15🥀

2K 265 5
                                    

Tuan kim menyerahkan satu file kepada namjoon. Di dalam file tersebut terdapat banyak kertas yang mengandungi maklumat-maklumat sulit mengenai syarikat song.

Dia terkejut.

"Mana appa dapat semua ni?"

Tuan kim tergelak kecil. "Namjoon kamu tak perlu tahu mana appa dapatkan semua maklumat macam ni. Appa nak syarikat song berada dalam genggaman kita" dia menepuk bahu namjoon pelan.

"Macam mana dengan syarikat namjoon sendiri appa?" tanya dan tuan kim mula merenungnya dengan tajam.

"Jangan bincang dengan appa pasal syarikat kecil kamu yang tak berguna tu!! baik kamu jual atau pun buang. Buang masa kamu sahaja?!" namjoon terdiam dan dalam diam dia terasa dirinya tak berguna.

Mengambil beberapa tahun untuk dia membangunkan syarikat itu dengan hasil wang dan titik peluh dia tanpa bantuan tuan kim langsung. Dia betul-betul gembira kerana berjaya menubuhkan syarikat walapun kecil.

Dia tahu tuan kim tak pernah nak tahu apa masalah dia ,cadangan dia, semua pendapat dia mendapat tentangan daripada tuan kim. Dia buntu dan dia perlukan bantuan ayahnya tetapi ayahnya tidak bersetuju.

Kadang-kadang dia rasa tuan kim hanya ingin memenuhi kepuasan dirinya yang jahat itu sampai dia terlibat sekali. Keluarga dia tak pernah bahagia. Dia tahu ayahnya pentingkan diri sendiri dan dia faham kenapa ibunya bercerai dengan ayahnya.

"Namjoon! kamu dengar tak apa yang appa cakap ni?!! kamu satu-satu sahaja harapan appa sekarang ni!!" namjoon menoleh ke arah tuan kim.

"Appa tak pernah ambil kisah kan pasal omma dengan namjoon?"kening tuan kim terangkat.

"Apa yang kamu mengarut ni namjoon? kamu cuba nak buat appa marah ke?!! appa buat semuanya untuk kamu!! kamu tak faham ke?!!"

Namjoon mula bangun. Dia mengeluh.

"Sebenarnya appa buat semua ni untuk appa seorang bukan untuk namjoon. Joon langsung tak faham kenapa appa benci sangat dengan keluarga song. Joon harap sangat appa bukan lah dalang apa yang berlaku dekat keluarga song 15 tahun lepas"

Tanpa membuang dia mula keluar dari bilik itu.

"Kim Namjoon!!"

Tuan kim tersenyum sinis.

"Dalang? kenapa nak siasat pembunuh tu sedangkan dia dekat sahaja dengan kita semua. Dia seorang yang licik sebenarnya namjoon"

🥀🥀🥀

Sunmi membawa masuk ubat dan air kosong buat jimin. Sejak akhir-akhir ini jimin sering kali demam mungkin disebabkan musim sejuk yang baru sahaja datang. Dia melihat jimin berbaring lemah di atas katil. Dia tahu jimin perlukan rehat.

"Jimin.."

Jimin melihat sunmi lalu tersenyum lebar. Sunmi menghampiri jimin lalu duduk di atas katil. "Sekarang masa untuk awak makan ubat" Jimin mengambil ubat tersebut lalu menelannya dan meminum air kosong yang disediakan.

Sunmi mula memeriksa keadaan jimin. Dia meletakkan tangannya di dahi jimin untuk mengetahui suhu badannya. Ya masih lagi panas dan belum berunsur sihat lagi ketika ini.

"Awak okay tak ni? nak saya bawa apa-apa tak?"

Jimin menggelengkan kepalanya pelan.

"Saya nak awak" katanya dalam keadaan lemah. Terus sunmi memeluk erat badan jimin. Jimin tersenyum kecil dan dia suka bila sunmi mengambil berat pasal dirinya.

Semakin lama sunmi dapat menerima perbuatan jimin yang makin manja dengannya. Dia memeluk pinggang sunmi dengan erat.

Sunmi akhirnya mengusap rambut jimin. Makin hari dia risau dengan keadaan jimin yang sakit tidak menentu.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now