24 : Flashback - So this is heartache?

1.4K 69 23
                                        

Necolle P.O.V

Terberhenti nafas saya dua saat bila nampak muka yang ada di depan saya sekarang ne.

Tak kan...lah....dia?... Tapiiii.... Memang dia pun. Kenapa ini perempuan sihir ada di sini? Dan selain itu perempuan sihir ada dua orang lagi sama-sama dia, satu perempuan cantik ne macam artis saja saya tengok...tinggi lagi. Sampai insecure saya tengok kecantikan dia. Lepas tu yang satu lagi budak lelaki dalam sekitar 14 atau 15 tahun begitu pegang kotak kek, badan dia tinggi tapi muka masih budak-budak. Baya-baya si Adik kali.

"Ko siapa? Buat apa ko di sini?" Sergah si perempuan sihir.

Saya terpaku... Pada masa yang sama rasa seram, nada suara si perempuan sihir sama riak muka bengis dia sekarang ne betul-betul bikin kecut perut. Roh hantu bunuh diri di rumah saya pun buli takut kali kalau tengok muka si perempuan sihir sekarang.

"Heiiii! Ko ada telinga kah tiada ne? Apa ko buat di sini?" Tanya dia lagi.

Saya tetap juga diam, dia memang kenal si El kah? Apa kaitan dorang? Sama dia masih ingatkah insiden driver dia langgar si bapa hari tu? Betul-betul stuck ne otak saya!

Eldre P.O.V

"Siapa yang datang tu dear?" Laung saya dari dapur sambil menuju ke pintu. Mahu jenguk siapa yang datang sebab macam riuh betul ne saya dengar.

Tercengang ne saya bila tengok siapa yang ada di depan pintu. Si Mama, si Jess dan Si Nino. Semua buat muka confused, termasuk si Necolle.

MATI!!!!

Ini kalilah! Memang saya mati! Tidak tahu macam mana saya mahu explain sama dorang ne semua. Tambah-tambah lagi dengan keadaan saya sekarang yang shirtless dan cuma ber-boxer, lepas tu si Necolle yang cuma pakai t-shirt tanpa lengan and seluar pendek. memang dorang si mama dapat agak sudah hubungan saya sama si Necolle.

"Apa ne perempuan buat di rumah ko!?" Tanya si mama dengan nada yang paling garang, siap dia tunjuk lagi muka si Necolle.

"Ma...." Itu saja terkeluar di mulut saya.

Saya tengok si Jess, merah sudah mata dia menahan tangis. Dari riak muka dia tahu betul dia kecewa dengan apa yang dia nampak. Terus tidak lama, dia membelakang dan terus jalan.

"Jess!!!" Berabis saya panggil ne dan tanpa buang masa saya keluar dari rumah pigi kejar dia.

Necolle P.O.V

"Jess!!!" Terus tidak lama si El pigi kejar itu perempuan cantik. Jess pulak nama dia.

Adalah beberapa saat kami semua tercengang tengok si El pigi kejar si Jess, entah di tingkat berapa sudah dorang. Dan yang pasti saya sendiri-sendiri ne sekarang berdepan dengan si perempuan sihir yang masih dengan muka bengis dan budak lelaki yang masih maintain dengan muka blur.

"Ko buat apa di rumah anak saya?"

Ok... Jelas dah sekarang, perempuan sihir ne mama si El rupanya. Patutlah hari tu bila saya kasi tunjuk muka ne perempuan sihir yang di surat khabar si El berabis defend. Siap sentuh sisi baik konon. Mama dia rupanya. Sakitnya hati saya! Kenapa si El tidak terus terang saja dari awal? Susah sangat kah?

"Hoiii betina!!! Kalau saya tanya, jawab! Apa ko buat di rumah anak lelaki saya?! Ko pelacur kah ne? Sampai pigi menyundal di rumah lelaki yang tiada hubungan?!"

Punya mengelegak darah saya dengar ayat si perempuan sihir! Suka hati saja arr dia cop orang pelacur!

"Hey!! jaga sikit mulut tu, jangan suka-suka tuduh orang yang bukan-bukan!"

You, Me, Us~~~Место, где живут истории. Откройте их для себя