27🥀

1.5K 210 33
                                    

"Kenapa Tuan kim sibuk sangat nak tuduh orang lain sedangkan dia sendiri pun suspek?" kata taehyung dengan sinis lalu merenung ke arah namjoon.

"Kau diam taehyung! aku yakin appa aku tak bersalah?!"

"Oh really? habistu sampai sekarang tak keluar keluar lagi" perli taehyung sinis.

Namjoon geram lalu meluru ke arah taehyung dan menarik kolarnya ke atas.

"Kau!!!"

"Apa?!! kau yang tak dapat terima kenyataan yang ayah kau salah seorang pembunuh tu!!!!" taehyung menolak namjoon dengan kasar.

"Enough!!! jangan nak serabutkan benda lagi!!!" jerit Joongki cukup kuat. Perlahan lahan mereka berdua mula berdiri ke tempat masing-masing tetapi masih lagi bertentangan mata. Rasa tak puas hati dan dendam menyebulungi diri.

Ara hanya mengeleng kepalanya perlahan. Kalau tiada Tuan song mesti mereka berdua sudah bertumbuk sekarang ini. Jihyo hanya diam dan duduk. Dia cuma menunggu keputusan siasatan tersebut.

"Dengar ni yoongi, hoseok dengan namjoon. Uncle tahu masing-masing percaya yang ayah kamu bertiga tidak bersalah tetapi ini semua keadilan yang perlu keluarga song tuntut. Mianhae uncle tak dapat tolong kali ini. Yang pasti uncle sendiri tahu salah seorang yang dalang disebalik semua ini. Seorang penjenayah dan dua orang tak bersalah. Kita perlu tunggu sehingga kes ini selesai" terang Joongki dan mereka bertiga hanya mampu diam.

"Mari kita semua balik. Saya dah penat" ujar joongki. Jihyo mengangguk lalu menyuruh semua orang bangun lalu pulang bersama kecuali mereka bertiga.

Minho datang menghampiri mereka bertiga.

"Kamu bertiga boleh masuk dan bercakap apa yang perlu. Masa diberi hanya 30 minit faham?"

Mereka bertiga mengangguk kecil.

Yoongi masuk dahulu lalu duduk di kerusi yang disediakan. Tuan min masuk bersama kedua dua tangannya digari lalu duduk dihadapan yoongi.

"Appa macam mana? sihat?"

"Appa okay yoongi. Omma kamu?"

"Dia baik baik sahaja appa cuma omma risau keadaan appa dekat sini" Yoongi tidak menceritakan tentang ibunya setiap hari menangis kerana nasib tuan min.

"Jangan risau semua akan baik-baik yoongi. Appa tahu uruskan macam mana" senyumnya kecil.

"Jujur dengan yoongi, appa tak buat kan kerja terkutuk dekat keluarga song 15 tahun lepas" Sungguh hati yoongi tidak kuat. Tuan Min ialah idolanya dan dia amat menyayangi ayahnya itu.

"Tak jangan risau. Appa takkan sesekali kecewakan anak appa yang acah swag ni. Appa nak kamu percaya yang appa tak bersalah" tanpa membuang masa yoongi memeluk Tuan Min dengan erat.

"Yoongi tahu appa takkan buat macam tu. Yoongi janji akan tolong appa" Yoongi mengengam erat tangan ayahnya itu.

Tuan Min tersenyum lebar.

Manakala hoseok duduk di hadapan tuan jung dan kepalanya ditundukkan. Dia takut lelaki yang berada di hadapanya hanya manusia baik tetapi bertopengkan syaitan.

"Hoseok... percaya lah appa bukan pembunuh tu walapun appa gilakan saham syarikat sekalipun. Appa takkan buat kerja terkutuk macam tu sebab nak kaya. Appa ada maruah iaitu kamu dengan omma kamu"

Perlahan lahan hoseok mendongak. Dia boleh nampak raut wajah ayahnya itu mengatakan benda ini ialah serius bukan main-main. Hoseok tersenyum kecil.

"Lepas appa dah bebas. Hoseok akan tolong appa uruskan syarikat. Kita mulakan hidup baru"

Tuan Jung mula sebak lalu hoseok memeluknya erat.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now