13🥀

2.3K 283 8
                                    

Minho dan yoona masuk ke dalam bilik mendiang tuan song untuk melakukan siasatan lebih lanjut. Mereka berdua mungkin dapat menjumpai clue-clue mengenai pihak musuh. Yoona mula mengeledah almari yang tersorok jauh berhampiran dekat dengan tandas.

Terkejut dia melihat terdapat banyak kandungan botol yang mengandungi pil-pil bewarna merah dan putih di dalam laci tersebut. Yoona mula mengeluarkannya satu persatu.

"Minho cuba tengok apa yang saya jumpa" tunjuknya dan minho segera menghampirinya.

Minho mula membelek satu persatu dan membaca isi kandungan ubat tersebut. Kebetulan jihyo yang baru sahaja masuk dengan membawa air minuman buat minho dan yoona. Minho melihat jihyo berada di situ dan dia mula bertanya.

"Puan song boleh saya tanya yang tuan song jaehan ada sakit ke sebelum ini?" kening jihyo terangkat. Dia mengelengkan kepalanya pelan.

"Tiada lah. Tuan song cuma kerap mengambil ubat pening kepala sahaja" tambah jihyo.

"Tapi puan song kenapa ada pelbagai jenis ubat yang saya dengan yoona jumpa dekat sini?" Minho mula menunjukkan botol-botol ubat yang kecil telah pun diletakkan di dalam plastik.

Membesar mata jihyo melihatnya. Dia sendiri tidak tahu sebanyak itu mendiang tuan song mengambil ubat semasa mendiang masih hidup lagi.

"Kalau puan song nak tahu yang salah satu kandungan ubat terutamanya pil yang bewarna putih ni khas itu penyakit mental atau mempunyai kecelaruan mental yang amat teruk" terang minho meminta kepastian.

"Boleh puan jelaskan pada saya apa maksud semua ini?" giliran yoona pula bertanya. Jihyo sendiri menggelengkan kepalanya. Dia betul-betul tak faham dan tak tahu langsung hal ini.

"Maaf saya langsung tak tahu apa-apa pasal hal ini. Tetapi sepanjang mendiang tuan song masih hidup dulu dia merupakan manusia yang normal dan tiada langsung petanda penyakit macam ni dan lagi satu saya yakin rekod kesihatan mendiang tuan song menyatakan seratus peratus yang dia tak gila"

"Dia sihat sepenuhnya" ujar jihyo jujur.

Yoona dan minho mengerutkan dahi masing-masing. Mereka berdua tertanya tanya bagaimana semua ubat ini boleh berada dekat sini. Mereka berdua rasa pelik dan curiga.

"Boleh saya tahu mana rekod kesihatan mendiang tuan song?" tanya minho dan dia ingin pergi ke hospital untuk memastikan maklumat kesihatan mendiang tuan song adalah benar takut yang rekod kesihatan tersebut palsu untuk mengelabui pandangan semua orang.

Jihyo segera pergi ke tingkat atas. Dia mengambil file yang mengandungi rekod kesihatan mendiang tuan song. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu pasal jimin, jungkook dengan taehyung.

"Takkan lah chim,kook dan tae yang ambil semua ubat tu?. Walaupun mereka bertiga ada masalah macam tu tapi doktor dah sah kan mereka semua sihat cuma perlukan masa untuk memperbaiki emosi dan tindakan mereka bertiga" fikirnya lagi.

Tanpa membuang masa jihyo mula turun dan menyerahkan file tersebut pada minho. Yoona dan minho meminta diri untuk pulang. Jihyo mula bertindak dan dia ingin berjumpa dengan jimin, jungkook dan taehyung untuk bincang mengenai hal ini. Takut mereka bertiga mengambil ubat itu tanpa pengetahuannya.

  🥀🥀🥀

"Mulai sekarang awak jadi yeojachingu saya!"

Jungkook memeluk erat badan kecil jiae lalu tersenyum lebar. Mata jiae terkebil kebil dan dia langsung tak faham dengan situasi sekarang. Jungkook melihat muka jiae yang seakan akan terkejut lalu mencium sekilas bibir jiae dengan lembut.

Terbeliak mata jiae.

"Awak buat apa ni?!".

Jungkook tersengih lalu menekup wajah jiae. "aigoo comelnya" jungkook suka lalu mencubit pipi jiae dengan geram.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now