Adam X Anis(1)

5.4K 186 14
                                    

Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Adam sekeluarga.. 😂😂especially from me.. Maafkan saya jika saya ada terkasar bahasa time berbalas komen ke apa kan.. Kosong eh..

Enjoy! Raya's Version

Credit to beautiful banner from itsatiff and Rosie_020 for your opinion and half idea in this story.. Thank you babe.. Much love from me..

BADAN Anis pusing ke tepi,dengan mata tertutup Anis raba tempat tidur Adam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BADAN Anis pusing ke tepi,dengan mata tertutup Anis raba tempat tidur Adam. Aik, kosong? Serta merta mata Anis terbuka luas. Sah! Adam tak de. Anis bangun duduk. Gebar ditarik ke tepi. Mata meliar di dalam bilik. Mana tau Adam dalam bilik ke apa kan?

Apabila yakin yang Adam tiada dalam bilik, mata Anis terus tertancap pada jam dinding.

4:30 pagi.

Dah 4:30 pagi, Anis masih belum tengok apa yang ada di dapur untuk bersahur. Rambut panjangnya terus disanggul. Rasa kemas sikit bila sanggul. Laju kaki Anis menapak keluar. Anis agak mungkin Adam dekat bilik yang dia dah jadikan pejabat. But kerja mungkin.

Turun sahaja ke bawah, hidung Anis sudah mula tangkap bau masakan. Sedap je bau! Adam masak ke?

Langkah sahaja kaki ke ruang dapur, Anis melorek senyum apabila tangan Adam lincah mencampak hasil bahan yang dipotong ke dalam kuali. Gaya macam chef dah Anis tengok. Dengan apron di badan sasa Adam buat Anis bertambah melting.

Anis hanya berpeluk tubuh di muka pintu dapur. Saja tak nak tegur. Untung dapat suami macam Adam. Hati Anis dah berbunga-bunga dengan situasi sekarang.

Adam pusing belakang untuk ambil udang yang telah dibasuh dan dikupas kulit tadi namun, tindakannya terhenti saat bertentang mata dengan Anis.

"Eh, sayang kenapa tak tidur dulu? "Apabila ditegur Adam begitu baru Anis tarik kerusi di meja makan untuk duduk.

"Macam mana nak tidur, pegang je tempat sebelah abang dah hilang. Kenapa tak kejut Anis? "

Adam senyum sambil badan mula dikalih semula ke hadapan kuali untuk mencampak udang pula. Nak buat nasi goreng je pun. Biar udang masak sekali dengan cili yang sudah dikisar dn ditumis tadi.

"Abang kesian sayang dah penat berjaga malam untuk anak kita. So, abang malas nak kejut awak tadi, "huhu... Anis terharu gila. Anis mula tongkat dagu sambil senyum lebar.

"Sweetnya suami saya ni. Tapi kan abang, ini semua memang tanggungjawab saya kan? Abang dah kerja pun mesti penat juga, "kesian juga tengok Adam semalaman buat kerja kemudian turun masak untuknya pula.

"Abang cuma nak ringankan tugas awak je lagipun awak tengah study jugakan? "Adam toleh belakang kemudian senyum pada Anis sebelum tangannya kembali menggaul nasi di dalam kuali.

Love's War✔Where stories live. Discover now