Magic Mirror

1.7K 20 4
                                    

“Kalau  wardrobe  ni kami guna  magic mirror okey tak?”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“Kalau  wardrobe  ni kami guna  magic mirror okey tak?”

Mata helang Hadrian mencarinya, bukan mencari Yusuf yang bertanyakan  soalan. Entah berapa buah nuklear telah dilepaskan ke jiwa perempuan Iman. Dia tidak dapat menipu bahawa Hadrian mencuri warasnya.

“Encik  Hadrian?”  Suara  Yusuf  sedikit  tinggi demi menarik perhatian Hadrian.

“Ya?” Barulah Hadrian mengalihkan pandangan. Itu pun cuma sekejap. Matanya sangat suka melihat Iman. Dia  kembali  memberikan  sorotan  helangnya  pada  Iman. Kalau Iman tidak selesa, itu bukan halnya.

“Magic mirror  ni okey?” Hadrian meneliti contoh  magic mirror  yang diberikan padanya. Jari telunjuknya menyentuh  magic mirror  tersebut.  Setelah  itu,dia  kembali  memandang Iman. Yusuf diabaikan lagi. Hadrian menghantar lagi nuklear pada Iman. Kalau Iman tahu jadi begini, Iman tak teman Yusuf ke sini. Dia melakukan kesilapan dengan datang ke sini.

"Kalau  magic mirror  ni lebih  magic  daripada iman dalam hati saya, saya nak.” Iman menelan liur. Lirikan mata Hadrian semakin tajam. Entah apa  maksud jawapannya. Iman harap tidak ada yang tersirat.

“Awak okey kalau  wardrobe  ni ada  magic mirror?” soal Hadrian kemudian. Bukan untuk Yusuf, tetapi ditujukan khas pada Iman. Yusuf telah dighaibkan lagi. Yang wujud sekarang hanya Iman dengan Hadrian.

“Ini  wardrobe  Encik  Hadrian.  Bukan  wardrobe saya. Kalau Encik Hadrian suka, kami  on. Kami akan buat yang terbaik.” Sehabis formal Iman mengarang jawapan.

Hadrian menilik lukisan  wardrobe  di depannya. Sesekali dia menyentuh contoh  magic mirror  yang telah diletakkan di atas meja. Rahangnya yang sempurna bergerak-gerak. Bibirnya yang lebih sempurna, turut digerakkan. Matanya tanpa jemu menghapus ketenangan Iman.

“Kalau dah  wardrobe  saya, lambat-laun jadi wardrobe  awak juga.”

Nota BONDA PK:
Untuk menempah, wasap admin
010 449 7835

𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+ ============="Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+
=============
"Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan. Saya lain."

"Lain yang macam mana? Bukan semua perempuan sama ke? Ada sepasang mata. Sepasang tangan. Sepasang gunung-ganang. Sepasang kaki."

"Tuan ni kenapa? Saya maksudkan lain. Bukan yang sepasang-sepasang!" Menggigil-gigil sepuluh jarinya menahan rasa geram yang bergolak-golak di dalam hatinya.

"Saya tengah bercakap tentang  maruah. Saya ada maruah. Saya tak murah," sambungnya lagi. Lebih berapi-api.

"Saya tahu awak ada maruah. Saya tak pernah rasa awak murah. Kalau awak murah Hazel, dah lama saya bawa awak ke bilik tidur saya. Kita ukur tubuh badan masing-masing."

Hampir meletup kepala Hazel mendengar celoteh Tuan Ahadiat. Naik tegak seluruh bulu romanya.

"Let me guess... 36-24-36. Itu saiz badan awak sekarang."

"Apa tuan merepek ni?! "

𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯:
"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?"
"Ini deal sementara saja, kan?"
"Tak. Ini deal seumur hidup."

Demi mendapatkan semula kekasih hatinya, tak mengapalah Hazel terjun dalam komplot jahat. Demi Raja Adib, tak mengapalah dia bersekongkol dengan Tuan Ahadiat.

"Tuan, pegang tangan saya!"
"Tuan, peluk saya cepat!"
"Tuan, cium pipi..."

"Hazel, pegang tangan, peluk dan cium pipi awak tak pernah masuk dalam komplot kita berdua. Jangan buat hal dengan saya!"

Demi Raja Adib, Hazel langgar semua protokol komplotnya bersama Tuan Ahadiat. Natijahnya, ada yang salah faham. Keluarga Tuan Ahadiat datang bersama cincin lamaran.

"Tuan, sekarang macam mana? Takkan kita nak berkahwin?"

"Saya tak tahu. Saya minta awak jangan terima lamaran keluarga saya. Tapi awak terima juga. Kenapa?"

Ya, kenapa dia tak menolak? Yang Hazel dambakan Raja Adib, bukannya Tuan Ahadiat. Sampai sakit-sakit kepala Hazel memikirkan hal tersebut. Tahu-tahu sahaja dia telah menjadi milik Tuan Ahadiat.

Lebih parah, Tuan Ahadiat itu hatinya telah lama dimiliki wanita lain. Dan wanita lain itu, sah-sahlah bukan Hazel. Hazel pun tahu cemburu juga.

"So, why has Little Red trespassed upon the property of the big, bad wolf?" Tuan Ahadiat sengaja meleretkan sebutan big-bad-wolf. Kemudian, tudung bawal warna merah yang berada di atas kepala Hazel dibetul-betulkan. Detik itu juga, tekak Hazel mengering ketika dia cuba memberi sepenuh perhatian pada Tuan Ahadiat.

"Saya nak tahu kenapa tuan sanggup jumpa Raihana di belakang saya?"

"Sebab saya dan Raihana, ada urusan jiwa yang belum selesai." Bahunya ditepuk-tepuk lembut oleh Tuan Ahadiat sebelum ditolak, juga dengan cara sangat lembut.

"Now go, sebelum saya tanggalkan baju awak satu-persatu."

Komplot Hazel melebur. Tetapi macam mana kalau... kalau sebenarnya ada komplot yang lebih besar sedang berlangsung? Komplot yang dirahsiakan! Komplot yang menakutkan!

"Saya jahat." - Hazel


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now