16🥀

2K 269 3
                                    

"Jung hoseok! kenapa kamu nak malukan appa dengan perangai kamu macam ni?! tak lama lagi appa nak serahkan syarikat appa pada kamu hoseok!!" Marah tuan jung kepada satu satunya anak lelaki tunggalnya itu.

"Sabar sayang saya yakin anak kita ni tak bersalah" pujuk puan jung isterinya supaya tuan jung dapat berlembut hati.

"Kamu nak cakap anak kita tak salah?! habis tu dia mabuk semasa memandu tu dah kenapa?! perangai dia makin menjadi jadi sekarang ni!!!" naik turun dada tuan jung kerana geram.

Hoseok malas mendengar bebelan tuan jung. Kenapa baru sekarang tuan jung baru nak masuk campur dalam hidup dia sekarang. Sedangkan dari kecil lagi dia tak pernah merasakan kasih sayang seorang ibu dan ayahnya.

Bila dia meningkat usia remaja baru ibu dan ayahnya mahu mengambilnya semula selepas datuknya meninggal dunia. Datuk dia juga merupakan satu satunya insan menjaganya dengan tulus dan penuh kasih sayang. Dia tidak begitu suka cara ibu dan ayahnya mendidiknya.

"Jung hoseok! dengar tak apa yang appa cakap ni?!" tegur tuan jung. Terus hoseok bangun dan merenung tajam ke arah kedua dua ibu bapanya itu. "Kenapa appa nak sibuk sangat nak ambil tahu pasal hidup hoseok?! selama ni appa tak pernah ambil kisah pun masa hoseok masih kecil! kan?!!" balasnya semula tetapi kasar.

"Hobi jangan lah cakap macam tu dekat appa. Dia appa kamu" pujuk puan jung lembut cuba meraih lembut tangan anaknya itu. Tetapi hoseok menepis dengan kasar.

"Kau diam!!" tengking hoseok kepada ibunya. Kemarahannya meluap luap ketika itu.

Ppang!

Satu tamparan kuat mengena wajah hoseok daripada tuan jung "Kamu jangan nak kurang ajar dengan omma kamu hoseok!! dia yang lahirkan kamu! anak tak sedar diri!!" hoseok tersengih sinis lalu memandang tuan jung.

"Memang betul dia omma hoseok!! memang betul appa memang appa hoseok!! tapi omma dan appa tak layak gelarkan diri omma appa hoseok pun?!?!?!" Tuan jung tak mampu bersabar lagi dan dia ingin menampar hoseok buat kali kedua tetapi puan jung dengan pantas menahannya.

"Tampar lah hoseok banyak kali!! hoseok tak kisah!!! kalaulah harabeoji masih hidup sampai hari ni!! hoseok sanggup tinggalkan omma dan appa!! dan tak nak langsung kenal omma dan appa pun!!! sebab apa? sebab harabeoji lagi sayangkan hoseok daripada omma dan appa?!?!!!" Katanya sebak bila dia teringatkan datuknya.

Tanpa membuang masa dia keluar daripada bilik itu.

"Ni semua salah kita sayang!! sebab kita dia jadi macam tu!! awak sedar tak ni!!" puan jung mula menangis. Walaupun dia tidak menjaga hoseok daripada kecil tetapi masih dia menyayangi hoseok sepenuh hati.

Cuma dia sedar kesilapan dia iaitu tidak menjadi ibu yang diinginkan oleh hoseok. Dia menyesal. Tuan jung hanya berdiam diri. Dia penat kerana setiap malam dia mesti akan bertengkar dengan anak tunggalnya itu.

Sejak hoseok meningkat remaja. Dia mula liar dan tuan jung sendiri pun susah untuk menasihati anaknya itu. Dia hanya mampu mengeluh.

  🥀🥀🥀

Pagi itu sunmi, ara dan jiae bersenam di kawasan kejiranan tak jauh daripada rumah agam keluarga song. "Sunmi unnie tu jogging ke? asal cepat sangat?" Dada ara naik turun selepas berlari 2 pusingan dan dia betul-betul penat.

"Sunmi unnie tu memang jogging pun. Tapi unnie ni hah. Stamina tak kuat! tu yang lembik!" perli jiae lalu menjelirkan lidahnya dan mula berlari meninggalkan ara yang kepenatan.

"Yah!! budak tu memang!!!".

Ingin sahaja ara memukul jiae sepuas hati tetapi dia tak larat lagi meneruskan lariannya.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now