28🥀

1.5K 223 8
                                    

Jihyo terus terbangun apabila mendengar bunyi tembakan tersebut. Dia mula keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.Bukan dia sahaja tetapi semua orang berkumpul pada masa yang sama.

"Apa yang dah jadi nuna?" tanya jimin dan jihyo hanya mengeleng kepalanya pelan. Dia sendiri tidak faham dengan situasi sekarang.

Tak lupa juga Jin bersama adiknya jae baru sahaja turun kerana mengalami situasi yang sama. Jihyo mula sedar joongki dengan jungkook tiada bersama sama dengan mereka semua.

"Jungkook mana?"

Yang lain mengangkat bahu masing-masing tanda tidak tahu.

"Ara kamu call polis sekarang!"

"Baik puan"

Taehyung meminta diri untuk menemani ara bersama. Dia takut ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Jiae mula risau melihat jungkook tiada bersama mereka semua. Tanpa memberitahu sesiapa dengan berani jiae mula naik ke atas semula.

Dia menuju ke bilik jungkook tetapi kosong. Dia mula berlegar legar di tingkat 2. Tiba-tiba mulutnya ditekup dari belakang dan bersembunyi di dalam sebuah bilik yang berdekatan.

"Shuh! ni aku jungkook" bisik jungkook perlahan. Jiae mula diam dan mengikut apa yang disuruh oleh jungkook.

"Baik kau keluar jungkook! aku tahu kau tak dapat lari jauh dengan luka kau yang parah tu sial!!"

Mendengar suara yang jiae kenali membuatnya terkejut. Semakin lama suara itu mula menghilang. Jungkook mula melepaskan jiae lalu jatuh melutut dan memegang bahunya yang berdarah.

"Jung--"

"Perlahan kan suara awak jiae"

Jiae melihat luka tembakan di bahu jungkook.

"Apa yang dah jadi ni? kenapa tuan song macam tu" Jiae meminta keterangan dari jungkook.

"Tuan song yang bunuh appa sebenarnya"

"Mwo?"

"Saya dah jumpa bukti dan dia dapat tahu. Luka ni sebab dia" ujar jungkook secara ringkas.

"Kita perlu beritahu semua orang jiae. Rumah ni tak selamat selagi ada dia" tambah jungkook dan jiae mengangguk faham.

Dia mula memapah jungkook walaupun jungkook boleh berjalan dengan betul cuma dia risau kerana darah itu tidak berhenti mengalir dan luka itu perlu dirawat dengan segera.

"Jungkook!!"

Membesar mata jimin melihat keadaan jungkook begitu juga dengan yang lain.

"Siapa tembak kamu ni?!!" Jihyo melihat luka tembakan tersebut.

"Tuan song yang buat semua ni! dia yang tembak jungkook!!" terang jiae memberitahu hal sebenar.

Semua orang terdiam.

"Sekarang kita dah tiada masa nuna! kita semua perlu keluar dari rumah ni cepat! Kook ada bawa bukti. Ini semua kerja uncle joongki!!"

Tanpa membuang masa mereka semua mula bergerak ke arah pintu utama. Tiba-tiba satu das tembakan kedengaran. Mereka semua menunduk takut.

"Nak lari mana?"

Tegur satu suara tak lain tak bukan joongki sendiri.

"Awak dah gila?!!!" Tengking jihyo dan joongki sekadar ketawa sinis.

"Tae tak sangka uncle sanggup bunuh appa!!! sedangkan appa layan uncle dengan baik!! Uncle sendiri adik kandung dia!!!" naik turun dada taehyung menjerit. Perit hatinya menerima kebenaran yang menyakitkan bahawa orang yang dia percayai, orang yang dia amat hormati dan sayangi adalah pembunuh sebenar keluarga dia.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now