BAB 02

3.3K 94 9
                                    

IMAN melirik jam tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IMAN melirik jam tangannya. Sudah tiga kali dia melirik jam tangannya, namun bayang Taufik tidak juga kelihatan. Taufik selalu begini. Lelaki itu selalu lambat. Penjelasan lelaki itu cuma ada dua. Satu sebab tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Satu lagi sebab dipanggil menyertai mesyuarat pada saat-saat akhir.

Apa yang aneh, Iman selalu menerima penjelasan Taufik tanpa banyak soal, biarpun dia tahu semua itu sekadar alasan lelaki itu. Dia tahu Taufik tidak jujur. Cuma dia tidak tahu kenapa dia membenarkan Taufik terus bermain dengan pembohongan.

Cincin tanda milik Taufik yang menemani jari manisnya disentuh. Tinggal lagi empat bulan sebelum majlis nikah mereka berlangsung. Semakin dekat hari besar mereka, semakin bergelora emosinya. Dia sudah memilih Taufik, tetapi tak tahu kenapa keraguan itu masih wujud. Mungkin kerana dia pernah melakukan dosa.

Ada dua dosa silam yang Iman kesalkan. Dosa yang tak boleh dibawa berbincang dan dimaafkan lagi. Dosa yang tanpa penat mengejarnya setiap waktu. Jadi tidak hairan kenapa hatinya jauh dari perkataan bahagia. Dia hidup dalam keraguan dan penuh kesalan.

Dia membuka aplikasi Whatsapp. Dia mahu berkongsi gelisahnya pada Inara. Namun hasrat tersebut tidak mampu direalisasikan. Dia telah membina tembok besar. Tembok besar itu jadi pemisah antara dirinya dengan Inara. Biarpun sejuta kali dia mencuba untuk merobohkan tembok tersebut, dia masih juga kecundang. Inara telah menutup semua ruang kemaafan.

"Awak dapat semuanya, Inara. Awak pandai. Awak jadi anak emas sekolah. Awak jadi anak kesayangan mama. Abang Sharif pun suka awak."

"What?"

"Don't what me, Inara. Apa awak nak, semua awak dapat. Semua orang jaga awak. Saya ni pula, cuma watak tempelan. Watak pengacau yang tak penting!" jeritnya sekuat hati.

"Awak dah salah faham, Iman."

Dia sudah lelah disogokkan dengan ayat 'dia salah faham'. Dia sudah muak mendengar ayat tersebut. Ayat itu sudah basi, sudah membusuk dalam hatinya. Dia bukan bodoh sangat sampai tidak dapat meneka mama lebihkan siapa. Semua orang pun nampak, antara dia dan Inara, mama lebih condong ke arah Inara.

"Saya tak pernah salah faham. Awak dengan mama yang tak pernah nak faham keadaan saya macam mana! Awak dengan mama tak pernah nak ambil tahu hal saya!" tempik Iman kuat. Kalau mama dengar, lebih bagus. Kalau mama mahu marah besar, dia sudah tidak kisah. Dia sudah biasa dimarah. Dia sudah biasa direndahkan oleh mama. Bagi mama, kalau dia tidak wujud pun tidak mengapa. Sayang dan cinta mama tumpah untuk Inara sahaja.

"Kakak tak faham bahagian yang mana? Sebab setahu kakak, mama sayang kita semua. Mama tak pernah lebihkan siapa-siapa."

"Sayang? Mama tak pernah lebihkan siapa-siapa? Awak buta atau buat-buat buta, Inara?"

Inara diam. Namun dia tahu, Inara sedang mengawal emosinya supaya tidak runtuh. "Awak tahu tak, saya ni dah penat jadi bayang-bayang awak. Saya dah penat jadi anak tiri dalam keluarga ni. Mentang-mentanglah saya ni bodoh, tak cerdik macam awak, semua orang layan saya ni macam kain buruk."

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now