BAB 04

2.2K 61 24
                                    

KETUKAN pada pintu biliknya bertalu-talu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KETUKAN pada pintu biliknya bertalu-talu. Iman yang baru keluar dari bilik air sempat termangu. Lebih kuat ketukan tersebut, lebih tenang langkah kaki Iman. Selalunya, yang mengetuk pintu biliknya seperti orang kerasukan bukan mama. Perangai suka mengetuk begini biasanya Ilya.

Pintu bilik dibuka seluasnya. Tekaannya betul. Ilya yang berdiri di depan pintu biliknya.

"Ilya ketuk dari tadi. Kakak tak buka pintu. Kenapa? Kakak bergayut cinta dengan abang Taufik?"

Geli Iman mendengar pertanyaan Ilya.

"Kakak mandi. Kakak tak ada masa nak bergayut dengan lelaki yang tak pandai nak menghargai kakak."

Ilya mati ayat. Kumat-kamit mulutnya, namun tidak ada suara yang keluar.

"Ada apa ni?" Akhirnya Iman yang melontarkan pertanyaan.

"Mama menangis tadi. Kakak cakap apa sampai mama menangis?"

Iman yakin, bukan hal mama menangis yang mahu Ilya sebutkan, tetapi hal lain. Hal cintanya bersama Taufik.

"Kakak cuma cakap hal yang betul. Dan mama menangis bukan sebab apa kakak cakap pada dia, tapi sebab mama rindukan Inara."

Ilya mati ayat lagi. Sepi lagi yang mencuri waktu.

"Ilya nak cakap apa lagi?" desak Iman. Sabarnya menipis. Walaupun dia sudah tahu apa yang mahu Ilya katakan, namun dia mahu Ilya menyebutnya sendiri.

"Kalau tak ada apa, bilik Ilya hujung sekali. Ini bilik kakak."

Dia mahu menutup semula pintu biliknya, namun Ilya lekas menghalang. Raut muka Ilya sekarang seperti mahu menangis.

"Ilya ada hal lagi nak cakap dengan kakak. Penting. Sangat penting." Ilya nampak teragak-agak. Matanya sekejap memandang Iman, sekejap memandang sepuluh jarinya.

"Cakaplah."

Ilya meramas sepuluh jarinya. Ilya mematah-matahkan jarinya. Ilya juga tunduk memandang lantai. Sayang sekali, hal yang mahu dicakapkan belum juga meniti keluar dari bibirnya.

"Kakak ada kerja lain nak buat, Ilya."

"Apa maksud ayat kakak bila kakak kata abang Taufik tak menghargai kakak? Abang Taufik buat apa?"Ilya akhirnya bersuara.

"Kenapa Ilya tanya?"

"Ilya saja nak tahu. Abang Taufik ada cakap apa-apa ke pada kakak?" Ilya memancing jawapannya dan Iman tidak suka dipancing.

"Cakap apa? Dia perlu cakap sesuatu ke dengan kakak?"

Iman melihat sorotan terkejut Ilya.

"Abang Taufik tak cakap apa-apa pada kakak?"

Ilya masih enggan berterus-terang. Berpusing-pusing ayat Ilya demi mencari serangka jawapan. Dan Iman memilih mengeruhkan lagi kekalutan Ilya. Iman menggelengkan kepalanya.

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now