thirteen

243 38 10
                                    

from; seungyoun🌚

hey dayeon

dah seminggu awak tak jumpa saya ni kenapa?

saya ada buat salah ke?

aku mengeluh sebaik sahaja terbaca mesej yang dihantar seungyoun. mana taknya dia pelik dengan perubahan sikap aku, tiba tiba je mengelak nak jumpa. ni semua sebab dia la ni. siapa suruh goda aku banyak sangat.

tengok, aku dah tersuka dia walaupun aku tahu aku tak patut suka dia.

from; jungdaaayeon🌟

takdela, awak tak buat salah pun

cuma saya busy sikit ehe

from; seungyoun🌚

duduk rumah pun busy eh?

kan kena setepek. padan muka lo, dayeon.

from; jungdaaayeon🌟

haruslah busy ahak

from; seungyoun🌚

ke awak yang ada buat salah sampai nak larikan diri ni?

eh dia yang salah, kita pula yang disalahkan. takkan aku nak terus terang pulak salah dia sebab dah curi hati aku!

beberapa saat kemudian, skrin telefon aku menunjukkan ada call daripada seungyoun. kalau boleh aku taknak dengar suara dia—

nanti aku tersungkur jatuh cinta lagi dengan dia macam mana? nanti aku makin rindu pula lepas dengar suara dia...

orang dilamun cinta memang macam ni ek?

"nak jawab ke tak eh?"

aku hentakkan telefon pada kepala aku dengan perlahan macam tindakan aku tu membantu aku sangat untuk buat keputusan.

"argh jawab je la" lambat laun aku tekan butang hijau jugak hm.

"kenapa lambat sangat angkat?"

suara ni...

"ehem. saja"

"tak tahu ke saya rindu nak dengar suara awak ni?"

saya jauh lagi rindu suara awak, youn. kalau la awak tahu perasaan saya sekarang ni.

"tak cakap manala saya tahu"

"awak ada masalah ke?"

"takdela. mana ada"

"habistu kenapa taknak jumpa saya?"

"saya—"

"awak apa?"

"saya tak boleh jumpa awak"

"kenapa? parents awak tak bagi awak berkawan dengan cashier macam saya?"

dia terasa macam tu sekali ke dengan aku? tapi keluarga aku bukan jenis menilai macam tu.

"bukan, youn. jangan fikir macam tu. dorang okey je saya berkawan dengan awak"

"habistu?"

"sebab-"

"teruskan"









"sebab saya sukakan awak"

eh? kenapa aku cakap macam tu?

WEH KENAPA AKU CAKAP MACAM TU WEH?

"huh?"

"saya- saya sukakan awak, seungyoun"

oh abang cashier ; choseungyounWhere stories live. Discover now