Special : Inara, Iman Dan Mama

2.4K 35 1
                                    

"Iman marah kakak, kan?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Iman marah kakak, kan?"

"Tak," jawab Iman tanpa memandang Inara. Langkahnya dihayun cukup laju.

"Kakak bukan tak nak kasi Iman pinjam kerja sekolah kakak, tapi kakak nak Iman buat sendiri kerja sekolah tu. Kalau Iman meniru, nanti Iman tak faham."

Langkah Iman terhenti serta-merta. Nafasnya melaju. Dia berpaling pada Inara dan jari telunjuknya terus menunjal dada Inara.

"Saya tahu saya bodoh. Kakak tak payah nak cakap berlapik-lapik dengan saya."

"Kakak tak cakap pun Iman bodoh."

"Sudahlah, kak. Kakak tak payah nak berlakon. Saya tahu, kakak memang sengaja nak saya kena denda dengan cikgu. Biar semua tahu, saya bodoh dan kakak cerdik. Saya pemalas dan kakak rajin!"

Iman melangkah setelah melampiaskan kemarahannya. Apabila Inara berterusan memanggil namanya, tidak semena-mena dia berlari. Dia tidak mahu Inara mengejar langkahnya dan kemudian mereka berdebat lagi. Dia penat bergaduh dengan Inara. Dia lelah untuk bermasam muka dengan kakak kembarnya sendiri.

"Inara!"

Suara mama menghentikan larian Iman. Dia melihat mama berlari ke arahnya. Oh salah, mama sebenarnya berlari ke arah Inara.

Dia melihat mama membantu membangunkan Inara. Kemudian memujuk Inara. Mungkin Inara jatuh. Sekarang mama menolong Inara berjalan. Mama dan Inara menghampirinya.

"Iman buat apa ni?!"

Suara mama lebih tinggi berbanding ketika mama melaung memanggil nama Inara tadi. Serta-merta tubir matanya panas. Mama selalu begini. Mama selalu berpihak pada Inara. Kenapa mana melahirkan kembar kalau mama hanya suka pada Inara?

"Iman buat apa lagi sampai Inara jatuh?"

"Iman tak buat apa-apa. Iman tak salah. Dia yang jatuh sendiri." Jari telunjuk Iman tepat terarah pada Inara. Dan jari tangan mama tepat mendarat pada pipinya.

Sepi. Keperitan pada pipinya cukup meraja. Dia memandang Inara penuh benci. Dia memandang mama penuh kecewa. Setitis air matanya jatuh.

"Saya benci kakak. Saya benci mama."

Nota Bonda PK:
Banyak kan bersabar, ya. Menyayangimu insya-Allah selepas PKP dia muncul 😊


MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now