'I just need the love'
ADAM berjalan ke arah kelasnya sambil buku dipeluk di bahagian dadanya. Baju kemeja kemas masuk ke dalam seluar dan dioancing sampai ke leher. Cermin mata bulatnya diselesakan. Bukan ada power pun sebenarnya. Saja nak nampak lebih real.
Pap!
"Aduh! kau buta ke apa hah sial?! Dahlah aku lambat dah ni? "Maki Anis. Zahira yang di sebelah cuba menenangkan Anis.
Buku Anis yang bertaburan di lantai Adam kutip dengan cepat.
"Maaf. "Ucap Adam sambil menundukkan kepalanya sedikit.
Suara itu...
Cepat-cepat Zahira menepis ansir yang berlegar dalam kepala otaknya. Yang ini Adam! Langsung tak sama! Macam langit dengan bumi.
"Kau kenapa dah tergeleng-geleng? Dah ah dia pun dah blah! "Ujar Anis kasar lalu menarik lengan Zahira dan bergerak ke kelas.
"Weyh.. Anis kau tau tak, suara L tu macam Adam. "Bisik Zahira ketika Profesor Nadia sedang beri penjelasan di skrin di hadapan mereka.
"Ish! Kau ni, sah-sah kau cakap L tu handsome. Celah mana pulak suara macam Adam? "Suara Anis semakin meninggi tetapi masih boleh dikawal.
"Kau tak percaya sudah. Tapi, muka Adam pun ada nak iras-iras L tau. Kau bukannya sedar pun semalam. "Zahira masih berkeras dengan andaiannya. Firasatnya kuat mengatakan yang L tu Adam. Entah kenapa?
"Suka hati kaulah, ira sayang.. "Anis dah malas bertekak. Penjelasan Profesor Nadia dibiarkan berlalu seperti angin. Fikirannya melayang sekarang ni. Siapa kau L? Ada lagi ke lelaki yang ikan ada depan mata tapi dibiarkan saja? Itu yang buat dia tertarik dengan... L!
Bibir bawahnya digigit. Ini menjadi satu tabiat Anis. Bila dia tengah fikirkan sesuatu mesti bibir bawahnya digigit. Kau buat aku gila, L!
------------*__*------------*__*----------------
Seusai sampai ke rumah, Adam menghempas badannya di atas katil. Tangannya dinaikkan ke atas dahi. 'Kau maki aku pun aku still sukakan kau. Apa kau dah buat dekat aku Anis.. ?'Gumam Adam.
Tapi, dia tetap akan bajet seperti budak nerd. Dia nak tengok sejauh mana orang tidak sukakannya.
Anis? Dia nak tengok nanti adakah Anis akan rela berkawan dengannya atau terus-terusan menghinanya. Andai kata Anis rela berkawan dengannya, dia akan tawan hati Anis untuk menjadi miliknya.
Dengan badan yang penat terus Adam melelapkan matanya buat seketika untuk menghilangkan penat.
---------------------*__*----------------------
"Anis tadi aku pergi 7-eleven. Aku tak bawa duit kau tau tak time aku nak bayar tu.. Tiba-tiba ada sorang Mamat ni baik hati tolong aku bayarkan. "Zahira cerita pasal kejadian tadi dengan mukanya senyum-senyum. Seronok gila dia nampak.
"Then? "
"Then dia cakap nama dia Syakir. Handsome doh.. Sama taraf dengan L kau. "Pujinya lagi. Boleh naik gila dia setiap hari jumpa Mamat handsome. Ni pun pakej baik juga.
Kali ini giliran Anis pula yang menggeleng kepala melihat keadaan sahabatnya yang sepertinya sudah jatuh cinta. Mungkin.
"Angau nampak? "Usik Anis. Milo di dalam mug diteguk perlahan.
Zahira tersenyum gedik. Ah! Sukanya..
Ting!
Seingat dia tadi Syakir ada bagi kad untuknya. Katanya minuman tadi dia yang belanja. Apa kata kalau dia send thanks dekat Syakir.
Dia mengeluarkan kad yang diberi oleh Syakir.
What?!
Ternganga mulut Zahira apabila memandang nama dan pekerjaan Syakir. Ceo bai...
Syed Syakir Arif bin Syed Husin
Awak buat saya fall in love dengan awak, Syakir.
Lupa nak cakap yang Syakir ni tua dua tahun dari Adam manakala Adam sedang belajar di tahun akhir. Syakir cepat dapat kerja sebab ayahnya, Syed Husin suruh Syakir cepat-cepat gantikannya. Adam pun sama kaya dengan Syakir.
----------------------*__*-----------------------
"Err... Syakir ni saya ingat tak yang awak jumpa dekat 7-e tu? "Ujar Zahira apabila panggilan dia diangkat.
"Of courselah saya ingat.. Zahira right? "
Zahira dah tersenyum apabila Syakir menyebut namanya.
"Yeah.. That's my name. Awak boleh tak nanti kalau ada masa free saya nak ajak awak lunch.. But saya belanja.. "Ajak Zahira.
"Boleh..Nanti saya tengok jadual saya dulu. Nanti saya call awak bagitau. "Tangan Syakir sibuk menandatangan surat-surat di hadapannya.
"Okey, thanks wak! "Ucap Zahira dengan teruja. Seusai sahaja dia meletak telefonnya, Zahira memeluk telefonnya di dada.
Dia rasa macam ini bukan dirinya lagi. Setelah berjumpa dengan Syakir, dia rasa dia nak berubah ke arah yang lebih baik supaya Syakir pandang diri dia.
Ya! Dia akan berubah sedikit demi sedikit.
---------------------*__*-----------------------
Selepas keluar lunch hari tu, hubungan Zahira dan Syakir semakin hari semakin rapat. Namun, Anis masih dilema dengan L. Selepas malam itu, dia langsung tak pernah terserempak dengan L.
Kadang-kadang fikir pasal L boleh menyesakkan kepalanya. Ketika ini. Mana lelaki itu? Langsung tak muncul. Misteri.
Pemikirannya terganggu apabila Zahira bernyanyi-nyanyi kecil masuk ke dalam biliknya.
"Ada apa kau ni seronok semacam je ni? "Tegur Anis.
Zahira senyum dulu sebelum melabuhkan punggung di sebelah Anis. "You know what? "
"What? "
"Aku dengan Syakir dah couple... "Ujarnya dengan perasaan teruja. Indahnya hidup dia.
"Wah... Aku tumpang happy beb.. "Ujar Anis sambil senyum seronok.
"Tapi kan, Syakir cakap nak kahwin cepat-cepat ngan aku dia tak nak tangguh-tangguh sebab kalau boleh dia tak nak bercinta lama-lama. "Ujar Zahira. Zahira sekarang pun dah banyak berubah. Walaupun belum memakai tudung, bajunya sudah mula menutup aurat. Tak macam sebelum ni.
Cuma dia yang masih belum berubah. Entah bila?
"Tahniah, beb! Aku harap hubungan kau kekal dengan dia. "Ucap Anis.
"Malam Sabtu ni, Family Syakir ada buat birthday party.. So, aku nak ajak kau sekali. Kau ikut aku eh? "Ajak Zahira sambil menyenggol bahu sahabatnya itu.
Please vote and comment too..
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...