello...." Jawab si Necolle di talian.

Ringkas saja jawapan dia, tapi membuatkan jantung saya berdegup kencang. Punyalah saya rindu dengar suara dia, tengok senyuman dia, rasa belaian dia, tengok muka dia merajuk atau marah bila saya sakat dia. Semua la bah! Sampai sebak ne saya rasa.

"Colle, I love you... Saya rindu kau..."

Lain yang saya rancang mahu cakap tapi lain pula yang terkeluar dari mulut saya. Masa ne muka si Jess mula memenuhi fikiran saya sudah. Tapi saya tidak peduli, saya tidak dapat tipu diri saya yang saya masih sayang dan rindu si Necolle.

"Kenapa ko tidak reply wasap saya? Kenapa ko tidak jawab call saya? Kenapa ko kasi biar saya terkapai-kapai tanpa berita? Ko tahu kah saya rasa bodoh tau ko buat saya macam tu?" Bertalu-talu soalan dari si Necolle dan mula serak sudah suara dia, saya tahu dia mula menangis.

"Sorry...." cuma itu yang keluar dari mulut saya. Saya tidak tahu mahu jawab apa untuk semua soalan si Necolle.

"Jadi ko telefon saya ne kenapa? Ko mo putus?"

'Ya Colle, mungkin kita patut putus sebelum hubungan cinta saya sama ko dan si Jess semakin complicated.'

"Tidak Colle, ko tahu kan saya tidak dapat hidup tanpa kau. Saya pun sudah janji saya tidak kasi sia-sia ko... I love you Colle. Sorry buat ko tertanya-tanya beberapa hari ne." Dan ayat inilah yang terkeluar dari mulut saya.

Akal dan hati saya betul-betul tidak berngam. Dan walau macam mana rasional pun akal saya nekad untuk hentikan perhubungan tiga segi yang saya cipta ne tapi hati saya tetap berkeras untuk tidak lepaskan si Necolle.

You, Me, Us~~~Donde viven las historias. Descúbrelo ahora