ANIS tidak boleh tidur pada malam itu. Kakinya lenguh sangat. Bibir diketap rapat supaya tiada suara yang keluar. Anis tak nak ganggu tidur Adam. Nampak gayanya Adam tidur nyenyak. Penat mungkin.
Jari kaki Anis mainkan untuk hilangkan rasa lenguh yang bertandang. Anis pusing ke kiri membelakangi Adam. Entah kenapa lenguh yang dia rasakan sampai ke tulang. Sakit sangat. Anis rasa macam nak keluar air mata.
Mata Adam celikkan apabila terasa gerakan di sebelahnya. Dipandang Anis yang membelakanginya. Berkerut dahi Adam. Adam pegang bahu Anis kerana nampak bahu Anis bergetar perlahan.
"Sayang.. Kenapa ni? "Tanya Adam dalam suara serak basah.
Apabila tiada balasan dari Anis, Adam tarik bahu Anis ke sebelah. Terus berkerut dahi Adam apabila Anis tengah mengemam bibir menahan tangis. Pipi Anis juga lembap dengan air mata. Anis terasa hati dengan dia ke?
"Kaki Anis lenguh.. Sakit sangat, "adu Anis. Dah Adam tanya jawab je lah. Lagipun memang sakit sangat kaki dia ketika ini. Tak tau nak bagitau macam mana.
Adam menghela nafas lega. Ingat terasa hati dengan dia. Hailah, Anis.
"Kenapa tak cakap ke abang? Sini, Abang letak minyak panas, "Adam terus bangun duduk. Ditarik laci sebelah katil untuk mengambil minyak panas.
Anis pandang gelagat Adam. Rasa terharulah pula.
"Abangkan, kerja esok. Minyak tu, biar Anis yang sapukan, "tolak Anis apabila Adam menyelak gebar yang menutupi tubuhnya. Kasihan Adam. Pasti penat.
"No, sayang. Biar abang buat. Awak dah mengandungkan anak abang, takkan abang nak biar je awak sakit seorang diri, "Adam tetap menarik kaki Anis ke arahnya. Sejuk kaki Anis bila Adam sentuh betis Anis. Nampak pucat.
Ujaran Adam buat Anis rasa berbunga-bunga ketika itu. Tanpa menolak lagi, Anis membiarkan saja apa yang Adam buat. Terasa lembut tangan kekar Adam mula mengurut betisnya lembut. Rasa hilang sakit tadi.
"Tidurlah, biar abang urut, "suruh Adam lembut. Anis tak nak cakap banyak lagi, terus dibaringkan badannya ke atas katil. Dibiarkan Adam mengurut kakinya. Dengan panas minyak Anis mula rasa selesa.
Beberapa minit kemudian, Adam pandang Anis. Anis sudah dibuai mimpi ketika itu. Adam senyum senget. Sedap sangat ke dia urut? Sampai terlena dibuatnya. Dengan hati-hati, Adam menginjak sikit badannya ke sebelah Anis.
Adam pegang kepala Anis. Kemudian, jarinya mula turun bermain di kening Anis. Dielus lembut, sebelum melabuhkan ciuman di dahi Anis. Lama. Menyalurkan rasa sayangnya pada Anis.
Selepas merebahkan tubuhnya, Adam tarik Anis ke dalam pelukannya. Sempat juga dia mengusap lembut perut Anis. Mengingatkan itu, Adam tersenyum. Perlahan-lahan Adam turut pejam mata rapat.
"Good night sayang... "
"SAYANG, pakaikan abang tali leher, "pinta Adam sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Anis yang elok duduk di atas katil menjuih bibir.
Kenapalah.. Semakin hari semakin handsome si Adam seorang ni. Anis tak sanggup suaminya dipandang oleh orang lain. Tapi.. Nak buat macam mana redha jelah, dapat suami tip top begini.
"Apa muncung-muncung tu, sini pakaikan abang tali leher ni, "dengan malas Anis bergerak ke hadapan Adam. Dikerling Adam yang tengah senyum senget memandangnya.
"Tunduklah sikit. Ingat abang tu pendek ke? "Seloroh Anis buat Adam pecah ketawa. Ala.. Comelnya awak, sayang.
"Cakap jelah awak tu pendek sayang, "usik Adam nakal. Anis hanya buat tidak tahu dengan tangannya yang naik menyimpul tali leher Adam.
YOU ARE READING
Love's War✔
Romance❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminlah diri kau tu dulu baru fikir macam mana nak kawan dengan aku! "-Anis Humaira. Setiap kata-katanya...