twenty two

296 41 58
                                    

pintu aku tolak perlahan seraya kaki melangkah masuk. senyuman aku hadiahkan kepada yohan. yohan.. aku dah ingat dah. mamat yang sibuk nak mengorat aku.

"awak datang lagi" katanya dengan senyuman.

aku sekadar mengangguk sebelum tersengih. lantas aku mengambil tempat di tepi tingkap. aku langsung tak ambik apa apa dulu, aku datang sini sebab nak jumpa seungyoun je ke macam mana?

tapi dia dah kahwin pun kan.. aku ni mengharap lagi ke kat dia?

"hyung, dia datang lagi" aku terdengar bisikan yohan yang dah tak macam bisik tu. terus aku pandang ke arahnya.

"hai, seungyoun"

-

"kenapa awak datang sini?" soalnya tanpa sebarang senyuman di wajah. chill la, aku yang kena aniaya, apahal dia pulak yang sedih lebih?

tapi sebab dia dah kahwin je aku fikir, so malas nak panjang cerita. boleh je kan kalau aku berkawan dengan dia? tak salah pun aku rasa.

"takde pun tulis kat situ yang saya tak boleh datang?"

"hurm—"

kenapa dia buat keadaan jadi awkward sangat ni alahai.

"ehem so how's your life lepas jadi suami orang? hmm entah entah dah jadi ayah orang dah ni"

dia pandang aku dengan riak yang sedikit terkejut. salah ke apa aku kata? dia dah kahwin kan? ke—

"oh sensitif sangat eh soalan saya tu? sorry. saya tak tanya pasal tu dah"

"ke awak pelik sebab saya still boleh cakap baik baik dengan awak lepas apa yang awak dah buat kat saya? hmm tak dinafikan yang memangla saya marah lagi sebab awak buat apa yang donghan buat kat saya- tapi awak dah kahwin. nak marah lama lama pun tak boleh jugak. haih dua tahun ni saya ingat saya kena tipu dengan donghan je, rupanya dua kali eh saya kena"

bila lihat reaksi dia macam tak selesa aku cakap macam tu, baru aku tersedar apa yang aku cakap.

"ah- sorry. terlepas kata pulak" aku tersengih kekok.

"dayeon..."

"huh?"

"saya tak kisah apa ingatan terakhir awak tentang saya, tapi.."

"tapi apa?"

"takde apalah" dia tersenyum tawar. saya rindu nak tengok senyuman awak yang betul betul, youn.

aku pandang seungyoun yang menundukkan kepalanya dengan pelik. ingatan terakhir aku tentang dia? bukan ingatan terakhir aku tentang dia yang dia kata dia nak kahwin je ke?

ke ada benda lain lagi yang aku tak ingat?

aku toleh kiri dan mata aku tertancap pada satu pasangan ni. aku kecilkan mata untuk pastikan apa yang aku pandang tu tak salah.

"youn, tu bukan isteri awak ke?" aku tunjukkan jari ke arah pasangan yang baru sahaja memasuki kedai barangan bayi.

seungyoun sekadar berikan pandangan kosong. dia ni tak faham ke yang isteri dia tu keluar dengan lelaki lain? tak sayang bini ke dia ni?

oh abang cashier ; choseungyounWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu