>14♣<

3.2K 328 40
                                    

Jimin mula menutup separuh wajahnya dengan mask hitam sejak Jaerim mula melangkah kaki pergi daripada tempat duduknya.Jungkook pula tidak melepaskan jelingan ke arah target mereka....termasuk Taehyung dari arah belakang.

Lee Guk Han seakan-akan mahu bangun daripada tempat duduknya.

"Perhatian kepada semua penumpang sekalian,harap tuan² dan puan² sila bawa bertenang.
Pesawat ini dikatakan mempunyai beberapa penumpang yang tidak mempunyai cop pengesahan ke luar negara.
Jadi kami mesti melakukan pemeriksaan dengan kadar segera."


Jimin segera bangun dan mengacu pistol ke arah Lee Guk Han.Taehyung terkejut besar...termasuk Jungkook.Apa yang Jimin cuba buat ni??Dia tak ikut plan yang telah dirancang oleh Namjoon.Oh Gosh!!

Lee Guk Han tersenyum sinis.

Yang paling menghairankan...tak sampai 10 penumpang sahaja yang panik di dalam pesawat itu saat Jimin mengangkat senjatanya.

"Tak sangka korang boleh ikut aku sampai ke sini~",kata L.G.H sambil menyumbatkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

"Berapa penyangak yang kau sumbat dalam pesawat ni haa?",soal Jimin geram.Taehyung dan Jungkook sudah bersedia dengan memegang pistol disebalik baju coat.

"Bijaknya kamu~Nampaknya plan pertama aku dah gagal,terpaksalah aku meneruskan plan kedua aku~"

"Plan kedua?"

Lee Guk Han segera menarik lengan seorang wanita di sebelahnya dan mengacu pistol di kepala wanita itu.Jungkook dan Taehyung segera bangun dan mengacukan pistol ke arah lelaki itu semula.

But....keadaan berubah sekelip mata.Ketiga-tiga mafia itu membulatkan mata.Hampir semua penumpang di situ bangun serentak dan mengacu pistol ke arah mereka bertiga semula.Tak guna,mereka semua ni anak buah kepada target mereka.

Tak mungkin.Ramainya!!

"Hahaha...apa korang boleh buat ha??Lembap!Nampaknya pesawat ni tak boleh nak hantar barang aku ke Jepun....sebab korang!!",ketawa si L.G.H.Wanita yang masih berada di dalam tawanannya sudah menangis ketakutan.

"Apa kau nak buat seterusnya?",soal Taehyung.

"Aku upah pesawat lain untuk ke sini termasuk beberapa orang bawahan aku yang lain.Pindahkan barang aku dan.....musnahkan korang semua!Korang dah kalah dengan aku sekarang!Haahaha..."

Lee Guk Han silap,dia rasa dia sudah menang kali ni...tapi tidak bagi 3 beradik itu.Mereka bertiga hanya membalas senyuman.Lee Guk Han mula keliru dengan reaksi mereka.

Even plan diorang gagal,tapi diorang mahir dan cepat dalam menyelesaikan masalah dengan kadar segera.

"Maknae line...aku serahkan pada korang bertiga...selesaikan sampah² tu.",arah Namjoon melalui alat penghubung.

Ppangg!

Satu tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada anak buah L.G.H ke arah Taehyung.Lelaki itu sempat mengelak dan menjeling tajam.

"Kau yang mulakan permainan ni kan?~So terpaksalah aku teruskan."

Maka,bermulalah perbalahan di antara mereka.Seorang demi seorang tumpas di tangan mereka bertiga dengan cepat sekali.
Lee Guk Han sudah menghilangkan diri pergi ke ruang penumpang di hadapan.

Taehyung tidak sempat mengejar lelaki itu akibat sesak.Jungkook melindungi beberapa penumpang victim daripada terkena serangan.

Apa yang bestnya,Taehyung dan Jimin tidak menggunakan pistol.Takut² tembakan mereka tersasar dan boleh melubangkan dinding pesawat except Jungkook.Sebab dia penembak tepat...tembaklah ikut sesuka hati pun,mesti kena punya.

Masalahnya....musuh diorang guna pistol!!Tak guna jugak...habis dinding pesawat berlubang sana sini.Ahh sudahh!

Jaerim pula bergelut dengan pramugari itu di dalam tandas dan akhirnya dia berjaya.Jaerim menghentukkan kepala yeoja itu ke arah cermin sehingga dia pengsan.Cermin itu retak dengan teruk.

RIP cermin.

Alat pengbubung di tangan yeoja itu diambil.Jaerim cuba untuk menghentikan penghubung itu tapi malangnya.Koordinat pesawat ini sudahpun dikenal pasti.

Jaerim mengeluarkan kata kesat dan keluar dari bilik air dan mengunci pintu.

"Dasar pineapple!!Apa yang terjadi ni??"

"Yoongi oppa!!!Please do something!!Padamkan sistem perhubungan dan kedudukan koordinat pesawat ni dengan mana² talian!!",jerit Jaerim melalui alat penghubung.

Tiada balasan dari Yoongi.Ahh apa dia buat??Mana yang lain?

Jaerim cuba untuk turun ke dalam perut pesawat di mana segala barang² penumpang diletakkan di situ.
Dia cuba untuk mencari barang yang dibawa oleh Lee Guk Han itu.

Betapa buruknya nasib Jaerim...dia menelan air liur selaju yang mungkin.

Dirinya dikepung oleh 6 orang lelaki yang berpakaian sebagai pramugara.Dia mengetap bibir.

Diorang ni mesti anak buah Lee Guk Han yang mengawal kawasan bekalan barang.Jaerim buntu...hanya dia seorang sahaja yang berada di situ,dan dia akan bertarung dengan enam orang lelaki yang berbadan sasa.

"Hai little mafia~"


-End Chapter 16-

°•SIBLINGS•°[-♚BTS♚-]✔Where stories live. Discover now