Rasa tidak selesa Hadrian bertambah teruk setelah mereka semua duduk di meja makan. Rose yang duduk di sisinya. Kemuncak rasa tidak selesa Hadrian bermula apabila tangan Rose singgah mendarat di atas pahanya.
Matanya tidak memandang ke arah Rose, sebaliknya pada Sharif. Cukup kelat air muka Sharif. Kalau Sharif tahu apa yang berlaku sekarang, pasti lelaki itu mengamuk besar.
Tangan Rose yang mulai membelai, ditepis menjauhinya.
"Don’t,” ujarnya. Perlahan dan cukup untuk didengari oleh Rose sahaja.
“Touch,” ujarnya lagi dengan gigi yang diketap.
"Me.” Jelingan tajamnya mengakhiri amarannya pada Rose.
Dasar Rose keras kepala. Larangan Hadrian dilanggar. Rose semakin galak menyentuh Hadrian.
"Saya tahu awak suka,” bisik Rose apabila mendapat peluang.
“… dan awak dah biasa,” bisiknya lagi.
Nota bonda PK:
Kalau suka dengan entri ni, jangan lupa vote. Tinggalkan komen sekali.Kalau ada pertanyaan, wasap la sales team kami.
YOU ARE READING
MENYAYANGIMU
RomanceNurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sek...