23🥀

1.7K 243 15
                                    

Ara melihat sahaja pintu bilik taehyung yang berada di hadapannya. Tiba-tiba pula rasa takut menyelubunginya. Dia takut taehyung akan menengkingnya dan menghalaunya sebaik sahaja dia mengetuk pintu tersebut.

"Kau boleh ara kau boleh"

Dia menarik nafasnya lalu hembus supaya dia mendapat keberanian dan buang rasa gemuruh .

"Buat apa dekat depan bilik saya ni?"

Tegur seseorang lalu ara menjerit kecil. Dia terkejut bila dapat tahu taehyung yang menegurnya daripada belakang. Ara mengusap lembut dadanya itu. Taehyung memandangnya sambil keningnya diangkat.

"Saya nak bincang dengan awak boleh?" tanyanya lembut. Taehyung hanya mengangguk dan menyuruh ara masuk ke dalam biliknya terlebih dahulu. Taehyung mengambil tempat duduk di atas sofa.

Dia melihat ara yang masih lagi berdiri tegak memandangnya.

"Cakaplah awak nak bincang pasal apa?"

Taehyung mula mengambil majalah yang berada di atas meja lalu menyelak satu persatu untuk melihat isi kandungan majalah tersebut.

"Awak masih marah saya lagi ke taehyung?"

Pergerakan taehyung berhenti lalu memandang ke arah ara semula.

"Kalau saya masih marah awak nak buat apa hmm?"

"Saya minta maaf taehyung.."

"Jangan berhubung dengan namjoon dan jauhkan diri daripada lelaki itu" pinta taehyung dengan nada tegas.

"Tapi taehyung, dia kawan baik saya"

Taehyung mula bangun lalu mencampak majalah itu ke bawah dengan kasar.

"Kawan awak cakap? awak sendiri dengar kan apa dia cakap hari tu?!!" tengkingnya kuat.

Ara hanya menundukkan kepalanya. Takut memandang taehyung.

"Come here.."

Ara mendongak dan matanya terkebil kebil.

"Pekak ke apa sayang?"

Segera ara mengambil langkah pantas mendekati taehyung. Nampaknya dia betul-betul menyesal masuk ke bilik taehyung. Dia risau taehyung akan lakukan sesuatu yang buruk terhadapnya.

"Awak nak apa?"

Tersentak ara dibuatnya apabila pinggangnya dirangkul lembut oleh taehyung. Kedudukan mereka berdua amat dekat. Taehyung tersenyum sinis.

"Saya nak awak dengar cakap saya. Tak susahkan jauhkan diri daripada lelaki lain yang tak layak untuk awak selain saya Jung Ara" bisiknya dan akhirnya ara mengangguk kecil kerana takut.

"Pandai pun. Macam ni lah saya nak kan sayang"

Hidungnya dicuit manja oleh taehyung. Ara mula rasa tak selesa apabila bibir taehyung mula mencium lembut lehernya. Dia menolak kuat dada taehyung.

"S-saya nak keluar!"

Baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu tersebut. Tangan taehyung menolak kuat pintu tersebut. Jantungnya berdegup dengan kencang. Taehyung merenungnya dengan renungan yang sukar ditafsirkan. Mata ara membesar.

"I'm not done with you honey, not yet"

Bibir mungil ara disentuhnya lembut.

           ______________________

Sunmi membawa masuk dulang makanan yang berisi air kosong bersama bubur yang khas dibuatnya untuk jimin. Jimin makin kerap berkurung di dalam bilik dan demamnya kadangkala baik kadangkala tidak. Sunmi mula risau dengan keadaan jimin sejak kejadian tersebut.

Baru hari ini dia ada peluang untuk melihat jimin semula kerana sebelum ini jihyo masih lagi tidak membenarkannya masuk untuk menjenguk jimin kerana ada hal-hal  yang tertentu. Sunmi menarik nafasnya lalu dengan perlahan dia mengetuk pintu tersebut.

Masih tiada sahutan. Sunmi memberanikan diri untuk membuka pintu tersebut. Dia melihat jimin termenung sendirian tanpa sedar  akan kehadirannya. Dengan perlahan sunmi meletak dulang makanan itu di atas meja yang berdekatan.

"Saya ada bawakan bubur untuk awak"

Terus jimin mengalihkan pandangannya ke arah sunmi apabila mendengar suara yang amat dia kenali.

"Sunmi itu awak ke?"

Dia mengosok matanya beberapa kali. Sunmi pelik dengan sikap jimin. "Nuna! bagi chim jumpa sunmi!! chim rindu dia!!" rayu jimin sambil mencebik.

Sunmi ketawa kecil dan hanya mengelengkan kepalanya pelan.

"Saya betul-betul sunmi lah jimin"

Dengan segera jimin bangun daripada katil lalu berlari anak ke arahnya dengan pantas. Dia memeluk sunmi dengan erat dan sunmi terkedu akan perbuatan jimin.

"Saya rindukan awak sangat sunmi.. kenapa lama sangat awak tak datang tengok saya" kata jimin lalu memeluknya erat. Perlahan lahan sunmi membalas pelukan jimin.

"Mianhae saya buat awak tunggu lama"

Selepas itu jimin mula memakan bubur yang dibawanya. Dia juga layankan sahaja perangai jimin yang mengada dan begitu manja terhadapnya. Bubur juga habis dimakan oleh jimin dalam masa yang singkat.

"Jimin saya nak hantar dulu mangkuk kosong ni dekat bawah. Awak tunggu sekejap ya?" jimin mengangguk faham lalu tersenyum manis.

Sebaik sahaja sunmi keluar. Jimin melihat telefon pintar milik sunmi berbunyi. Jimin mula bangun lalu mengambilnya di atas meja.

"Nombor siapa ni?"

Dia melihat nombor yang tidak dikenali sedang mendail nombor sunmi. Dia pun terus mengangkatkannya.

"Hel--"

"Hi sunmi ni saya Min Yoongi. Ingat saya lagi tak? takkan lah dah lupa baru semalam saya hantar awak balik haha. Kalau awak free saya nak ajak awak keluar sabtu ni boleh? Ada sesuatu yang saya nak beritahu awak ni"

Dengan pantas jimin mematikan panggilan tersebut dengan geram lalu mencampak kasar telefon pintar sunmi di atas lantai. Habis retak skrin telefon pintar milik sunmi dan masa itu sunmi baru sahaja masuk ke dalam bilik. Dia begitu terkejut dan merenung jimin dengan tajam.

"Apa yang awak buat ni jimin?!!"

Dia tak dapat bersabar lagi dan dia betul-betul marah akan tindakan jimin. Punyalah bertahun dia menjaga telefon pintar itu dengan baik tiba-tiba ada orang memusnahkannya.

Jimin hanya memandang sunmi dengan renungan yang sukar ditafsirkan.

Dia mula bangun dan menghampiri sunmi. Sunmi mula hilang sabar. Dia tidak faham akan sikap jimin yang berubah mendadak sebegini.

Tiba-tiba dia kaku apabila tangan jimin mula menyentuh sisi wajahnya lalu mengusap perlahan pipi sunmi dengan lembut. Sunmi mula rasa takut dan dia rasa ada yang tak kena dengan jimin hari ini.

"Namja.."

Berkerut dahi sunmi mendengarnya. Dia tidak faham apa ingin jimin cuba sampaikan.

"Apa hubungan awak dengan namja tu? maksud saya min yoongi?"

Mata sunmi mula membesar dan dia mula rasa cemas. Jimin mula menolak sunmi ke arah katilnya. Sunmi cuba melarikan diri tetapi malangnya dengan pantas jimin berada di atasnya dan menahan kedua dua tangannya.

Dia mula berbisik perlahan.

"Beritahu saya sayang, kalau awak tak jujur dengan saya. Saya takkan benarkan awak keluar dari bilik saya malam ni Choi sunmi"

Bibirnya mula mengukirkan senyuman sinis.

                ____________________

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

TBC..

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now