Bab 8

5.7K 259 2
                                    

          'I just need the love'

SELEPAS siap mengemas barang-barangnya di dalam bagasi,Anis terus membawa bagasinya keluar dari bilik.

Anis menapak ke dalam dapur. Kelihatan Puan Aisyah sibuk membasuh pinggan. Perlahan-lahan Anis menghampiri ibunya.

"Mak... "

"Semua dah selesai kat sini, ajaklah suami balik. "Ujar Puan Aisyah. Air matanya ditahan daripada gugur.

Anis menggeleng. "Mak.. Halau Anis ke? "Soal Anis dalam nada sedih. Sampai hati mak.

Puan Aisyah menggeleng. "Siapalah mak kan nak halau Anis.. Anis dah dapat apa yang Anis nak.. "

"Mak.. Mak kena faham Anis.. Anis tak minta semua ni jadi mak.. "Air mata Anis yang ditahan jatuh jua.

"Memang Anis tak minta. Mak malu Anis.. Mak hantar Anis mengaji al-quran, mak bagi Anis sekolah.. M–mak bagi Anis belajar agama.. Apa lagi yang mak tak buat dekat Anis hah? Mak dah cukup kecewa dengan Anis.. "Kata Puan Aisyah. Dia sangat kecewa dengan anaknya.

"Mak, mak tak salah.. Anis yang salah.. Mak buat semua untuk Anis.. "

"Dah Anis.. Pergi balik.. buat masa sekarang mak tak nak tengok muka Anis.. Selagi Anis tak ikut apa yang mak dah ajar Anis, jangan harap Anis boleh pijak kaki dekat rumah mak! "Puan Aisyah terus beredar dari dapur. Tak sanggup dia nak melihat anak yang dia jaga bagai menatang minyak yang penuh.

Semasa Puan Aisyah menapak ke anak tangga pertama, Dia terselisih dengan Adam yang baru turun dari tangga.

"Adam.. "Panggil Puan Aisyah.

"Ye mak? "

"Jaga Anis baik-baik. "Pesan Puan Aisyah tanpa mendengar balasan Adam.

Jaga Anis elok-elok

Adam senyum sinis. Macam mana nak jaga Anis dengan elok, kalau dia sendiri yang tak pandai jaga diri sendiri. Huh! Nonsense.

--------------------~T_T~-------------------

Di dalam kereta, Anis membuang pandang keluar. Rimbunan pokok dipandang sepi. Ya, dia mengaku semua ni salah dia.

Mak dia ajar dia semua cukup. Tiada yang kurang. Agama, jangan cakaplah Puan Aisyah memang mengajarnya dari kecil lagi untuk solat dan sebagainya. Benarkah, kalau dia berubah baru Puan Aisyah akan menerimanya semula?

"Masih tak sedar diri yang mak sendiri dah buang kau ke? "Soal Adam dengan cukup sinis.

Soalan Adam benar-benar mengguris perasaannya. "Awak jangan nak sibuk pasal sayalah! Sukalah awak kan semua orang dah buang saya? "

Adam senyum senget. "Untunglah aku tak payah terang dengan lebih jelas. Yeah! That's what i want! Aku nak kau menderita! Puas? "Kata Adam jujur. Dia tersenyum mengejek. Dulu sombong sangat, sekarang kan dah kena.

Apesal mudah sangat air mata kau jatuh depan Adam, Anis? Gumam Anis. Air matanya diseka. Dahlah, maknya sendiri sudah buang dia. Mana lagi dia nak pergi kalau Adam ceraikan dia.

"Dah kalah ke? "Soal Adam lagi apabila Anis hanya diam.

"Diam tak bermakna awak menang Adam! "Kata Anis.

Adam ketawa kuat sebelum memberhentikan kereta dengan mengejut di tepi jalan. Mujur saja Anis tidak sempat mencium dashboard hadapannya.

"Apa awak buat ni? Dah gila ke? "Marah Anis.

Adam memandang wajah Anis dengan pandangan yang mengerikan.

"Apa awak nak buat ni, Adam? "Anis mengundur sedikit badannya ke cermin kereta.

Adam senyum sinis sebelum memagut bibir Anis dengan kasar. Anis puas meronta untuk dilepaskan.

Selepas mengerjakan Anis, Adam tersenyum puas.

"See, kau dah kalah! Kau ingat kau siapa nak lawan aku? "Ujar Adam dengan megah.

Anis menyapu bibirnya dengan kasar. Seolah-olah dia jijik dengan diri sendiri.

"Saya tau saya salah, Adam tapi perlu ke awak buat saya macam ni?! "

Adam hanya buat tidak tahu dengan soalan yang dituju Anis. Buat apa Anis menangis, bukannya perempuan ada maruah lagi pun. Dengan lelaki lain boleh saja berpeluk sakan. Takkan dengan suami sendiri nak berkira. Dasar perempuan tak sedar diri.

------------------~>_<~----------------

Adam tidak membawanya pulang ke rumah ibu mertuanya tetapi rumah lain. Pada mulanya mulut Anis hampir ternganga melihat rumah sebesar itu. Dahlah, mereka tinggal berdua sahaja. Adam saja nak menderanya ke apa. Mahu patah tulang dia untuk mengemas.

"Seronok nak jadi mem besar? "Perli Adam.

Hilang terus Anis untuk memuji kecantikan rumah Adam. Apa masalah Mamat ni hah?

"Awak boleh tak kalau satu hari je tak cari gaduh dengan saya? "Kata Anis. Dia membuang pandang ke hadapan.

"Kau jangan ingat aku nak bagi kau goyang kaki duduk sini eh? Aku akan senaraikan semua kerja kau dekat sini. Faham? "Kata Adam sinis.

"Adam yang sekarang tak sama macam Adam yang dulu. Kau kena sedar diri kau tu siapa?! "

Anis mengangguk. Ya, dia dah mula sedar siapa diri dia. Dia macam ni pun sebab dia perlukan duit untuk sara hidup dia. Dia tak sanggup nak menyusahkan Puan Aisyah.

Tapi, dia sedar yang cara dia buat tu salah. Okey, baru dia sedar yang bila di hadapan Adam dia menjadi orang yang begitu lemah dan rendah diri.

"Asal kau diam? Kau tengah cari jalan ke macam mana nak goda aku untuk dapat duit? "Sinis lagi Adam berkata.

"Ops, jangan risau kalau kau nak duit boleh. Tapi, kau kenalah layan aku setiap malam. Aku boleh kasi bonus sekali. "

Kata-kata Adam membuatkan dirinya seperti seorang 'pelacur'. Anis hanya diam tidak membalas. Cukup hati dia dah semakin terseksa. Dia sedar kata-kata dia untuk Adam dulu amat menyakitkan. Tapi, time tu dia tengah rushing kot. Dengan nak pergi library lagi. Ya, dia sedar bukan hari tu sahaja dia marah Adam. Dia mengaku.

Adam senyum sinis bila Anis tetap diam. Sabar Adam, ada banyak lagi masa kau untuk seksa dia. Balas setiap apa yang Anis dah buat untuk kau. Terus kunci rumah dibuka. Adam hanya mengangkat begnya seorang.

Anis mencebik lalu terkial-kial mengangkat bagasinya. Apa yang kau bawa ni Anis. Gumamnya sendiri.

Setibanya di dalam rumah, Anis mengekori Adam naik ke atas.

"Kau buat apa ikut aku? "Soal Adam.

"Saya nak simpan beg dalam biliklah."jawab Anis selamba.

Adam mencekak pinggangnya sambil ketawa memandang Anis.

"Kau sedar tak siapa diri kau? "Tanya Adam.

Anis menggangguk. "Saya isteri atas kertas awak. "

"Bilik kau bukan kat sini mahupun tingkat ni. "

"Habis tu? "

Adam mengheret tangan Anis turun ke bawah. Kaki mereka berhenti betul-betul di hadapan bilik orang gaji.

"Apa awak buat dekat sini? "Tanya Anis.

"Nilah bilik kau. Memang sesuai dengan kau.Boleh kalau nak masuk bilik aku tapi kalau kau nak layan aku jelah. "Bagasi Anis dia naik ambil lalu menghumban beg Anis di hadapan pintu bilik.

Selepas Adam beredar terus Anis menekup mulutnya, menahan tangis.

Ya Allah! Aku sedar atas setiap yang berlaku ni bersebab. Aku tahu aku dah banyak berdosa, aku lalai Ya Allah dari beribadat kepada-mu. Ampunilah aku, Ya Allah....

Love's War✔Where stories live. Discover now