🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞
DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!!
Kisah suka, duka dan konflik rumahtangga Necolle dan Eldre. Sejauh manakah mereka mampu bertahan?
*KANDUNGAN DEWASA DAN UNTUK BACAAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA*
Story ini ditulis sepenuhnya dalam diale...
Sesetengah orang akan hadir dalam hidup untuk lead kita ke arah sesuatu yang lebih baik. Tidak kiralah dari segi berfikir, dari segi gaya hidup atau perkembangan karier. Dan untuk saya, orang itu adalah si Fred. Saya bersyukur sangat-sangat berpeluang untuk kenal dan rapat dengan dia. Ya, bersyukur.... Sangat-sangat. Bagi saya dia adalah boyfriend, mentor, abang dan kawan yang terbaik.
Kawan....
Pada mulanya begitulah, saya cuma anggap si Fred tidak lebih dari seorang kawan. Dan bila fikir balik, saya pun tidak pernah menyangka yang hubungan kami boleh sejauh ini. Perbualan kami di whatsapp sebelum cuma lah hal-hal santai tapi ntah macam mana lama-kelamaan kami selesa bincang hal-hal personal. Mungkin kami dua saling memerlukan pendengar bah masa tu, tempat untuk kasi kurang bebanan perasaan. Tapi ndak sangka pula terbit perasaan sayang dan cinta di antara kami berdua.
Dan bila saya setuju untuk bercinta dengan dia, saya benar-benar ikhlas dan bukanlah sekadar mengisi kekosongan hidup. Jauh sekali gunakan dia untuk tebus kekecewaan sama hubungan saya dengan si El. Sebab hidup saya tidak pernah rasa kosong sejak ada si baby. Si baby lah penghias hidup saya.
Dan cinta tidak perlukan sebab bah kan? Dia hadir dalam cara yang sukar mahu dituturkan apatah lagi untuk ditulis. Rasa serasi, rasa bahagia, rasa gembira dan rasa dimiliki itu hanya dapat dirasa kepada siapa yang mengalaminya. Cuma itu sajalah, kadang-kala cinta datang di waktu yang salah.
"Gila punya jammed tadi, ada accident... Tiga kereta ne berlanggar." Bilang si Fred yang baru jak sampai.
Terus tidak lama dia duduk di sebelah saya. Adalah beberapa minit kami diam, otak saya sedang merangka-rangka macam mana mahu mula ayat untuk bagitahu tujuan kami jumpa.
"Hmmmm... Fred..."
Aduiiii... stucked lagi ne. Si Fred pula tetap sabar menanti.
"Actually kan, lepas kau sama si El bertumbuk hari tu, si El ada cakap yang dia mahu kami bercerai..." Lancar juga akhirnya ayat mukadimah saya.
"Really?? Jadi bila lah kamu mau urus?" Tanya si Fred dengan penuh teruja.
Bersinar-sinar ne mata dia dengan penuh harapan. Bibir dia pun tersenyum lebar, tahu betul yang memang inilah berita dia tunggu selama bercinta sama saya....
Eldre P.O.V
"Ndak payah lah cari baju Elsa tu, pakai baju Mickey Mouse pun ok bah..."
Pening saya tengok si baby kasi hambur almari dia semata-mata mahu cari dress. Bagus kalau dia pandai kasi kemas balik ne nanti, saya juga yang terpaksa kemas 😩.
"Nope... I want to wear my pwincess dwess (princess dress)." Jawab dia sambil tekun mencari.
Bercakap pun masih pelat tapi tetap juga mahu bergaya ini anak, kalau sudah perempuan tetap lah juga perempuan kan? Ini baru dua tahun, ndak saya dapat bayangkan kalau sudah sumandak nanti... Lagilah leceh kali, mau bermake-up lagi. Adeeeiiii....
Mata saya beralih pigi salah satu frame gambar yang ada di dalam bilik kami. Salah satu gambar favourite saya... Masa tu kandungan si Necolle mau masuk 8 bulan sudah, susut badan dia dalam tu gambar sebab kurang dia makan selepas bapa dia passed away.
К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.