Saya Minta Maaf

1.6K 16 1
                                    

"Dia dah  ada isteri, Iman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dia dah  ada isteri, Iman. Isteri  dia adik awak. Jangan buat hal tak elok yang boleh mengeruhkan hubungan keluarga awak.”

“Saya tahu. Awak tak perlu nak mengingatkan saya sepanjang masa.”

“Saya perlu sebab saya ni suami awak. Dan satu lagi, Taufik takkan menggatal kalau dia tak nampak peluang. Awak patut berhenti beri dia peluang. Selagi awak tak berhenti, dia pun takkan berhenti muncul depan rumah kita.”

Sebaik sahaja mereka  berada di dalam rumah, Iman  terus  merungkai  pelukan  kemas  Hadrian  pada bahunya. Dia benci dengan apa yang baru saja dia dengar.

“Apa maksud awak ni? Saya tak pernah beri dia peluang.”

"Jadi kenapa dia bersungguh-sungguh mengejar awak? Kenapa dia tak pandai nak berhenti?”

“Saya tak tahu. Kenapa awak tak tanya saja dia tadi?”

Iman pusingkan tubuh dan meneruskan langkah. Cukuplah dia bertelagah. Kalau diteruskan, panas rumah tangga yang baru dibinanya nanti.

“Jangan layan Taufik. Nanti timbul skandal. Saya tak  boleh  berterusan  menolong  awak  menutup  skandal tu.”

Ketegasan  Hadrian  sampai  ke  jiwanya.  Cuma  Iman terlalu degil. Degilnya datang setelah Hadrian berterusan menempelaknya.

"Saya tak pernah nak timbulkan skandal. Saya tak tahu dia akan ke sini dan  please, jangan fikir saya yang beri alamat rumah kita pada Taufik. Saya tak seteruk tu.” Langkah kakinya bukan main laju meninggalkan Hadrian setelah kemarahannya dilepaskan pada lelaki itu.

Hadrian pula tidak mengambil masa lama untuk kembali beriringan dengan Iman. Lengan Iman ditangkap. Tubuh Iman ditarik supaya berdepan dengannya.

Di mana-mana Iman melihat sorotan mata helang Hadrian. Tidak hairan kenapa Inara boleh sesat dalam sorotan mata helang tersebut. Semua ini terlalu menyesakkan. Terlalu menjeruk rasa.

Satu ciuman singgah pada bibirnya. Terlalu sekejap, namun masih mampu membuat jantungnya berantakan pada irama yang entah apa-apa. Pandangan matanya bertemu dengan sorotan mata Hadrian.

“Saya minta maaf.” - Hadrian

Nota BONDA PK:
Untuk menempah, wasap admin
010 449 7835

𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+ ============="Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+
=============
"Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan. Saya lain."

"Lain yang macam mana? Bukan semua perempuan sama ke? Ada sepasang mata. Sepasang tangan. Sepasang gunung-ganang. Sepasang kaki."

"Tuan ni kenapa? Saya maksudkan lain. Bukan yang sepasang-sepasang!" Menggigil-gigil sepuluh jarinya menahan rasa geram yang bergolak-golak di dalam hatinya.

"Saya tengah bercakap tentang  maruah. Saya ada maruah. Saya tak murah," sambungnya lagi. Lebih berapi-api.

"Saya tahu awak ada maruah. Saya tak pernah rasa awak murah. Kalau awak murah Hazel, dah lama saya bawa awak ke bilik tidur saya. Kita ukur tubuh badan masing-masing."

Hampir meletup kepala Hazel mendengar celoteh Tuan Ahadiat. Naik tegak seluruh bulu romanya.

"Let me guess... 36-24-36. Itu saiz badan awak sekarang."

"Apa tuan merepek ni?! "

𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯:
"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?"
"Ini deal sementara saja, kan?"
"Tak. Ini deal seumur hidup."

Demi mendapatkan semula kekasih hatinya, tak mengapalah Hazel terjun dalam komplot jahat. Demi Raja Adib, tak mengapalah dia bersekongkol dengan Tuan Ahadiat.

"Tuan, pegang tangan saya!"
"Tuan, peluk saya cepat!"
"Tuan, cium pipi..."

"Hazel, pegang tangan, peluk dan cium pipi awak tak pernah masuk dalam komplot kita berdua. Jangan buat hal dengan saya!"

Demi Raja Adib, Hazel langgar semua protokol komplotnya bersama Tuan Ahadiat. Natijahnya, ada yang salah faham. Keluarga Tuan Ahadiat datang bersama cincin lamaran.

"Tuan, sekarang macam mana? Takkan kita nak berkahwin?"

"Saya tak tahu. Saya minta awak jangan terima lamaran keluarga saya. Tapi awak terima juga. Kenapa?"

Ya, kenapa dia tak menolak? Yang Hazel dambakan Raja Adib, bukannya Tuan Ahadiat. Sampai sakit-sakit kepala Hazel memikirkan hal tersebut. Tahu-tahu sahaja dia telah menjadi milik Tuan Ahadiat.

Lebih parah, Tuan Ahadiat itu hatinya telah lama dimiliki wanita lain. Dan wanita lain itu, sah-sahlah bukan Hazel. Hazel pun tahu cemburu juga.

"So, why has Little Red trespassed upon the property of the big, bad wolf?" Tuan Ahadiat sengaja meleretkan sebutan big-bad-wolf. Kemudian, tudung bawal warna merah yang berada di atas kepala Hazel dibetul-betulkan. Detik itu juga, tekak Hazel mengering ketika dia cuba memberi sepenuh perhatian pada Tuan Ahadiat.

"Saya nak tahu kenapa tuan sanggup jumpa Raihana di belakang saya?"

"Sebab saya dan Raihana, ada urusan jiwa yang belum selesai." Bahunya ditepuk-tepuk lembut oleh Tuan Ahadiat sebelum ditolak, juga dengan cara sangat lembut.

"Now go, sebelum saya tanggalkan baju awak satu-persatu."

Komplot Hazel melebur. Tetapi macam mana kalau... kalau sebenarnya ada komplot yang lebih besar sedang berlangsung? Komplot yang dirahsiakan! Komplot yang menakutkan!

"Saya jahat." - Hazel

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now