BAB 01

5.9K 93 7
                                    

DIA tidak melawan, biarpun sejak tadi emaknya dirasuk kemarahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA tidak melawan, biarpun sejak tadi emaknya dirasuk kemarahan. Emak memukulnya tanpa henti. Emak sedang melampiaskan rasa kecewanya. Emak tidak dapat menerima berita yang baru disampaikan padanya.

"Kenapa Hadrian buat macam ni? Mak tak didik Hadrian jadi macam ni!"

Tunduk kepalanya. Dia juga tak tahu kenapa keadaan boleh jadi tak terkawal begini. Segalanya telah di luar kawalannya. Ketika ini, dia tidak menemui jalan penyelesaian pada masalah yang ditiimbulkannya bersama Inara.

"Mak malu sangat, Hadrian. Sampai hati Hadrian buat mak macam ni." Emak bersuara lagi melepaskan rasa kecewa. Tangan emak juga tak berhenti memukul. Emak lupa tentang luka yang belum sembuh pada bahagian kepala dan juga bahagian tubuh Hadrian yang lain.

"Kalau mak tahu kamu nak malukan mak, mak bunuh kamu dari kecil dulu. Mak takkan benarkan kamu hidup!"

Ayat emak terlebih dahulu telah membunuhnya. Dia susah mahu bernafas. Pandangan matanya semakin berbalam.

"Mak tak boleh terima Hadrian malukan mak dengan cara macam ni. Hadrian dah ikut jejak ayah Hadrian!"

Bergetar bahunya mendengar ayat emak. Dia marah ketika ayah menduakan emak lagi. Dia marah ayah mendia-siakan peluang yang emak beri. Ayah tidur dengan wanita lain. Dia lebih marah apabila wanita itu mengandung lalu ayah memilih meninggalkan emak. Sekarang dia telah dicampak ke dalam kandang kesalahan yang sama dengan ayah.

"Mak salah apa, Hadrian? Cara mak didik Hadrian salah dekat mana? Sampai Hadrian balas kesalahan mak dengan cara terkutuk?"

Demi Allah, tidak pernah terlintas di kepalanya mahu memalukan emak. Dia hanya mahu membahagiakan emak. Apa yang berlaku sekarang, pasti ada penjelasan yang rasional. Pasti ada terang disebalik semua kegelapan ini.

"Hadrian bukan saja dah malukan mak, tapi Hadrian malukan kawan mak sekali. Hadrian tak sepatutnya rosakkan Inara. Kenapa Hadrian heret Inara sekali?"

Terbayang di ruang kepalanya senyuman polos Inara. Suara lembut Inara seperti menampar-nampar telinganya.

"Kalau Hadrian suka Inara, kenapa tak cakap dengan mak? Mak pasti melamar Inara untuk Hadrian. Kenapa kamu berdua mesti terlanjur?" Bertalu-talu soalan emak. Satu pun tidak mampu dia jawab. Dia menerima segala pertuduhan yang dijatuhkan padanya. Itu jalan penyelesaian jangka pendek yang masuk dalam kepalanya.

Dia telah melakukan kerosakan.Telah wujud nyawa di dalam rahim Inara. Nyawa kecil yang memerlukan pembelaan seorang ayah. Mungkin fikiran seperti ini yang ada dalam kepala ayah sewaktu membuat keputusan untuk meninggalkan emak untuk kali kedua.

"Mak," panggilnya. Namun jawapan balas emak adalah memukul lengannya semula. Emak juga memukul dada Hadrian. Akhirnya, emak terjelepuk dalam rangkulan kemas Hadrian. Tubuh emak lemah.

"Mak malu, Hadrian..." bisik emak sambil mengesat-ngesat matanya dengan hujung baju. Kesedihan emak jelas nampak di matanya. Hadrian yang mencetuskan kesedihan emak.

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now