Bab 36

7.5K 237 25
                                    

DAYANA mengekori langkah Anis ke ruang tamu. Sedikit-sedikit matanya meliar melihat susun atur rumah Adam. Kemas. Desis hatinya. Tak hairanlah dia masuk rumah CEO, itu yang cantik tu.

"Duduklah, "pelawa Anis. Kang tak pelawa duduk kata dia sombong pula. Padahal dalam hati Anis tuhan je yang tau. Rasa macam nak je dia cekik si Dayana ni.

Sekali tengok Dayana ni, memang cantik gila. Itu tak dinafikan. Dengan kemas bertudung. Anis yang perempuan ni pun sanggup memuji kecantikan yang dimiliki Dayana. Nasib badan.

"I ada benda nak cakap dengan You, "kata Dayana ketika Anis masih tercegat berdiri. Dengar itu, Anis terus berfikir jauh. Dia minta Anis tanda tangan borang poligami ke?

"Err.. I buat air dulu, "Anis cuba berdalih. Laju dia kalih badan mahu bergerak ke dapur. Kalau ikutkan hati, tak nak pun dia dengar apa yang Dayana mahu cakap. Namun langkah Anis terhenti tatkala Dayana menahan.

"No need Anis. I datang sini nak bincang dengan you, "tegah Dayana. Dayana nampak yang Anis benar mahu mengelak darinya.

"Tetamu datang tak eloklah kalau I tak buat air kan? It's okay, kejap je, "Dayana mengeluh perlahan. Susahnya si Anis ni. Patutlah Adam bengang sangat.

Tak lama kemudian, Anis membawa dulang berisi air beserta dengan cookies. Anis letak dulang di atas meja. Dengan perlahan, Anis tuang air ke dalam cawan dan disua kepada Dayana. Dayana hanya diam perhati gerak geri Anis.

Anis duduk di atas sofa bertentangan dengan Dayana. Keadaan sepi untuk sementara sebelum Dayana membuka mulut.

"Anis.. Actually apa yang you fikir... "

"You nak cakap soal you dengan Adam ke? "Potong Anis. Hati dia mula membengkak sekarang ni. Duhai hati.. Tolonglah jangan buat perangai.

Dayana mengeluh kecil.

"Ya. Tapi, please kali biar I cakap dulu? "

"Dayana kalau you dekat tempat I.. You rasa apa yang I rasa sekarang, "ujar Anis dengan rasa sebak yang mula bertandang di hati.

"Stop it, Anis. Biar I cakap dulu, kalau you berdegil macam ni, sampai bila pun masalah takkan selesai, "terdiam Anis dengan suara Dayana yang mula kasar. Gadis itu... Berani mahu memaharinya.

"I dengan Adam memang tak de apa hubungan pun, "

"You cuba nak perbodohkan I ke Dayana? "Anis tak sanggup jika dia diperbodohkan. Kalau cinta, cakap cinta. Anis boleh undur diri walaupun pada dasarnya mereka boleh bermadu, Anis langsung tak sanggup.

Dayana berdecit. Kalau boleh sekarang juga dia tampar Anis sebab asyik potong je apa dia nak cakap. Mujur wanita itu tengah mengandung.

"Kenapa you degil sangat? Dengarlah dulu apa yang I nak cakap, "dengan rasa tidak sabar, Dayana letak satu kad kahwin di hadapan Anis. Terbeliak mata Anis melihat nama yang tertera di luar.

Adam love Dayana...

Bergetar bibir Anis melihat itu. Tengok, mereka benar-benar bodohkan Anis. Anis pandang tepi mahu menyabarkan hatinya yang memang dah terkoyak rabak saat ini. Sampai hati Adam..

"I nak you buka kad tu dulu, "

Anis pandang muka Dayana dengan mata yang berkaca-kaca.

"Sudah jelas yang you akan kahwin dengan Adam. You masih nak I tengok kad kahwin you? Sampai betul hati you kan? "

"Tak nak tengok tak pe.. Biar I yang jelaskan. Memang I akan kahwin dengan Adam, tapi bukan Adam you, "ujaran Dayana disambut dengan buat-buat dari Anis.

"You cakap apa ni, Dayana? "

"I mean Adam I dan Adam you tak sama. I mean, rupa lain, kerja lain, bin lain dan of course orangnya pun lain, okay? "Lagi tak berkelip mata Anis memandang Dayana. Laju tangannya membelek kad yang dihulurkan oleh Dayana. Matanya masih tunak memandang Dayana sebelum memandang kad kahwin.

Perlahan-lahan Anis buka kad kahwin Dayana. Meniti di bibir mulutnya dengan apa yang dibacanya.

Dayana binti Dato' Ahmad dengan pasangannya Muhammad Adam bin Aminurdin.

Terlopong mulut Anis yang memandang. Betul ke, apa yang dia tengok? Anis masih rasa terkejut dengan apa yang dilihat. Like, seriously?

Dayana pandang muka Anis dengan manis tersenyum.

"Adam tu, pilihan keluarga I but I dah pun tengok dia macam mana. I terima dia sebab I yakin dengan keluarga I. Takkan diorang nak pilih orang bukan-bukan kan? "Di hujung ayat Dayana ketawa halus.

Anis tak tau nak cakap apa. Jadi, yang selama ni apa yang tengok dan ternampak mesej Dayana kepada Adam tu apa? Terdiam Anis.

"Adam dengan you selama ni... "

"I dengan Adam tak lebih dari kawan baik. I pun perempuan dan I faham perasaan you macam mana. Takkanlah I nak rampas your husband kan? Trust me, Anis.. "Kelu lidah Anis.

Dayana mencicip sedikit air yang dihidang Anis. Terjungkit senyuman Dayana melihat Anis yang masih terkelu dengan apa yang dia terang. Lepas ni, kalau Adam yang terang entah pengsan pun Dayana tidak tahu. Dayana sembunyi ketawa.

"Habis tu... "

"Selebihnya, biar Adam yang cerita okey? Okeylah Anis, I got to go. Ada kerja sikit, later kita jumpa lagi, "

Selesai pertemuan dengan Dayana, Anis terduduk diam di atas sofa. Kepalanya ligat berfikir. Kalau kawan biasa kenapa perlu bergayut dengan Dayana di telefon lama-lama? Macam orang yang tengah mabuk bercinta.

Tak lama kemudian, Anis dengar bunyi deruan kereta masuk ke perkarangan rumah. Aik? Takkan Adam dah balik. Bukan ke baru je pergi kerja?

Anis nampak Adam kelihatan terburu-buru ke tingkat atas tanpa perasan Anis di bawah. Berkerut dahi Anis yang melihat. Dah kenapa? Biar je lah.

Sebaik sahaja Adam turun, Anis tegur Adam.

"Kenapa awak balik? "Adam pandang belakangnya. Okey, tak de orang lain dekat sini dan memang Anis bercakap dengan dia.

Anis perasan tangan Adam juga sudah dibalut. Itulah tumbuk cermin lagi. Adam hanya angkat fail di tangan kepada Anis. Dan laju keluar dari rumah.
Anis agak Adam masih terasa hati dengan dia atau... Adam memang sibuk.

Anis mengeluh perlahan sebelum kembali merehatkan badan di sofa. Sejak kandungannya mencecah 7 bulan lebih ni, mudah sangat rasa penat. Nak tunduk pun dah susah sangat sekarang ni.

Anis fikir Adam balik nanti, dia mahu tahu selanjutnya. Baru sekarang, Anis mampu untuk dengar apa yang Adam cakap sebaik sahaja Dayana sudah jelaskan sedikit apa yang berlaku. Itu pun lebih kepada diri Dayana sendiri. Belum dari mulut Adam.

Cak? 😂😂

Jeng, jeng, jeng.... Titew tak buat Anis lari pun...

Btw, dah tengok trailer love's war? Sorry atas kekurangan.. Hehehe...

Teaser...

"Bukan ke awak tak percaya abang? "-Adam

"Dayana dah cerita separuh tadi, so saya nak dengar apa awak nak cakap pula, "-Anis

"Call me abang first, then I tell you all the secret, "-Adam

Love's War✔Where stories live. Discover now