BAB 03

2.4K 68 11
                                    

IMAN mematikan enjin keretanya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

IMAN mematikan enjin keretanya. Dia masih bernafas dengan baik, walaupun tiga jam yang lalu, cincin tanda milik Taufik tidak lagi menemaninya. Iman membayangkan, harinya pasti huru-hara. Dia akan meraung. Dia akan menangis semahunya dan dia akan bergaduh dengan Ilya. Rupa-rupanya dia salah memberi gambaran. Dia tidak melakukan semua kerosakan tersebut. Kawalan emosinya cukup sempurna.

Pintu keretanya ditutup. Kemudian pintu jeriji rumah dibuka, sebelum tangannya menarik pula pemegang pintu kayu jati rumahnya. Awal-awal lagi matanya telah menemui Ilya di ruang tamu. Ilya sama sahaja seperti Taufik. Ilya juga tidak berani membalas pandangan matanya. Mereka berdua memang sejiwa.

Iman menyimpan kasutnya. Dia melihat ada tiga ruang kosong. Itu ruang kasut Inara. Kalau kosong, bermakna Inara belum balik. Inara memang selalu begitu. Inara jarang pulang ke rumah. Mama yang terkenal sangat tegas, tidak pernah menegur Inara. Sebab itu Iman kata, Inara itu anak emas mama.

"Lambat Iman balik." Suara mama menyapanya. Mama telah datang dan sekarang berdiri di depan pintu.

"Tadi Taufik jumpa Iman. Kami berbincang hal 'penting'." Sengaja Iman menekankan perkataan 'penting'. Kemudian matanya mencari Ilya. Dia mahu melihat reaksi Ilya, dan Ilya masih sama seperti tadi. Masih tidak berani berlawan pandang dengannya. Orang kalau sudah melakukan kesalahan memang begitu. Mana berani berlawan pandang dengan mangsanya secara terang-terangan.

"Jangan kerap sangat jumpa Taufik. Memanglah kamu berdua dah bertunang dan nak berkahwin tak lama lagi, tapi kamu berdua belum halal. Nanti jadi buah mulut orang. Bertunang tu bukan tiket untuk Iman dengan Taufik berdua-duaan."

Mama tidak perlu risau. Selepas ini, Iman takkan keluar menemui Taufik lagi. Taufik sudah berubah hati. Taufik telah membuangnya.

"Selagi Taufik belum jadi suami Iman, Iman mesti jaga diri baik-baik. Bukan lama, empat bulan saja lagi. Kalau dah kahwin nanti, Iman dengan Taufik nak berdating siang dan malam pun mama tak kisah. Mama lagi suka."

Senyuman Iman melebar. Mama sudah bijak menunjukkan sisi mengambil beratnya. Dahulu, mama mana pernah memberinya muka.Iman sekadar menerima layanan anak tiri.

"Kami jumpa sekejap saja, mama. Kami berbincang pun hanya hal perkahwinan kami nanti. Kalau bukan hal penting, Iman lebih rela berkurung dalam rumah. Mama pun tahu Taufik sibuk beberapa bulan ni. Kami dah jarang berjumpa." Dia sengaja memilih ayat yang boleh menenangkan perasaan mama. Tidak mengapalah dia berbohong. Tugas memberitahu kebenaran pada mama nanti terletak pada bahu Taufik dan Ilya. Dia takkan masuk campur.

"Lain kali kalau Iman nak keluar jumpa Taufik, bawa Ilya sekali. Biar Ilya temankan Iman. Bertiga lebih elok daripada berdua."

Cadangan mama sangat lucu. Kalaulah mama tahu hal sebenar, pasti teruk mama kerjakan Ilya. Ilya bukan sahaja menemaninya, malah mengambil Taufik terus daripadanya.

"Mama serius ni, Iman. Mama nak Ilya temankan Iman.Hati mama ni tenang sedikit kalau Ilya ada sekali."

Lirikan Iman singgah lagi pada Ilya. Kali ini sorotan mata mereka berdua bertaut. Jelas nampak raut bersalah Ilya.

MENYAYANGIMU Où les histoires vivent. Découvrez maintenant