ADAM resah menunggu Anis dari luar. Bukan dia tak nak masuk, tapi dia tak cukup kuat untuk tengok Anis tengah sakit. Kang Anis tak pengsan dia yang pengsan. Mama dan papanya juga sudah dimaklumkan termasuk Puan Aisyah. Resah juga Puan Aisyah ketika dikhabarkan Anis mahu bersalin.
Adam bersandar lelah di kerusi luar wad bersalin. Wajahnya juga diraup berkali-kali. Adam kalih kepala apabila ditegur seseorang.
"Isteri nak bersalin ke? "Tanya lelaki itu. Adam yang ketika masih blur dengan soalan itu terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan.
"Encik buat apa dekat sini? "Soal Adam sekadar berbasa basi. Tak nak dicop sombong pula.
"Isteri nak bersalin juga. Just call me, Zarith, "ujar lelaki kacak itu sambil tersenyum. Adam pelik dengan lelaki itu. Isteri nak bersalin pun boleh tersenyum lagi. Zarith hulurkan tangan pada Adam.
Adam sambut huluran itu. "Just call me, Adam, "
Zarith angguk sekilas. "Ni anak yang keberapa? "
"Anak pertama, and you? "Tanya Adam agak kekok. Tidak tahu membahasakan diri sebagai apa. Selalunya kalau kawan lelaki ni hentam pakai kau-aku je. Ni.. Lelaki yang kita tak kenal ber I-you sajalah.
"Oh.. Baru lagilah ni. I dah nak masuk tiga anak dah, "ujar Zarith sambil beriak bangga. Acah je kau Zarith. Rumah tangga dia dulu pun puas nak dibetulkan. Macam-macam perkara yang jadi.
"Aha baru je lagi.. "
"Suami Puan Anis? "Celah Doktor yang baru keluar dari wad bersalin. Adam kalut bangun. Dalam hati sudah tahan debar yang tak tertanggung. Adam meminta diri untuk beredar dulu pada Zarith. Zarith angguk mengiyakan.
"Macam mana isteri saya doktor? "Tanya Adam kalut. Dengan dahinya yang sudah berkerut.
"Alhamdulillah.. Isteri encik selamat melahirkan, "dengar sahaja itu, Adam seperti sudah mahu sujud syukur ketika itu. Rasa bahagia yang tak tertanggung.
"Boleh saya tengok isteri saya? "
"Kami akan pindahkan isteri encik ke wad biasa dulu. Kejap lagi bolehlah encik azankan anak encik, "Adam seperti rasa tidak sabar lagi mahu jumpa Anis.
Baru sahaja Adam mahu melangkah, Adam ditegur lagi. "Tahniah Adam. Ini kad I, "kad bisnes Zarith hulur pada Adam.
Kali ni, baru Adam mampu tersenyum. Adam angguk sebelum ucap selamat juga untuk Zarith kerana masih menunggu isterinya melahirkan. Sambil jalan, sempat juga Adam kerling kad bisnes Zarith.
Dr.Zarith Hakimi...
Adam senyum senget. Patutlah, nampak kemas je. Ceo juga rupanya. Tapi ada pangkat doktor. Adam angkat bahu tanda biarkan saja.
Selesai saja semua, Adam masuk ke wad yang menempatkan Anis. Anis yang tertidur pulas akibat keletihan Adam pandang. Nampak pucat sedikit wajah Anis. Perlahan-lahan Adam labuhkan punggung di atas kerusi di sebelah katil.
Adam capai tangan Anis. Disentuh lembut sebelum tangan itu dikucup lembut.
"Thanks, sayang.. "Adam tak tau nak cakap apa lagi melainkan ucap terima kasih untuk pengorbanan seorang isteri.
Adam bangun pula dan tundukkan sedikit badannya sebelum dahi suam Anis dikucup penuh syahdu. Adam rasa nak menangis melihat Anis sanggup berkorban lahirkan anaknya.
Anis yang terasa sejuk di dahinya mula buka mata. Adam angkat bibirnya yang melekat di dahi Anis sebaik sahaja Anis buka mata.
"How you feel, sayang? Getting better? "
Okey, sekarang Anis rasa teruja bila bangun je Adam dah ada si sisi. Satu lagi...
"Sakit sangat abang... Rasa macam dah tak nak bersalin lagi lepas ni, "ujar Anis jujur. Sakit bila kena jahit tadi. Anis nampak jarum macam mata kail di hadapan mata tadi sewaktu doktor tengah jahit.
Nauzubillah rasa dia.. Erghh..
"Abang ikut rezeki.. "
"Banyaklah abang punya rezeki. Bukan boleh kira sangat dengan abang bila datang mood gatal dia ni, "Adam jungkit senyum apabila sudah mula dapat tengok muka bahagia Anis.
Gelak tawa mereka terhenti sebaik sahaja Doktor masuk membawa anak mereka ke dalam.
"Encik Adam boleh azankan bayi dulu, "Adam angguk dan bangun mendapatkan anaknya. Rasa kekok pada awalnya mahu memegang namun Adam rasa semakin selesa.
Dibawa anaknya menghadap qiblat. Anis yang melihat tak boleh dari terus tahan senyum. Hilang rasa sakit bila dapat tengok anaknya sihat.
"Assalamualaikum puteri papa... "Ujar Adam sambil elus pipi gebu anaknya dengan jari. Eeee... Adam rasa nak gigit pipi tu. Adam shh, shh kembali anaknya apabila anaknya mula merengek kecil.
Adam terus azan di sebelah telinga kanan anaknya. Selesai itu, Adam bawa anak mereka kembali pada Anis.
"Jadi eh, nama yang kita pilih tu? "Tanya Anis seraya menyambut anaknya itu.
Adam angguk. "Ye jadi. Sharifah Damiaa... "
Anis terus pandang anaknya yang mula merengek kecil. "Sayang mama, damiaa... "Anis terus kucup pipi gebu Damiaa.
Anis selak sedikit bajunya untuk susukan Damiaa, bajunya ditarik bagi menutupi dadanya. Malu pula bila Adam asyik pandang macam ni.
"Dah ada anak pun nak malu lagi ke? "Usik Adam. Merah muka Anis menahan rasa malu. Macam disimbah cat merah ke mukanya.
"SAYANG... hari ni dah cukup empat puluh empat hari kan? "Soal Adam seperti ada sesuatu yang menanti di dalam otaknya.
Anis hanya mengiyakan. Ada apa pula Adam ni kali ini. Ada saja benda dia nak buat.
"Dah malam ni, yang... "Meleret-leret suara Adam ketika ini.
"Kenapa dengan malam? "Tanya Anis blur. Dia baru sahaja tidurkan Damiaa tadi, jangan Adam nak buat hal pula.
Adam bangun duduk sebelah Anis di atas katil. Adam menyeringai sengih. "Abang dah puasa lama ni... "
Anis telan liur kesat. Jangan cakap yang Adam...
Adam mula rapatkan badan pada Anis. Perlahan-lahan Adam dekatkan wajahnya pada Anis sebelum...
"Masya-Allah budak berdua ni. Tak menyempat kan? Kan mak dah cakap mak nak pantangkan Anis ni selama seratus hari, "terjah Puan Aisyah yang baru sahaja menolak pintu bilik mereka yang tak berkunci.
Puan Aisyah sudah mencekak pinggang. Adam tersengih.
"Tak boleh lagi ke mak? "Tanya Adam tanpa ada rasa malu. Anis pula sudah seperti udang Bakar yang menahan malu pada ibu sendiri.
"Tak de, tak de. Kalau macam ni, kamu tidur luar malam ni, Adam, "arahan Puan Aisyah buat Adam terbeliak mata. Alaaa..
Melihat riak wajah Adam yang kecewa buat Anis rasa nak je gelak besar. Okey, sabar dulu.
"Adam.. "
Adam terus bangun malas sebelum sempat lagi pipi Anis dikucup mesra dihadapan Puan Aisyah.
"Tengok, menyempat lagi dia. Itu yang mak suruh tidur luar tu, "bebel Puan Aisyah. Melihatkan Puan Aisyah yang belum keluar buat Adam pandang pelik.
"Mak tak keluar ke? "
"Tak. Bukan boleh percaya sangat kamu ni. Mak tidur sini malam ni, "lagi-lagilah Anis nak gelak. Hahahaha.. Anis sudah berdekah ketawa dalam hati.
Adam pula sudah alaaaaa dalam hati. Ingat nak masuk balik nanti tapi dah tak ada can dah. Hmm.. Sabar jelah Adam..
Yuhoooo...
One more chapter left..
So before cerita ni habis nak juga saya tengok vote dan komen bebanyak.. Boleh tak? Hmm.. 😍😭
Dah nak habis...
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...