BAB 07

1.8K 31 1
                                    

HADRIAN memasuki ruang tamu rumah keluarganya

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

HADRIAN memasuki ruang tamu rumah keluarganya. Dekorasi ruang tamu tersebut tidak banyak yang berubah. Masih sama seperti ketika kali terakhir dia berada di sini. Bukan sahaja dekorasi, kehangatan kasih sayang emak juga masih terasa. Ini perasaan yang dia rindukan separuh mati selama dia menetap di Kota Singapura. Dia jadi anak buangan selama lima tahun ini.

"And there's the golden boy, the little mommy's boy."

Suara lantang dan diringi tepukan kuat membuang semua yang indah-indah dari fikiran Hadrian. Dia mengangkat muka. Dia melihat Sharif sedang menuruni anak tangga satu-persatu. Mata Sharif tak lepas memandangnya. Sehingga ke anak tangga terakhir, barulah Sharif berhenti bertepuk tangan.

Dia tahu Sharif marah. Biar berjuta ungkapan maaf diutuskan pada lelaki itu, marah Sharif tak pernah surut. Lelaki yang pernah rapat dengannya suatu ketika dulu, telah menganggapnya seperti musuh.

"Kau buat apa ke sini? Kau nak malukan keluarga lagi?"

Dia diam. Kalau dia membalas ayat-ayat provokatif Sharif, keadaan hanya akan semakin memburuk.

"Kau fikir tempoh lima tahun cukup untuk buat aku dengan orang taman lupa dosa yang kau buat? Malu yang kau palitkan pada aku dengan mak?"

Dia masih membisu. Dia menunggu sahaja Sharif datang dekat padanya. Dia telah bersedia untuk bersemuka dengan Sharif.

"Let me tell you something, little mommy's boy. You're not welcome here. Kau dah tak diperlukan. Kau dah aku anggap orang luar."

"Mak minta aku datang." Hadrian melontarkan ayat bela dirinya.

"Jadi kau tak pandai nak menolak?"

"Aku tak nak hampakan mak. Mak harap sangat aku balik. Mak nak jumpa aku dan aku pun rindukan mak."

Sharif ketawa. Bergema ruang tamu itu dengan suara tawa Sharif. Setelah itu dia kembali melangkah. Sewaktu berpapasan dengan Hadrian, Sharif berhenti melangkah. Bibirnya didekatkan pada telinga Hadrian.

"Jangan gunakan mak sebagai alasan untuk kau jejak kaki semula ke dalam rumah ni. Kau tak pernah aku maafkan. Dalam mimpi pun aku tak pernah maafkan kau, inikan pula dalam realiti. Macam aku cakap tadi, kau orang luar sekarang. Aku dah tak anggap kau sebahagian dari keluarga ni. Kau dah conteng arang pada muka mak. Pada muka aku."

"Ini rumah mak."

Sinis senyuman Sharif.

"Aku tahu ini rumah mak. Tapi kau bukan anak kandung mak. Kau tu cuma anak tiri. Anak haram ayah dengan perempuan simpanan dia. Kau tak layak nak claim rumah ni."

Sharif sudah salam faham kata-katanya. Tidak pernah terlintas difikirannya mahukan rumah emak menjadi hartanya. Dia cuma mahukan kasih sayang emak dan kasih sayang Sharif sendiri sebagai abangnya.

"Jangan risau, aku bukan nak ambil harta mak. Aku pun bukan nak tinggal di sini. Akucuma nak jumpa mak."

"Kau ingat aku nak percaya semua cakap dusta kau?"

MENYAYANGIMU Där berättelser lever. Upptäck nu