five

251 41 7
                                    

"eh dayeon taknak sarapan sekali ke?"

langkah aku terhenti apabila ahjumma menegur aku. aku cuma tersengih, rasa bersalah nak tolak pelawaannya. sudahla aku ni menumpang. taknakla dianggap biadab pulak.

"sorry, ahjumma. er dayeon lambat dah ni. takpe, nanti dayeon makan bila sempat, okey?"

"noona takde selera eh?" tanya dongpyo dengan wajah sembabnya. kantoi baru bangun tidur budak ni lepastu terus makan. nampaknya yena macam tak endahkan aku sebab dia busy makan. lantak dia la.

"yela tu kot" sampuk yena tiba tiba sekaligus tolong jawabkan untuk aku walaupun aku tak mintak.

"kenapa? dayeon demam ke? tak sihat badan?" muka ahjumma dah nampak risau gila.

"eh takdela. yena tu pepandai je. dayeon ada hal kejap, lepastu dayeon terus ke kelas. dayeon pergi dulu ye? jumpa kau nanti, yena"

ahjumma hanya mengangguk walaupun riak wajahnya masih jelas risau dengan aku.

"bye noona. elok elok"

"hmm dongpyo tu jangan lambat pergi sekolah"

"okey!"

lalu aku keluar dari rumah yena. baru nak bukak pagar, yena panggil aku dari belakang. dia mendekati aku dengan sebungkus roti di tangan.

"nah, makanla time drive ke apa. kau boleh tipu omma, tapi aku tak boleh eh. tahula kau takde selera nak makan. dengan mata sembabnya. ingat aku tak tahu kau menangis malam tadi?"

eh?

dia nampak ke? aku ingat dia dah tidur sebab dah pukul 2 pagi. lagipun aku dah diam gila kot, macam mana dia tahu? obvious sangat ke mata aku ni? aduhai.

"lain kali nak menangis tu ajakla aku. ni menangis sorang sorang. mamat tak guna tu tak layak pun nak buat kau menangis. suka sangat pendam perasaan sendiri dia ni ish"

"mana ada aku menangisla. aku tidur lewat kot tu yang mata sembab"

"ala kau ingat aku bodoh sangat ke tak tahu beza sembab menangis dengan tidur lambat? ey dahla pergila mana kau nak pergi tu. mengacau aku makan betul" lalu dia berlalu masuk ke dalam rumah semula.

aku pandang roti yang yena bagi tadi. ala apa ni yena buat aku terharu pagi pagi ni? tak guna betul la dia ni.

"dahla dayeon, nak sendu pepagi ni pehal" lagipun aku bukannya jenis suka nak nangis depan orang. selagi boleh tahan, selagi tu aku tahan.

aku teruskan perjalanan ke kereta. sampai kat kereta, dahi aku berkerut sebaik sahaja aku ternampak ada kertas kat wiper. kertas tu aku ambik dan baca. tulisan siapa ni weh? buruk benor.

semekom lain kali parking kereta tu jangan ambik tempat orang boleh tak? lama aku perati ni ey haritu sekali bolela aku maafkan, ni dah dua kali. siap kau kalau aku jumpa depan mata!

amboi amboi nak marah marah orang pula dia ni. aku pandang kiri kanan, risau jugak kalau tiba tiba pemilik surat ni muncul. walaupun aku macam tak kisah, tapi risau jugak kalau betul pulak kang apa yang dia kata ni.

aku mencebik. ceh suka hati akula nak parking mana. bising je lebih. tulisan ni mujurla aku boleh faham. kalau tidak, biar nanti aku campak surat ni depan muka dia pulak.

dia tak tahu ke aku ni parking kat sini bila stres? dahla dengan semalam kes donghan tu, aku bantai je la parking sini. ingat aku ada masa lagi ke nak cari, nak fikir mana tempat strategik. lagipun kat sini bukan ada nama dia pun. konon tempat dia huh!

oh abang cashier ; choseungyounWhere stories live. Discover now