>♠30♠<

3.1K 308 134
                                    

Ikatan yang merapatkan kedua-dua pergelangan tangan aku cuba dileraikan.Itu hanya sia-sia.Aku dah banyak kali belajar cara membuka pelbagai jenis ikatan.Tapi ikatan ini lain daripada yang lain,susah sangat.Betapa lenguhnya lengan aku.

Sedang aku mencuba,pintu dibuka perlahan-lahan,muncul seorang jejaka bermask hitam dengan sedulang makanan.

Dia mengambil tempat di sebelah aku.Aku dengan segera berganjak ke arah dinding.

"Kau lapar?",soal dia.Aku berpaling ke arah lain.Boleh pula dia tanya,rasanya dah 12 jam aku tak makan.Mestilah lapar.Aku cuba untuk memerhatikan jenis makanan yang dibawanya di atas dulang itu.Satu bekas berwarna kelabu serta air mineral sebotol.

"Apa dalam bekas makanan tu?",dengan muka tebal aku tanya.Dia mengenyitkan mata dan membuka penutup bekas tersebut.

"Aku bawakkan kau bibimbap.Kau suka?",aku terdiam.Aku menumpukan pandangan ke arah kedua-dua matanya dengan serious.

Bibimbap?Itu makanan kegemaran aku.Dengan telur goreng di atasnya separuh masak,potongan fishcake,timun dan carrot menghiasi makanan tersebut.Ianya masih berwap,maksudnya ia baru saja dimasak sebentar tadi.
Aku menelan air liur kebuluran.Aku mengalihkan wajah ke hadapan dengan ketapan bibir.

"Makanan kegemaran kau bukan?~",soalnya lagi lalu mendekatkan wajahnya dengan pipi aku.Aku membeliakkan mata lagi.Dia tahu?Aku tidak menjawab sepatah,dia ketawa kecil dan mengeluarkan chopstick.Telur itu dipotong kecil dan dihimpit bersama nasi dengan kayu pengapit tersebut.

"Meh aku suap.Aku masak sendiri~Makan dulu,aku tak nak kau lapar.",aku menggeleng kecil dan tertunduk.Tak nak aku,mesti dia letakkan racun dalam makanan tu.Pelik...,aku bakal dibunuh oleh manusia ni nanti,tapi sempat pula dia jaga makan minum aku.

"Kenapa awak khianat kami?Sedangkan awak penghulu kepada semua mafia?",aku dengan beraninya mengeluarkan soalan ini.Dia terhenti.Hati aku mula tak tenang,bekas makanan itu diletakkan di atas meja.Dia bangun dan mengeliat sebentar sebelum mengalihkan jelingan ke arah aku.

"Aku bukan khianat Jae,aku just nakkan sesuatu yang aku impikan."

"Kuasa Mafia Haera?Buat apa awak nak kuasa tu?Awak mafia berkod 01 dah kan?Apa lagi yang tak cukup?Sanggup awak hasut mafia yang lain untuk ikut jalan awak dan membunuh abang² saya hanya semata-mata untuk kuasa tu??How dare you!",aku mula nak menengking.Dia bernafas tenang.Pipi kananku dicubit sekilas diikuti dengan ketawa kecilnya.

"Pandai~Kau six sense juga?Boleh baca fikiran aku.",katanya.Six sense?Tetiba terlintas seseorang di fikiran aku,ya...siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.Rasanya dia boleh mengesan keberadaan aku di sini.Tanpa dia,mesti saudara yang lain tak dapat menjalankan misi.Huh,aku tergelak sendiri di dalam hati.Don't worry Jae,diorang akan selamatkan kau.7 lawan 1.
Adakah kau mampu wahai Mafia 01?Hahaha...

"Kenapa tak mampu pula?Aku pernah tumpaskan berpuluh-puluh orang sekali gus~",balas lelaki itu tanpa persoalan daripada aku.Aku terkejut.Apa ni?Dia tahu apa yang difikirkan aku.Ini bukan biasye-biasye.

"A-Awak...tahu...ya-",bibir aku ditahan dengan jari telunjuknya.Dia melutut di hadapan aku lalu menyentuh leherku dengan telapak tangannya yang hangat.

"Perkara yang abang² kau mahir dan menguasai,semua aku boleh buat.Tiada sedikit pun yang tertinggal.Six sense?Itu pon keistimewaan yang biasa bagi manusia seperti aku~Mafia 01 can do anything~",aku separuh ternganga.Rupa-rupanya manusia yang bertentangan dengan aku ini bukanlah sebarangan.

"Nak tahu kenapa aku nakkan sangat kuasa Mafia Haera?Sebab eomma kau dah bunuh orang yang aku sayang.Aku berdendam.

Selepas insan yang aku sayang itu mati,eomma kau menghilang.Aku rindu sangat nak jumpa eomma kau...SEBAB AKU NAK BUNUH DIA.MAFIA HAERA SI PEMBUNUH APPA AKU!

Mafia Haera tergolong di antara mafia-mafia yang kejam di negara ni.Kalau gelarannya pun dah ketua mafia,mesti mafia yang lain akan menjadi pengikutnya bukan?

So,aku nakkan kuasanya dan memerintah kesemua mafia.Aku akan hapuskan seorang demi seorang daripada korang.

Aku sendiri yang bunuh Mafia 01 yang terdahulu.Aku merampas kod tertinggi tu dan cari anak² kepada Mafia Haera selepas dia mati dibunuh.

Nak tahu kenapa eomma kau mati.Aku yang bunuh dia~Ehek.Tapi aku silaplah,dia dah tinggalkan wasiat awal².So...kuasa tu mesti diwarisi oleh salah seorang daripada korang 8 beradik😊.

Apa kata aku bunuh je semua sampai aku dapat kuasa tu.Menarik bukan?Sebab aku gagal dapatkan buku tak guna tu~

See...muka kau pon seakan-akan wanita kejam itu.Geram dibuatnya aku~",ucapnya panjang.Aku mengendahkan usikan tadi.Memang dia yang bunuh eomma.Dia juga yang bunuh Mafia 01 yang terdahulu,ini gila.Kini dia mengambil alih dan mengkhianati kami semua.

Mafia 01 si pengkhianat.

Air mata aku mula berkaca.Tak sangka dengan pernyataan yang diberikan secara jelas oleh lelaki ini.Aku tertunduk dan menangis.Dia mengesat air mata aku dan tersenyum disebalik mask.

"P-Please...cukuplah sekadar awak bunuh eomma saya hiks...jangankan pula abang saya yang lain.Jangan ganggu diorang...bunuh saya.Gantikan saya dengan diorang jebal..."

"No dear~Apa gunanya aku bunuh kau kalau kau bukan si pewaris kuasa tu?~"

"Please....lepaskan abang² saya...",merayu aku dengan tangisan.Dia terdiam seketika.

"Kenapa kau lindungi sangat abang² kau?",soal dia.

"Sebab saya s-sayangkan diorang.Diorang pun sayangkan saya...jangan ganggu family saya yang masih berbaki.Eomma dah tak ada,appa pon dah tak ada...I only have them...",balas aku.

Dia segera bangun.Tanpa menjawab sepatah,tali yang mengikat kaki dan tanganku dileraikan.Aku membulatkan mata.Kedua-dua pipi aku ditekup dan didongakkan menghadap wajah lelaki itu.Dia merenung tajam ke arah bebola mataku...lama.

"Aku bagi pilihan dekat kau,fikir masak-masak ye sayang~

1)Kau cakap diorang akan datang selamatkan kau,ok aku bukakan jalan tanpa halangan.Kau mengharapkan diorang bukan?Tapi jangan menyesal...kau akan saksikan setiap titisan darah keluar daripada tubuh diorang seorang semi seorang.

Or

2)Aku akan lepaskan kau pergi.Aku akan bagi sedikit masa untuk kau fikirkan jalan untuk selamatkan diorang...DARIPADA AKU~Kalau kau gagal,bersedialah untuk sumbat abang² kau ke dalam neraka.

Done..setuju?Apa pilihan kau?",ketawa kecil mengakhiri kata-katanya.Aku buntu.

Aku menggerakkan bebola mata ke sana dan ke sini.Aku tak mampu menyatakan jawapan yang tepat bagi soalan maut itu.

Krik krik.

Belum sempat aku mengeluarkan suara,dahi aku dikucup dengan bibirnya yang berlapiskan kain mask hitam itu.Rambut aku disisirkan ke celah cuping telinga.Apa pula kali ini?

Bekas makanan tadi dihulurkan ke arah aku semula.Aku mengelip kelopak mata beberapa kali menandakan kekeliruan.

"Kau makan dulu,nanti aku soal lain.Aku tak letak pun racun dalam tu,jangan nak memandai.",belum sempat dia melangkahkan kaki pergi,aku sempat menarik hujung bajunya membuatkan dia terhenti.

"Siapa awak sebenarnya??Saya nak tengok rupa awak!",permintaan aku dibalas dengan kenyitan matanya.Tangan aku yang memegang bajunya ditepisnya perlahan.

"Kau akan tahu juga nanti Jae~Just wait and see.",balasnya ringkas lalu keluar daripada bilik yang kecil itu.He keep calling me Jae,macam kenal saja.Aku kembali merenung ke arah bibimbap yang nampak sedap.Yes,sedap.

Dia pandai masak juga ye.Macam mana dia boleh tau makanan kegilaan aku?Ahh abaikan.

Annoying mafia.

Pehal aku tersenyum ni?

-End Chapter 30-


_________________________
______

Tbc:

Harap korang dh dpt klu² siapa si 01 tu ehem~
Sis dh tahu siapa orgnya cewah
💩

°•SIBLINGS•°[-♚BTS♚-]✔Where stories live. Discover now