nineteen

264 39 33
                                    

aku membuka sebelah mata aku, tetapi dipejam semula apabila terasa cahaya yang masuk ke dalam retina cukup terang sehingga menyilaukan mata aku. aku menutup mata dengan tangan. perlahan lahan, aku paksa juga mata aku untuk buka.

siling putih. banyak lampu. bau ubat.

"haih" terkeluar keluhan dari mulut aku. tengok siling pun aku dah tahu la kat mana. tempat yang aku anti. lain macam aku punya demam kalini, sampai pengsan. jarang jarang dibuat dayeon ya.

lantas aku mengubah posisi aku kepada duduk. mata melilau mencari telefon. nampak je telefon di atas meja sebelah katil, terus aku capai.

srttt

bunyi langsir diselak menarik perhatian aku. aku memandang gerangan siapa yang menyelak, ternyata wajah seungyoun memenuhi kornea mata aku.

"awak dah bangun" dia mengambil tempat di hujung katil selepas memastikan langsir sudah ditutup semula.

"kenapa bawak saya ke sini?"

"habistu awak nak saya bawak pergi mana kalau awak dah pengsan sebab demam? awak ingat saya nak biar je awak tidur kat situ macam tu?"

oh mayn yena ada kawan la gais. kaki bebel jugak ni.

"saya kata saya okey kan?"

"kenapa awak ni degil sangat hah dayeon? boleh tak jangan nak pentingkan diri sendiri? sebab awak sibuk pentingkan diri sendiri la awak tak hiraukan pun perasaan orang lain macam mana bila awak jatuh sakit. penatla saya dengan awak kalau perangai awak macam ni"

aku—

apa benda yang aku dah buat lagi ni?

aku ingat dia dah maafkan aku...

ni apa masalah aku tetiba nak emo lelebih ni? biasanya aku okey je tapi kenapa sampai seungyoun yang kata aku punya terasa tu menusuk semacam? tak pasal pasal aku dicop gedik pula sebab kena herdik sikit dah nak menangis.

"s- sorry" kepala aku menunduk ke bawah. jari sibuk bermain sesama sendiri.

"awak memang suka eh menyusahkan orang?"

yang dia nak marah aku lelebih sebab aku taknak pergi hospital je ni kenapa?

"saya dah mintak maaf kan?! yang awak nak marah lebih lebih kenapa?! saya yang sakit! biarlah saya nak selfish pun! diri saya!" aku pandang wajah seungyoun tajam. dada turun naik menahan marah.

nampak sangatlah emosi aku ni tak berapa nak stabil. tadi nak menangis, lepastu terus marah pulak.

"baliklah. saya boleh je duduk sini sorang sorang. lagipun saya malas dah nak bergaduh dengan awak" aku masuk ke dalam selimut dan selubungkan diri aku.

dalam diam aku merungut juga. entah dia dah bagitahu mak ayah aku ke belum tu tah. lepastu nak marah lebih lebih, padahal aku yang sakit. patutnya dia pujukla. ni tidak, buat tambah sakit aku je.

ikutkan tadi nak tiru macam dalam drama, dah fedup sangat tu nak cabut jarum dari tangan. tapi bila fikir aku ni penakut, tak jadila nak tiru aksi macam tu. lagipun aku sayang tangan aku.

aku sakit apa ni sampai kena masuk air bagai haih. kalau sakit rindu aku percayala jugak.

eh?

oh abang cashier ; choseungyounWhere stories live. Discover now