19🥀

1.6K 250 6
                                    

Sunmi masuk ke dalam bilik jimin dengan membawa tuala kecil dan air suam untuk jimin. Sunmi berasa kasihan melihat keadaan jimin masih lagi belum beransur pulih. Demam panasnya juga tak surut-surut lagi.

Tiba-tiba jimin mengigau "andwae! andwae! appa!!" sunmi mula cemas bila melihat jimin berpeluh dengan kuat. "Jimin awak okay tak ni?" Sunmi cuba membangunkan jimin secara lembut.

"Appa!!!!"

Tanpa membuang sunmi keluar dari bilik mencari Jihyo.

Flashback

"Nuna! chim nak balik!!"

Pujuk Jimin yang masih lagi berumur 7 tahun ketika itu yang memaut erat baju jihyo sambil merengek untuk meminta balik ke rumah.

Jihyo menundukkan badannya supaya sama tinggi dengan badan jimin yang masih lagi kecil itu.

"Tapi kan chim, Nuna tengok tae dengan kook masih tak puas lagi nak main. Chim tak nak try main game lain ke?" tanya jihyo.

Jimin hanya memuncungkan mulutnya dan mengelengkan kepalanya. Jihyo mengeluh dengan perangai jimin yang mengada ini. Semalam bukan beria jimin menyuruhnya menemani mereka bertiga ke taman tema.

Jihyo pula terpaksa tidak mengikuti kelas tambahan yang diadakan disekolahnya demi memenuhi hasrat jimin. Jihyo ketika itu baru sahaja berumur 16 tahun.

"Chim janganlah macam ni. Baru 10 minit kita semua sampai. Chim dah nak balik pula. apa yang tak kena ni? cuba beritahu nuna hmm?" jihyo mengusap rambut jimin dengan lembut.

"Nuna! kookie nak cotton candy!! beli kan untuk kook!!" Jungkook menuding ke arah gerai yang menjual gula-gula kapas. "Nuna jomlah!" Tangan kecil jungkook cuba menarik tangan jihyo pergi ke gerai tersebut.

"Nuna !! tae nak main game tu!! temanlah tae tae main!!" jihyo makin pening melayan karenah tiga orang adik beradik song ni.

"Chim nanti nuna suruh driver datang sini jemput chim okay?" Jimin menggelengkan kepalanya lalu menghentakkan kakinya yang kecil itu.

"Tak nak!! chim nak nuna teman chim balik juga!!"

"Chim cuba tengok adik-adik kamu ni. Chim kan hyung diorang. Cubalah mengalah sikit hmm?" lembut jihyo memujuk jimin. Jimin melihat kedua dua adiknya hanya mampu mengeluh.

"Baiklah chim balik seorang" Jimin akhirnya mengikuti kata-kata jihyo.

Jihyo pun menemani jimin pergi ke arah kereta yang menjemputnya. "Cakap dengan omma dan appa. Nuna, kook dan tae balik lambat sikit faham?"

Jimin mengangguk faham lalu pergi. Apabila sampai di rumah dengan perasaan tidak sabar jimin keluar daripada kereta tersebut dan masuk ke dalam rumah agam miliknya itu.

Berkerut dahi jimin melihat rumah itu dalam keadaan gelap gelita. Satu lampu pun tidak terbuka. Jimin mula rasa takut dan dengan perlahan kaki dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Omma!! appa!! chim dah balik!!" panggil jimin dengan suara lantang. Tetapi tiada seorang pun yang membalasnya. Selalunya mesti puan song ataupun pembantu-pembantu mereka semua menyambutnya dengan mesra ketika pulang tetapi ini tidak dan itu membuatkan jimin berasa pelik.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now