Bab 34

6.5K 244 24
                                    

DI dalam kereta Zahira, tersedu sedan Anis menangis. Air mata yang merembes keluar diseka dengan belakang tapak tangan. Sesekali hingusnya disedut. Apa yang mukus banyak sangat ni?!

"Babe... Kau janganlah macam ni.. "Zahira tak tau nak cakap apa, kalau Syakir jadi macam ni juga, pasti Zahira juga akan jadi seperti Anis.

Anis tertunduk memandang ribanya. Hati Anis sakit. Anis sedar, dia tak sempurna untuk Adam. Anis banyak sakitkan hati Adam. Dayana cantik dan memang wajar lelaki sekacak Adam mahukan gadis sopan seperti itu. Anis langsung tak nampak cacat celanya pada Dayana. Logik akal kalau Adam jatuh hati pada Dayana.

"Babe... "Sekali lagi Zahira panggil Anis apabila kata-katanya tidak dihiraukan wanita itu. Anis asyik melayan perasaannya sendiri.

"Baru aku tau yang selama ni... Adam masih tak maafkan aku.. Ssk.. Ssk.. Baru aku tau yang aku ni langsung tak layak dengan lelaki sehebat Adam... Ssk.. Baru aku tau... Yang aku ni... "

"Babe, stop it. Tak baik untuk kandungan kau kalau kau macam ni. Please, for the sake of your baby? "Potong Zahira. Walaupun Zahira tengah memandu masih juga dia mahu memujuk Anis yang tengah bersedih.

Zahira nampak Anis macam hilang arah ketika ini. Tertunduk menangis dengan titisan air mata yang mula menitis di atas baju mengandungnya. Zahira nampak itu. Tak pernah dia tengok Anis selemah ini.

"Aku tak boleh ira... Dd-dia curang dengan aku, ira... Kalau kau dekat tempat aku, pasti kau rasa apa yang aku rasa, "

Zahira terdiam dengan kata-kata Anis. Ya, kalau dia ditempat Anis pasti dia rasa benda yang sama.

"Aku rasa aku langsung tak berguna pada mata Adam... "Sambung Anis lagi. Zahira tak tau sudah berapa kilo air mata Anis mengalir. Sudahlah menangis tanpa bunyi.

Akhirnya, Zahira hanya membiarkan Anis menangis. Bukan bermakna Zahira suka tengok Anis menangis tapi Zahira mahu Anis tenang dulu. Zahira harap tindakannya itu tepat.

Dengan keadaan sunyi dalam kereta itu, hanya kedengaran Anis yang teresak-esak menangis. Hanya kedengaran Anis memburukkan dirinya sendiri. Anis cakap dia langsung tak layak untuk lelaki bernama Adam.

Dan..

Lebih tepat lagi, Anis rasa ini balasan untuk perbuatannya yang lalu pada Adam. Ini karma buatnya. Anis tak dapat tanggung lagi rasa sakit ini. Kenapa sakit sangat nii?

"SAYANG, please listen to me, first? "Adam cuba raih lengan Anis sebaik sahaja mereka sama-sama tiba di rumah. Anis tepis tangan Adam dari menyentuhnya.

Kepala Anis geleng kecil bersama linangan air matanya. Anis sendiri mula rasa matanya membengkak. Pasti muka kelihatan hodoh ketika ini. Di tengah ruang tamu begini, mereka saling berdiri berhadapan antara satu sama lain.

Adam meraup wajahnya kasar apabila melihat Anis tertunduk memandang lantai. Bahu Anis juga bergetar dengan tangisan yang tidak henti. Adam tarik Anis ke dalam pelukan tapi Anis tolak lembut pelukan Adam.

"Dengar dulu apa abang nak cakap, "ujar Adam lembut. Dia nak sangat Anis faham dia. Anis nampak lemah sangat ketika ini.

"Tak, Adam. Tak payah cakap apa-apa. Saya tak nak dengar kata-kata awak tu sebab itu lagi sakitkan hati saya. Ssk.. Ssk.. Ss-saya tak nak awak cakap, "Anis sekerasnya membantah Adam daripada memberi penerangan. Anis tak sanggup terima kenyataan sebenar. Kenyataan bahawa Adam akan berkahwin lain. Anis tak sanggup.

Adam mengeluh lagi. Apa yang dia lakukan Ya Allah.. Anis begitu degil. Kalau dia cakap pun mesti Anis tak percaya.

"Sayang... "Seru Adam tapi Anis laju memotong.

"Patutlah.. Selepas je kita berbaik awak tak pernah cakap yang awak cintakan saya, awak tak pernah cakap yang awak maafkan saya. Awak hanya cakap awak bagi peluang pada saya... "

"...dan itu juga yang buatkan saya rasa macam orang bodoh cintakan awak, "mendatar kata-kata Anis. Air mata diseka lagi dengan belakang tapak tangan.

"No, sayang..."

"Saya tau, saya langsung tak sesuai untuk awak. Saya tau, saya isteri yang tak guna bagi awak. Saya dah dapat balasan atas perbuatan saya pada awak. Walau sejuta kali pun saya ucap kata maaf pada awak takkan pernah boleh sembuhkan luka awak kan, Adam? "Tanpa tahan lagi, Adam pegang bahu Anis dan mata Anis dipandang dengan penuh perasaan.

"Ya Allah, sayang... Perasaan abang pada awak tak pernah berubah. Abang cintakan awak. Ya, cintakan awak kalau itu yang awak nak dengar, "redup mata Adam melihat Anis yang tersedu sedan menangis.

Adam lihat Anis menggeleng.

"Dan, awak juga cintakan Dayana, "

"Tak sayang... "

"Just let me go... "Perlahan-lahan tangan Adam Anis tolak dari terus memegang bahunya. Anis tak nak dia terus jatuh tersungkur kerana sakit cintakan lelaki yang bernama Syed Adam Mikail.

"No, sayang please... "Rayu Adam melihat Anis yang mula membelakanginya. Adam turut rasa sebak melihat Anis. Maafkan Mika, pa.. Mika tak dapat tunaikan janji Mika untuk tak sakitkan Anis.

Adam kalut apabila Anis mengaduh memegang perutnya. Berkerut dahi Anis menahan sakit.

"Kenapa, sayang? "Belum sempat Adam mendekat Anis tahan tangannya. Tak jadi Adam mahu melangkah lagi.

Perut Anis mengeras. Anis rasa anaknya mula mengeras di dalam perut. Sakit. Itu yang Anis rasa. Dengan lemah Anis bergerak mahu naik atas.

Namun, tak semena-mena tubuhnya dicempung secara tiba-tiba. Anis terus paut leher Adam secara automatik. Bukan Anis sengaja tapi Anis takut jatuh.

"Turunkan saya, Adam, "

Adam hanya buat tidak tahu dengan amaran Anis. Dah tau sakit tu masih nak berdegil. Anis ketap gigi geram. Senang sekali dia masuk dalam dakapan Adam. Tolonglah Adam.. Jangan buat hati saya sekali lagi jauh cintakan awak, sakit sangat perasaan tu.

Sampai saja dalam bilik, Adam turunkan Anis di atas katil. Anis tak tahu nak menelentang ke apa. Perutnya rasa keras sangat ketika ini. Anis mengiringkan badannya ke kanan. Perutnya yang mengeras diusap lembut.

"Anak mama buat apa ni... "Ujar Anis lembut. Air mata yang keluar juga sudah campur segala sakit yang dia rasa. Adam yang sebak melihat turut naik ke atas katil dan menggosok lembut belakang badan Anis. Mana tau kurang rasa sakit tu.

"Jangan sentuh saya, Adam, "bentak Anis. Dia tak sanggup apabila tangan Adam itu juga nanti yang akan sentuh Dayana.

Adam buat tidak tahu dengan kata-kata Anis. Tetap juga menggosok lembut di sekitar pinggang Anis. Tiba-tiba Adam dengar esakan halus dari Anis.

"Sakit sangat ke sayang? "Tanya Adam kerana Anis tiba-tiba menangis kembali.

"Stop Adam. Stop dari buat saya terus cintakan awak, "Anis rasa sakit. Tolonglah faham dia untuk kali ini.

Adam terdiam. Namun itu tidak lama tatkala telefon Adam berbunyi minta diangkat. Nama Dayana tertera. Adam turun ke bawah dan bergerak ke balkoni dulu sebelum menjawab panggilan itu.

Anis pandang belakang badan yang hilang pada pandangan matanya. Anis pejam mata rapat.

"I'm sorry Adam.. "Tanpa salam terus Dayana mengucap maaf pada Adam.

Adam menggeleng perlahan seperti Dayana nampak apa yang dia buat sekarang.

"No Yana. Not your fault, "ujar Adam sekilas.

Here the update again...

Selagi komen dan vote kalian hidup dengan saya..

In shaa Allah, saya rajin update..

Thanks a lot guys... Saya hargai semua tu.. 😉😘😍

Love's War✔Where stories live. Discover now