25🥀

1.5K 200 3
                                    

"Jungkook!!"

Jungkook tidak menghiraukan panggilan jiae sebaliknya dia hanya menuju ke tingkat atas. Jiae mengejar jungkook daripada belakang.

"Jungkook dengar lah dulu" dia menangkap tangan jungkook. Jungkook melihatnya dan menarik tangannya semula. Dia masih lagi sakit hati dengan pertembungannya dengan hoseok tempoh hari.

"Apa?"

"Saya nak minta maaf"

"Itu sahaja?" keningnya diangkat. Melihat jiae masih lagi tidak bersuara. Dia mula naik tangga.

"Saya takkan jumpa hoseok dah!"

Bibir jungkook mengukirkan senyuman lebar dan berasa puas hati.

"and then?" soalnya semula.

"Saya setuju jadi yeojachingu awak jungkook" kata jiae lalu menundukkan kepalanya. Dia berasa malu. Ingin sahaja dia menjerit di situ. Tetapi dia tahu hubungan dia dengan jungkook tidak lama seperti yang dia janjikan dengan jihyo.

Membesar mata jiae melihat kaki jungkook berada di hadapannya. Dia mula mendongak.

Jungkook ketawa kecil.

"Awak malu ya?"

"Tak! mana ada!" tipunya dan wajahnya mula memerah. Jungkook perasan hal itu lalu mengucup lembut bibirnya sekilas.

"Kook.."

"Jum kita pergi date! saya bosan!"

Jungkook meraih lembut tangan jiae lalu turun ke bawah.

_________________________

"Minho kau pasti?"

"Dah semua bukti ditujukan pada Tuan kim. Nak buat macam mana lagi yoona" minho melihat ke arah yoona yang masih lagi ragu-ragu.

"Dari mana kau dapat pendrive ni?" tanya yoona dan pendrive warna merah itu diambil olehnya.

"Ada satu kotak kecil dekat atas meja aku. Aku tanya lah siapa yang hantar dalam office aku. Rupanya jisang sebab dia cakap penghantar pos laju memang untuk aku. Bila aku buka tu video perbualan tuan kim dengan mendiang tuan song. Ya mereka berdua gaduh sampai tuan kim sendiri cakap dia akan musnahkan keluarga song suatu hari nanti sebab tuan song tak mahu bekerjasama dengan tuan kim lagi" terangnya pada yoona.

"Tapi minho niat tuan jung pun sama kan ingin dapatkan syarikat mendiang tuan song. Tuan min pun terlibat sekali cuma kenapa tuan min tak beritahu apa-apa dia hanya senyap. Kalau dia tahu dah lama dia laporkan dekat polis minho. Cuma tuan song joongki yang tiada kaitan dengan kes ni" yoona cuba memberi pendapat yang logik.

"Kita tak boleh tunggu lama lagi dah. Kita kena siasat tiga suspek ni. Aku akan dapatkan surat waran tangkap dekat pejabat utama" minho mula mengemas fail-fail yang berselerak.

"Jadi tuan song dibuang dalam senarai suspek utama kita?"

Minho mengangguk.

"Kumpul kan orang kita semua. Dapat surat tu kita pergi terus dan geledah office mereka semua. Siapa yang tidak mendengar arahan beri ugutan keras dan amaran sekali faham? cari information yang berguna. Suspek bertiga dibawa ke balai untuk disoal siasat. Lagipun kita ada bukti untuk salah seorang buat pengakuan yang betul. Inform puan song dengan tuan song sekali" arah minho.

"Baiklah minho!"

            _______________________

"Beri kerjasama!!!"

Kelihatan 10 pegawai polis merempuh masuk ke syarikat HOPE's Holding. Semua pekerja dan staff di situ terkejut. Pengawal-pengawal cuba meminta penjelasan daripada pegawai polis.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now