three

304 41 3
                                    

aku berpusing pusing di atas katil yena. rasa serba tak kena. kemudian keluhan kecil terlepas dari mulut aku. waduh penat.

"kau pahal ni? stres aku tengok kau macam ni tau" yena bercekak pinggang memandang aku.

alah guling guling je pun. takutla tu aku runtuhkan katil dia.

"donghan tak reply mesej aku la. aku send malam tadi, dah tengah hari ni pun dia tak reply lagi. baca pun tak lagi tau"

"yang kau kabut sangat ni kenapa? bukannya dia lari dari kau pun. kau jugak yang selalu kata dia tu selalu busy la apa la. ni kau yang dah jadi cacing kepanasan. cubala kau fikir positif sikit" dia ni kalau marah selalu macam mak mak tau. aku ingat mak aku takde ni dapatlah aku berehat daripada kena bebelan.

"biasanya busy takde pun macam ni. risau la"

"ele kecohla dia ni. kau risau sangat tu pergilah tengok kat rumah dia. kotkot dia tengah berehat tapi kau pulak yang mengacau dia"

terus aku tegakkan badan dengan sengihan di bibir. wajah yena aku pandang.

"bijakla kawan aku sorang ni. betul jugakkan. apa kata kau teman aku? jomla" aku menggoyang goyangkan tangannya.

"kau pergilah. malas aku nak pergi rumah anak bujang orang. kau girlfriend dia, takpela. lagipun tengah hari lagi. kalau malam baru aku temankan kau"

aku mencebik. memilih betul nak teman siang ke malam. suruh teman je pun. bukan suruh pecah masuk rumah.

"ni yang kau kecoh kecoh dia tak reply ni dah try call dia ke belum? kang bising je lebih, call tak cuba lagi"

ala ingat aku ni pandai bising je ke hah?

"dahla. tak berangkat pun"

"kalau kau nak tunggu, tunggula dia reply dulu. kalau kau dah tak sabar sangat tu pergilah"

dah nampak gaya yena bagi green light tu, aku terus bangun dan capai sling bag milik aku yang digantungkan di belakang pintu. aku pandang yena semula sebelum keluar.

"betul eh aku pergi ni? aku pergi tau?"

"aku cakap sekali je tau. jangan balik lewat sangat. mampos aku nak jawab apa dengan mak kau kalau kena bagi laporan nanti"

halah halah laporan apa pulak dah. ingat aku budak tadika lagi ke? ah lantaklah.

"aaa bereh bos!"

-

keluhan berat aku lepaskan kasar. skrin telefon yang gelap aku pandang semula, serius ni langsung takde mesej daripada donghan? wah wah ini anak ke mana perginya? aku pergi apartment dia, takde pun orangnya. kerja ke? rasanya macam tak.

aku hentuk hentukkan kepala pada stereng kereta. kalau appa bising stereng ni senget nanti, aku taknak bertanggungjawab. yang penting otak aku yang tak jadi senget.

"ala childish sangatla kau ni, dayeon. benda kecik macam ni pun kau nak bising kenapa? orang tu sibuk kerja kau nak kecoh kecoh tak reply mesej. dasar perempuan betul la" aku hentikan perbuatan aku tadi lalu kepala digeleng gelengkan. kalau orang luar nampak gaya aku ni, orang nak fikir aku gila pun aku dah tak peduli tau.

aku cuba ukirkan senyuman untuk buang segala rasa buruk sangka aku tu. okey inhale, exhale. tenang, dayeon. aku mematikan enjin kereta lalu aku keluar dari perut kereta. pintu awal awal aku dah kunci sebaik sahaja aku keluar dari kereta.

aku ni main parking je kat mana mana, dah sini je aku nampak jadi aku masuk je la. malas nak cari lain. tahu je la kepala aku serabut gila tadi.

oh abang cashier ; choseungyounWhere stories live. Discover now